Khamis, 31 Januari 2019

Sinopsis

Kehidupan Dazrien yang serba sempurna, membuatkannya takut akan ujian yang bakal menimpa sedangkan setiap hamba Allah SWT pasti akan diuji. Keluarga, kebahagiaan, kekayaan, kebijaksanaan mahupun persahabatan, semuanya bagaikan tiada kekurangan. Namun seluruh hidupnya berubah setelah dia mengenali Anne, guru subjek Sejarahnya sendiri. Gadis comel itu telah mengajarnya erti sebenar sebuah kehidupan yang tidak diajar di dalam kelas. Bermula saat itu, Dazrien tidak lagi takut untuk berdepan apa-apa kemungkinan. Malah, dia juga semakin dewasa. Apabila angin bertukar arah, semuanya amat berat untuk ditempuhi. Keluarga, sahabat, malah kekasih Dazrien sendiri telah mengubah pendirian, meninggalkannya tanpa alasan dan menyakitinya tanpa belas kasihan. Namun begitu, Anne tetap setia di sisi Dazrien sehingga ke akhir hayatnya. Persahabatan itu bermula, dengan sapaan mesra Good Morning, Teacher...

Tiada ulasan: