Jumaat, 1 Februari 2019

Bab 1


  
            “Amin, Ya Rabbal Alamin...,” Syarfa mengaminkan doa yang dipimpin adiknya, Dazrien setelah sudah solat subuh. Dazrien pun pusing menghadap kakaknya, lalu bersalaman sambil mencium tangannya dengan sungguh kasih. Syarfa mengusap rambut Dazrien penuh sayang.

            “Okay... Pergi kemas buku cepat-cepat...,” kata Syarfa dengan lembut. Dazrien terus bangun dan berlari keluar.

            “Hey! Lipatlah sejadah ni dulu!” panggil Syarfa.

Good Morning, Teacher...

Doaku Untukmu Sayang – Wali Band
           
Dazrien, seorang remaja tingkatan 3 yang pintar dan cemerlang. Walaupun selalu dilabel sebagai pemalas, dia tak kisah. Yang penting, semua orang tutup mulut bila tengok keputusan peperiksaannya. Hidupnya cukup sempurna dengan adanya bidadari yang menjaga semua perkara untuk dia. Bidadari itulah tempat dia bermanja, mengadu dan belajar segalanya.

            Syarfa... Seorang guru yang mengajar di sekolah Dazrien. Guru paling muda dan paling periang di sekolahnya. Syarfa juga orang yang sangat disukai tak kira di mana dia berada. Kecantikannya tak terkata. Kesopanannya juga mempersona. Dan kejayaannya mendidik Dazrien seorang diri, menjadikannya begitu dihormati.

            Tak kiralah apa-apa urusan sekali pun, Syarfa yang selalu bantu Dazrien. Kalau tentang kebahagiaan adiknya itu, Syarfa sanggup lakukan apa-apa saja. Dazrien sangat penting baginya. Dia akan dahulukan Dazrien dalam segala hal berbanding dirinya sendiri. Tapi bila bab membuat keputusan, dia akan biarkan Dazrien yang memilih. Padanya, Dazrien perlu memilih sendiri hala tuju hidupnya. Kalau betul, Syarfa gembira. Kalau salah, biar Allah SWT saja yang berikan pengajaran.

***

            “Hmm... Cepatlah, abang! Takkan first day dah lewat,” rungut Sara di ruang tamu.”Sabarlah! Tengah turunlah ni,” Hareez membetulkan topi polisnya sambil menuruni tangga dengan cepat.

            Setibanya mereka di sekolah, Sara terus turun kereta tanpa bersalam. “Merajuk lagi,” Hareez menghelakan keluhan lalu terus memandu ke tempat kerjanya.

***

            “Huargh! Takkan subuh-subuh dah traffic jam kot,” di rumah Dato’ Aziz, Syamira tersengguk-sengguk macam orang mintak sedekah di tangga. Tiga kali dia tengok jam di tangan, enam kalilah dia mengeluh.

            Then, dia pun bukak handphone, tengok IG. Ada citer apa entah yang dia tengok, sorang perempuan tu nak jatuh ke belakang, tapi ada sorang abang bomba yang lengkap berceloreng sambut dia.

            “Abang bomba?” bisik perempuan tu.

            “Heh... Citer melayu,” Syamira tutup balik handphone dia.

            Finally, kereta Nisa sampai di depannya. Syamira sengaja buat-buat tak nampak. “Ehh minah ni... Kalau aku hon, mengamuk pulak bapak kau tuu,” Nisa mengetap bibirnya.

            Syamira pun berjalan masuk dalam kereta dengan seribu keluhan. “Kau pakai jam tak?” soalnya. “Pakai... Tapi nak buat macam mana? Kau ingat aku ni jenis suka bangun awal ke?” jawab Nisa lantang.

            “Jogging kenalah awal. Tak pasal-pasal aku jadi macam patung kucing kat kedai cina kat sana tu... Dah lah, jalan,” balas Syamira.

***

            “Allahuakbar,” Fattah duduk di tangga surau setelah sudah solat subuh dengan rakan sekerjanya.

            “Asyik aku jer jadi imam. Kalau tak aku, Fadza. Bila kau pulak?” Fadza datang duduk bersama. “Alaa... Eloklah kau jadi imam. Lagi banyak pahala,” tepis Fattah.

            “Tahulah pahala. Tapi kenalah adil. Kau tu senior kitorang. Sepatutnya kaulah jadi imam,” balas Fadza.

            “Okay... Esok aku jadi imam...” Fattah tarik muka. Fadza mengeleng perlahan.

            “Kau ni... Macam mana nak kahwin? Kalau imam pun suruh orang lain lagi?” berani Fadza mengusik. Fattah terus menoleh macam hantu.

            “Kesian kakak kau tu weyh. Dah lama dia suruh kau kahwin. Kau tu dahlah manja. Semua benda nak suruh kakak kau buat. Sampai bila kau nak jadi anak kucing?” tambahnya lagi.

            Fattah terus turun mengejar Fadza yang dah lesap ke padang kawad.

            Haih Fattah. Seorang anggota bomba. Hidupnya memang memerlukan seorang wanita untuk menguruskan semuanya. Kalau tak ada Syarfa yang membantunya, tak tahulah apa boleh jadi. Tapi dia memang cerewet. Semua perempuan tak kena dengan citarasanya. Sampai retis pun dia boleh tolak mentah-mentah. Tapi sebenarnya, dia setia dengan seorang jer yang dia suka. Suka dalam diam.

***

            Dazrien turun dari kereta Syarfa sambil menggalas beg sekolahnya. Then, mereka sama-sama menuju ke pejabat. Kalau tengok sekilas, mereka macam couple. Sebab Syarfa, tak nampak macam orang dewasa. Nampak macam budak sekolah menengah padahal, dah 25 tahun.

            “Dengar citer, ada budak baru masuk kelas kita. Betul ehh?” tanya Dazrien. “Ada... Nanti dia masuk masa kelas akak. Ada benda sikit dia kena settlekan,” jawab Syarfa. Dazrien tak tunjuk apa-apa reaksi.

            “Kenapa? Daz takut ehh? Dia tu best student taw?” Syarfa menjeling sinis. Berkerut seribu muka Dazrien.

“Daz? Takut? Eleh, apa nak takut dengan budak baru tu. Daz ni lagi famous kot,” Dazrien mendabik dada. Syarfa mencebik ke tepi.

“Hehe... Tak adalah. Ye lah, Daz ni tak famous. Tapi buat apa Daz nak takut, kan? Kalau tak nak orang lain lebih hebat dari kita, kita kena usaha jadi lagi baiklah kan?” Dazrien laga bahu dengan Syarfa yang terus mengangguk setuju.

            Tiba-tiba, Dazrien berlari anak meninggalkan Syarfa. Syarfa perhati jer gerak-geri adiknya itu sambil terus berjalan perlahan.

            “Ba!” Dazrien pukul bahu teacher Azny yang tengah buka kunci bilik sukan.

“Astaghfirullah, budak ni. How dare you? Nak kena ni,” teacher Azny pun balas dengan cubitan bertubi-tubi.

            Syarfa menggeleng perlahan.

            Itula teacher Azny. Orang pertama yang Dazrien suka sepanjang hidupnya. Walaupun dah berusia 27 tahun, teacher Azny sangat rapat dengan Dazrien yang bersikap macam budak-budak. Kalau Syarfa sibuk, teacher Aznylah yang selalu ada untuk temankan Dazrien. Kadang-kadang, bila Syarfa terpaksa pergi jauh, dengan gembiranya teacher Azny itu datang ke rumah Dazrien untuk temankan dia. Di sekolah, mereka sangat-sangat rapat. Satu sekolah pun dah tahu, yang mereka berdua ni lain macam.

***

            Time rehat... Dazrien dengan geng dia berjalan keluar dari kantin dengan makanan masing-masing. Ceh, belum rehat lagi dah ada Di kantin.

            “Aku rasa budak tutak jadi masuk hari ni. Kalau jadi, kenapa tak masuk dari tadi je?” duga Arif. “Heish... Kau sibuk apa kalau ada budak baru nak masuk pun? Bukannya dia nak ambik tempat kau,” Johan menggeleng.

            Syamsul dan Dazrien senyap jer, mendengar dari belakang. “Bukan nak menyibuk. Tapi Laila tu asyik tanya aku jer. Nak buat kawan baru dia cakap. Macamlah aku ni tahu semua benda,” balas Arif.

            Bila mereka tengah sambung berbual dan Syamsul pun dah mula buka mulut, Dazrien ternampak seseorang. Orang itu tengah jalan melawan arahnya, dan semakin dekat. Cepat-cepat Dazrien betulkan neck tie dan blazernya. Fuhh... Kali ni mesti cool.

            Dazrien perlahankan langkahnya dan membiarkan geng dia ke depan. Bila dah sampai masa, Dazrien pun berselisih dengan Anne.

            Dua-dua senyap jer. Pandang mata pun tak.

            Ahh, tak boleh... Asal mulut aku beku sangat ni? Dazrien mengeluh dalam hati.

***

            “Cepatlaa Nisa!” Syamira berhenti jogging lalu berlari setempat menunggu Nisa yang jauh ketinggalan. “Sabarlah wei! Kau ni jogging ke nak lumba marathon?” Nisa tunduk dengan nafas laju.

            Bila Nisa sampai, Syamira berhenti lalu menepuk belakang Nisa. Sampai terbatuk-batuk Nisa, semput mengejar Syamira. “Kita ni orang perempuan. Kena jaga body. Masa bujang nilah kita kena enjoy hidup remaja,” katanya.

            “Tapi agak-agaklah wei... Boleh mati aku kau buat cam ni,” Nisa masih cuba mengejar nafas. Syamira pun tersenyum sorang-sorang.

***

            “Anne!” panggil Syarfa, bergema seluruh bilik guru wanita. “Yaa!” jawab Anne, yang hanya menjenguk dari luar.

“Bagi balik handphone Fa!” Syarfa berjalan pantas ke arah Anne. Anne pun masuk dan lari ke bucu bilik guru tu.

“Kenapa lari? Takut?” Syarfa mengetap bibirnya. Anne mencebik. “Kalau nak, mehlah ambik,” Anne berani mencabar dengan menunjukkan harta milik Syarfa itu.

            “Haa!” Syarfa terjumpa rotan. Rotan yang tebal. Jelingan sinisnya membunuh rasa berani Anne tadi.

“Nah... Ambiklah,” Anne terus letak handphone Syarfa di atas meja, lalu lari ke mejanya. Anne duduk dengan seribu keluhan.

            “Haih... Nak bergurau pun susah. Kenapalah tak ada orang yang suka bergurau macam aku?” Anne tungkatkan dagu di meja. Syarfa pun datang duduk di sebelah Anne dengan senyuman memanjang sambil melihat telefonnya.

            “Hmm,” keluh Anne lalu menyimpan bukunya untuk ke kelas.

            Anne... Crush Dazrien jugak. Umurnya hampir sama dengan Syarfa. Cuma dia tua sehari. Satu-satunya watak yang beragama lain dalam novel ni. Walaupun umur dia dah capai tahap dewasa, dia still macam budak-budak kerana seluruh masa kanak-kanak dan remajanya dihabiskan dengan belajar. Jadi keriangannya terserlah bila dah besar sekarang. Tak pernah langsung dia jumpa orang yang seperangai macam dia. Kids. Itulah perwatakan yang dia cari.

***

            “Ahhhh... Ni baru namanya exercise pagi,” Fattah menghirup udara segar di tasik. “Lama betul tak buat cam ni. Rasa macam tak biasa pulak,” Fadza meregangkan belakangnya.

            “Lepaslah!” kedengaran suara orang perempuan di sekitar situ, Fattah terus menoleh. Dari jauh, dia nampak dua orang perempuan tengah gaduh dengan sorang lelaki.

            “Hmm... Lantaklah,” Fattah terus bersenam.

            “Kau nak apa lagi, hah? Tak paham ke aku cakap, jangan kacau aku lagi? Bahagian mana yang kau tak paham?” Syamira menggosok pergelangan tangannya yang baru bebas dari pegangan Mazhan.

            “Aku tak paham kau! Apa salah aku hah? Sampai kau tak nakkan aku?” marah Mazhan.

            “Kau tak buat salah... Tapi aku just nak kita berkawan.  jer had kita. Lagipun bapak aku tak suka kau,” jawab Syamira, yang mula boleh bertenang.

            “Aku tak kira... Ikut aku, sekarang. Kita bincang,” sekali lagi tangan Syamira ditarik kasar. Dengan kuat dan kasar jugak, Syamira menarik semula tangannya. Nisa tak mampu buat apa-apa.

            “Lepas... Okay, aku akan ikut kau,” Syamira mengangkat tangan dengan tenang. Muka Nisa terus berubah pucat. “Hmm... Kan bagus kalau kau ikut dari tadi,” Mazhan tersenyum gembira.

            Dengan berat rasanya, Syamira berjalan ke arah kereta Mazhan. Nisa hanya melihat dengan penuh risau.

            Bila dah sampai, Mazhan bukakan pintu untuk Syamira. Syamira rasa berat untuk melangkah. Tapi tak sebenarnya. Ada sesuatu yang dia fikirkan.

***

            “Kenapa tak cukup sorang ni? Kata kehadiran hari ni penuh,” tanya Anne pada pelajar kelas 3 S1. “Dazrien keluar... Dia ambik kertas,” jawab Syamsul. Anne pun mengangguk.

            “Baik... Saya, teacher Anne... Cikgu sejarah baru awak. Cikgu lama awak terpaksa tukar sekolah, sebab jauh dengan keluarga. So, untuk hari pertama kelas saya dengan awak, awak buatlah kerja sendiri dulu. Esok baru kita belajar. Saya ada kerja sikit ni,” kata Anne.

            “Yeay!” budak-budak lelaki terus sambung berbual pasal bola, and budak-budak perempuan sambung mengumpat. Anne pun duduk di meja guru sambil memerhati sahaja.

            “79? Kedekut betul. Bagilah tinggi sikit kat aku,” rungut Dazrien ketika melihat markah kertas peperiksaan yang dibawanya. Tak bersyukur lagi? Padahal, dialah yang paling cemerlang.

            Setibanya di kelas, dia baru saja melangkah masuk. Tapi terus undur lalu bersandar di pintu. Apa yang dia baru nampak? Mimpi ke ni? Tak, mimpi takkan seindah ni.

            Anne perasan yang tadi ada orang di pintu. So, dia pun bangun dan berjalan perlahan ke sana.

            “Okay, chill, Daz. Kali ni kau mesti buat. Dia dah jadi sekelas dengan kau sekarang, macam yang kak Fa cakap. Ambil peluang untuk buat permulaan yang bagus. Yeah,” Dazrien mengawal debarannya.

            “Haa... Pergi mana tadi?” Anne dah ada di muka pintu. “Aaa... Saya ambik kertas,” jawab Dazrien tenang. Anne pun tengok kertas yang dibawa Dazrien.

            “Dah... Masuk, lepas tu pass kat semua orang. Cepat,” Anne menolak bahu Dazrien masuk ke kelas.

            Dazrien memejamkan mata, menerima sentuhan lembut dari orang yang dia suka sejak sekian lama. Bila dia fikir balik, tepat keputusannya untuk tidak bercouple dengan sesiapa dan setia menyukai Anne.

            Apa yang kurang pada Anne? Wajahnya yang comel. Suara yang lembut. Senyuman yang menawan. Tubuh yang sederhana. Peribadi yang baik. Perfect.

            Bila dah passkan semua kertas, Dazrien duduk di tempatnya. Bila dia tengok Anne duduk sorang-sorang, rasa macam nak pergi berbual. Tapi takut tak ada respond pulak.

            Tapi... Bila fikir balik... Bila lagi nak ada peluang macam ni? Time semua orang tak perasan nilah peluangnya. Dazrien pun bangun lalu melangkah perlahan.

            Anne tengok jer Dazrien mendekatinya. “Good morning, teacher,” sapa Dazrien.

            “Morning... Meh duduk depan ni,” ajak Anne, mesra. Langsung tak disangka, respond baik yang Anne bagi. Apa lagi? Dazrien cepat-cepatlah cari kerusi pastu duduk depan Anne.

            Mereka mula berbual panjang. Mula-mula hal yang penting, sampailah mereka mula berbual pasal diri masing-masing. Yes... Permulaan yang bagus.

            “Ouh... Sweetlah korang ni. Tak padan dengan adik beradik,” Anne tertawa perlahan sambil menolak bahu Dazrien. Bersemut telinga Anne mendengar keakraban hubungan antara Dazrien dengan Syarfa.

            “Maybe... Teacher tak ada ke?” Dazrien mulakan strategi. “Tak ada apa?” Anne tanya balik. “Someone special?”

            “Saya? Haha... Lambat lagilah... Mana ada orang suka kat saya ni. Semua orang cakap saya ni comot,” Anne buat muka merajuk. Dazrien terpesona.

            “Comel,” bisiknya. “Apa?” buntang mata Anne mendengar. “Ehh, tak adalah. Comot?” Dazrien buat-buat hairan, kawal situasi.

            “Yaa... Bukan comot. Tapi, macam budak-budak. Haa gitu,” Anne jumpa ayat yang sesuai. Ouh... Dazrien mengangguk. Dalam hatinya, dialah orang paling bahagia dalam dunia hari ni. Dapat jugak berbual dengan orang kesukaan.

            “Daz...” panggil Anne. “Yaa,” jawab Dazrien lembut.

“Jom keluar petang ni,” ajak Anne.

***

            Aaaaa! Syamira pun rebah atas hood kereta di sebelahnya. Alarm kereta tu berbunyi dengan kuat. “Nee noo nee noo!” siren bomba yang kereta tu pakai.

            Fattah segera menoleh.

“Woi!” Fattah terus lari ke arah keretanya. Syamira tutup muka, macam orang baru kena tampar. Mazhan speechless, tak tahu apa dah jadi.

            “Kau apahal, wei?” Fattah terus tolak Mazhan.

“Kau jangan campur... Blah!” Mazhan menolak Fattah pula. Fadza pun tarik Fattah ke belakang. Dia tahu apa akan jadi kalau Fattah betul-betul marah. And semua orang mesti tak nak tengok.

            Fattah beransur tenang, lalu menutup alarm keretanya. Dia kembali ke depan, nak tengok kalau-kalau ada kemek.

            Alamak! Macam tak jadi jer plan Syamira ni. “Apa aku nak buat ni? Abang ni pun satu... Tak nampak ke aku kena tampar?” keluh Syamira.

            “Dah... Ikut aku,” Mazhan tarik tangan Syamira lagi. Fattah masih tak puas hati. Dah calar dah hood kereta kesayangan dia tu. Dia pun pusing nak panggil Mazhan tu lagi.

Syamira mula-mulanya tak tahu apa nak buat. And finally, dia terfikir nak jatuh, lagi kuat atas kereta Fattah. Biar Fattah tu marah lagi pada Mazhan.

            “Aduh!” Syamira rebahkan diri ke belakang, kebetulan pulak Fattah ada dekat situ. Syamira disambut lembut oleh Fattah.

            Syamira yang mulanya memejamkan mata takut terhantuk, membuka mata perlahan-lahan. Kemudian, dia terpesona melihat Heronya, Fattah memandangnya dengan risau. “Awak okay?” tanya Fattah yang nampak risau.

            “Abang bomba?” bisik Syamira spontan. Berkerut dahi Fattah mendengar.

“Ehem... I’m okay. Ehh, tak. Aduh!” Syamira memegang pipinya, kononnya baru ditampar Mazhan.

            “Duduk sini,” Fattah sandarkan Syamira pada keretanya. Dia beralih pada Mazhan, lalu mengangkat tangan kanan.

            Mazhan terus tersungkur. Tanpa menoleh lagi, Mazhan terus masuk kereta and lari cepat-cepat. Padahal, Fattah belum tumbuk pun.

            Bila Fattah yang berpeluh wajahnya, berhayun-hayun rambutnya, tegap tubuhnya menoleh  separuh pada Syamira, berdegup kencang jantung Syamira dibuatnya. Syamira pun bangun cepat-cepat.

            “Thanks,” kata Syamira yang cuba bertenang. Fattah pun senyum sikit, lalu kembali melihat kesayangannya. Calar dan kemek sikit. Dari jauh pun boleh nampak ni, bisiknya.

            “Sorry taw... Saya rasa, terkena jam saya tadi,” Syamira tertunduk-tunduk macam orang Jepun. Fattah cuma jawab dengan berdeham.

            Nisa pun sampai dengan tercungap-cungap. “Thanks, Fattah. Nasib baik kau ada tadi,” katanya yang masih mengejar nafas. Kesian Nisa.

            Bulat mata Syamira mendengar. Nisa kenal hero dia? Kebetulan apakah ini?

            “Ehh... Kawan kau ke ni?” Fattah menoleh dengan hairan.

“Ya... Nasib baik kau tolong dia. Kalau tak, tak tahulah apa aku nak jawab kat bapak dia nanti,” balas Nisa. Fattah senyum jer.

            “Aaa... Awak. Saya janji, saya akan bayar ganti rugi. Nanti, Nisa tolong ehh?” pinta Syamira. Nisa mengangguk. “Tak apalah... Sikit jer ni,” ujar Fattah tanpa menoleh. Fattah tu pemalu juga orangnya. Lagi-lagi kalau dengan orang perempuan. Itu yang Syamira fikirkan. Tapi, siapa tahu?

***

            “Ehh... Dah habis masa... Okay, Daz... Nanti saya ambik awak dekat rumah yer?” Anne bangun sambil mengemas barangnya.

            “Hmm... Okaylah,” Dazrien pun bangun sama. Anne sempat senyum pada Dazrien sebelum terus melangkah keluar. Tak sampai 10 saat, Syarfa dah sampai. Tapi bukan seorang.

            Syarfa melangkah masuk, lalu berdiri di depan macam biasa. Budak perempuan yang ikut dia tadi, berdiri di belakangnya.

            “Assalamualaikum,” Syarfa memberi salam dengan lagu Omar dan Hana. Macam biasa. “Waalaikumussalam,” jawab semua orang dengan lagu yang sama. Tersenyum budak tu.

            “Okay semua... Standing here is your new classmate. She came from Johor and will study at our school starts today. Hopefully, all of you can be her bestie and help each other,” kata Syarfa.

            Semua orang senyap dengan muka berkerut. Syarfa menampar dahinya sambil menggeleng.

            “Budak baru,” kata Syarfa lagi.

            “Ouhh... Budak baru,” baru semua orang paham. Mereka pun gelak sama-sama. Kesian teacher Fa, dapat pelajar cam ni. Syarfa pun angguk pada budak tu.

            “My name is Nik Sarah. This is the first time in my life, I come to Kelantan. My big brother works as a police officer in IPD nearby. I love Math. So, if you're having a problem with it, I can help you. Hopefully, we can make great deals as a friend,” Sara memperkenalkan dirinya.

            Sorang pun tak paham. Semua buat muka blur. “Okay Sara... You can sit there,” Syarfa tunjukkan tempat kosong di sebelah Masya dan Laila.

            Dari situ, ada seseorang yang dah mula jatuh hati pada Sara. Cara percakapannya, muka comelnya, suara manjanya, memang dapat menarik minat seorang budak lelaki ni.

***

            “Kuat jugak jam kau ehh? Sampai calar kereta kawan aku tu,” ujar Nisa sambil mengacau air sirapnya. Syamira just termenung sambil menggosok tangannya. Nisa perasan yang Syamira dah tak banyak cakap lepas insiden tadi.

            Then, Nisa tengok sekeliling warung. Nampak macam ok jer nak kenakan orang. “Ehh, Fattah!” Nisa melambai ke suatu sudut.

            Syamira terus sedar dari lena, memandang ke arah Nisa lambaikan tangannya. Tak ada pun. “Hmm... Dah agak dah. Kau sangkut dengan Fattah tu ke?” Nisa menggeleng perlahan.

            “Ehh... Tak ada lah. Just terfikir pasal tadi jer,” Syamira yang kecewa mengacau airnya. Nisa terus memandang Syamira.

            “Pasal tadi tu kan... Aku ada plan. Untuk buat Mazhan tu tak kacau kau lagi. Nak dengar?” tanya Nisa. Syamira mengangguk lemah.

            “Kau... Kena rapat dengan Fattah,” itu dah cukup untuk buat Syamira terkejut. Belum dengar habis lagi, dah nak terkeluar mata dia.

            “Dengar sampai habis. Aku cadang macam tu, sebab Mazhan tu cuma takut dekat Fattah jer. Kau pernah tengok dia takut orang lain?” jelas Nisa. Syamira menggeleng.

            “Kan? Korang menyamarlah... Buat-buat dah lama kenal. Alaa, macam tak biasa tengok citer Melayu,” Nisa mula pegang sudu dan garfu.

            Syamira terfikir, bagus jugak. Tapi, ada yang tak bagusnya. Dia dah serik dah rapat dengan lelaki. Macam kisahnya dengan Mazhan. Mulanya sebagai kawan, sekarang dah jadi lawan bila Mazhan tu nak lebih lagi. Pada dia sekarang, dia tak perlukan lelaki selain ayah dia.

            “No, thanks... Bukan aku tak nak setuju. Tapi aku tak percaya kat dia. Kau tengok sendiri betapa panas barannya dia tadi kan?

Lagi pun, aku tak nak mintak tolong dia. Jatuh maruah aku kalau mintak tolong dengan lelaki. Aku boleh buat lah,” Syamira pun bangun dengan beg di lengannya dan berlalu pergi. Nisa yang terkejut, cuma mampu melihat Syamira yang dah jauh.

            “Kau dengar kan, Fattah?” Nisa sandarkan diri pada kerusinya. Fattah yang duduk membelakanginya di meja belakang, mengangguk layu. Apakah?

***

            “Apa ni? Tiga orang kena bunuh? Ahli perniagaan diculik? Kereta sengaja dibakar? Bukan ini yang saya nak tengok. Apa awak buat selama ni, Hareez?” Datuk Khalid pusingkan kerusinya, memandang Hareez yang sedang berdiri di depan mejanya.

            “Tapi, Datuk... Kita dah dapat sikit maklumat. Semua orang yang kena bunuh tu, ada kena mengena dengan ahli perniagaan tu. Kereta tu pun sama,” Hareez tertunduk takut.

            “Maklumat tu tak cukup! Saya nak maklumat tentang suspek!” jerkah Datuk Khalid. Nasib baik Hareez tu bukan jenis melatah. Then, Datuk Khalid mula bertenang.

            “Okay... Duduk,” pelawanya dengan lembut. Hareez duduk dengan takut. “Cepatlah! Nak suruh duduk pun lambat ke?!” jerkahnya lagi. Hareez terus terduduk cepat.

            “Saya akan panggil Syamim. Biar dia tolong awak. Saya tahu, kes ni besar. Bukan orang biasa yang buat. Mereka ni professional. Lagipun adik awak baru pindah sini, kan? Saya tahu susah nak urus semuanya sorang-sorang. Awak dengan Syamim, sama-sama settlekan kes ni. Harap boleh tolong awak,” tiba-tiba baik pulak Datuk Khalid.

            Hareez mengangguk. Lepas tu, senyap jer.

            “Dah tu? Tunggu apa lagi? Keluarlah!” Datuk Khalid memukul mejanya. Hareez terus lari keluar dengan lintang pukang. Eii Datuk Khalid ni. Tahulah ketua polis. Takkanlah garang sampai cam tu. Menjerit jer tahu.

            Aaa! Terdengar jeritan halus seorang perempuan di luar. Datuk Khalid pun bangun menuju ke pintu. Hareez dengan Syamim berdiri tegak.

            “Kenapa tadi?” tanya Datuk Khalid. Tak ada orang jawab. Baru jer Datuk Khalid nak buka mulut, barulah Hareez jawab. “Tak ada apa, Datuk. Syamim terkejut jer tadi,”

            “Ouh... Aku nak marah baru takut,” Datuk Khalid mengangguk sinis. “Bukan... Datuk kan dah tua. Takut bahaya, darah tinggi,” jawab Hareez berani sebelum berlari turun.

            “Kau balik nanti, siap kau!” sempat lagi dia jerit. Syamim tertawa perlahan, melihat gelagat Hareez.

***

            Di kantin sekolah, semua orang dah balik. Just tinggal Dazrien dan Sara. Sorang duk hujung sana, sorang duk hujung sini. Mereka masih tak bergaul. Semua orang dah bercakap dengan Sara. Dia memang senang buat kawan. Tapi bukan Dazrien.

            “Daz,” ada orang memanggil Dazrien, yang tertunduk jawab latihan. Bila Dazrien mendongak, dia nampak seseorang yang sangat cantik. Matanya jernih... Bibirnya munggil... Wajahnya putih... Memang cantik.

            “Dazrien kan?” tanya Sara sekali lagi. Dazrien pun angguk biasa.

“Boleh tolong jawab yang ni? Sara dah try banyak kali. Tak dapat jugak,” Sara hulurkan bukunya pada Dazrien. Dazrien pun ambil, dan sempat senyum juga dia tersenyum pada Sara. Bila dia tengok soalan tu, tak perlu banyak masa untuk dia fikir. Sap sap sap, jawapan keluar.

“Nah,” cepat jer Dazrien selesaikan.

            “Aikk? Cepatnya?” berkerut muka Sara. “Hmm... Tak susah pun,” jawab Dazrien bersahaja.

            “Betul ke Daz ni best student?” Sara memulakan perbualan. Dan perbualan mereka mula memanjang. Sampai ketawa pun ada. Tapi mata Dazrien, tak lari dari memandang kecantikan Sara.

            “Ehh... Abang dah sampailah... Bubye Daz,” kata Sara lepas tengok jam di tangan Dazrien. Cepat-cepat dia ambik buku dan pergi mengemas barang.

            “Aha!” Syarfa melompat entah dari mana. “Akak dah siap, jom balik,” ujarnya dengan riang. Dazrien cuma melihat Sara yang semakin jauh.

            Syarfa buat muka merajuk... “Daz!” panggilnya lagi, dan Dazrien terus menoleh.

“Akak jealous,” Syarfa terus menuju ke keretanya. Dazrien pula yang kalut menyimpan barang-barang. Finally, dia dapat kejar Syarfa yang jalan sambil sengih sorang-sorang.

“Daz suka Sara ehh?” Syarfa menduga.

            “Daz? Taklah... Maybe ada sikit. Tapi Daz kan dah ada teacher Azny,” Dazrien tersenyum bangga ke atas. Syarfa mencebik.

            “Teacher Azny tu dah kahwin laa... Dah ada anak pun... Takkan dia nak pandang kau,” Syarfa mengusik. “Ehh... Teacher Azny pun mengaku suka Daz, taw?” Dazrien laga bahu dengan Syarfa.

            Syarfa tersenyum lebar. Memang dah semua orang tahu. Dazrien dengan teacher Azny ni memang rapat. Macam kawan baik. Walaupun teacher Azny tu dah kahwin dan ada anak, dia tetap sporting melayan Dazrien. Suami dia pun suka pada Dazrien, budak baik.

***

            Syamira sampai di rumahnya. Tanpa sepatah dua kata, dia terus keluar dari kereta Nisa dan menuju masuk ke rumah. Nisa rasa ada something tak kena dengan kawan dia ni.

            Bila Syamira mula melangkah naik satu anak tangga, Dato’ Aziz memanggilnya. “Yaa, ayah!” Syamira menjenguk ke ruang tamu.

            “Sini, ayah nak cakap,” panggilnya. Syamira terus datang dan dengan manja dia duduk tersimpuh di sebelah ayahnya. Syamira pun tengok ke depan.

            “Apa kau buat kat sini?!” Syamira terus bangun dengan marah.

“Syamira! Duduk!” perintah Dato’ Aziz bagai seorang cikgu Matematik Tambahan. Syamira hanya menurut. Mazhan tersenyum gembira.

            “Hmm... Kamu suruh orang pukul dia?” tanya Dato’ Aziz dengan marah. Syamira memandang ayahnya dengan mata yang bulat membesar.

“Pukul? Belum sempat pukul pun dia dah lari macam lembu,” jawab Syamira. “Jadi memang kamu suruh orang pukul dia?” tanya Dato’ Aziz lagi. Syamira memandang Mazhan pula.

“Dia tarik Mira. Dia paksa Mira ikut dia. Orang tu pun tolonglah Mira. Tapi Mira tak kenal dia pun,” jawab Syamira lantang.

“Uncle... Uncle percaya cakap dia?” Mazhan memotong. “Syamira... Cakap betul-betul... Ayah tak suka orang menipu,” tegas Dato’ Aziz.

“Takkanlah lelaki tu nak tolong kau kalau kau tak kenal dia,” Mazhan berkeras. Dato’ Aziz mengangguk. Syamira mengeluh. Nampak macam dia takkan menang jer.

***

“Ehh... Tadi ada budak baru masuk kelas kita kan?” tanya Anne. Dazrien mengangguk sambil menyuapkan sesudu nasi ke mulut. “Apa nama dia?” tanya Anne lagi.

“Ermm... Nik Sarah. Kenapa?” soal Dazrien pula.

“Ouh... Cantiklah nama dia. Awak tak berkenan ke?” Anne tersenyum sinis ketika menghirup air melalui straw. Dazrien senyum kecil.

“Tak nak lah... Teacher Azny kan dah ada,”

“Hmmp. Tahulah. Awak dengan teacher Azny tu cenggini,” Anne rapatkan kedua-dua jari telunjuknya. Dazrien tersenyum menang.

“Tengok ni,” Dazrien buka handphone dia. Wallpaper pun dia guna gambar wefie dengan teacher Azny. Anne mencebik. Tapi dia perasan, handphone Dazrien tu dah retak skrinnya. Anne cuba ambil.

“Oh no... Bayar laa,” Dazrien simpan balik. “Tak... Saya just nak tengok. Kenapa handphone awak tu retak?” balas Anne. Dazrien bermuka blur.

“Kalau retak, takkan sebab masuk air pulak. Mestilah sebab jatuh,” jawabnya.

“Dah tuu? Tak nak baiki? Tukar baru ke? Alaa, awak kan banyak duit...,” tanya Anne lagi.

“Tak nak... Biar nampak bersejarah sikit haa... Teacher kan ajar sejarah? Takkan tak faham?” usik Dazrien. Anne tertunduk kalah.

“Ni... Tengok handphone saya. Tak retak, tak masuk air, nampak macam baru lagi. Sejak beli dulu, sampai sekarang tak pernah masuk kedai. Ni baru panggil sejarah. Pandai jaga,” Anne keluarkan handphone dia pula.

“Eleh...,” Dazrien pun sambung makan. Anne pula yang tersenyum menang.

Dalam hati Anne, dia mula rasa perasaan yang lain. Bila bercakap dengan student dia yang lain, rasa biasa jer. Tapi bila cakap dengan Dazrien, rasa macam selesa sangat. Setiap kata-kata antara dia atau Dazrien, terus menyentuh hatinya. Mungkin inilah orang yang dia cari sejak dulu lagi.

***

“Macam tulah ceritanya,” Syarfa habis bercerita, ketika dia duduk atas bonet keretanya yang tinggi. Kereta yang tinggi ke, dia yang tak cukup tinggi? Hehehe...

Berpisahkan pagar rumah, Erfaz bersandar pada hood keretanya sambil mendengar cerita Syarfa. “So, awak rasa diorang tu padan ke?” tanya Erfaz.

“Padan ke tak padan, tak penting. Tapi saya nak Dazrien tu belajar sampai habis dulu, baru fikir nak ada couple. Awak tahu kan? Dazrien tu kecik lagi,” Syarfa bertegas.

“15 tahun tu kecik?” Erfaz senyum sinis.

“Err... Bukan kecik. Tapi tak cukup matang lagi. Dia kena fokus study dulu,” balas Syarfa.

“Hmm... Awak nasihatkanlah dia. Saya pun rasa, dia tak patut couple lagi. Dahlah budak tu budak baru. Belum kenal. Lagi pun tahun ni, Daz ada PT 3. Jangan bagi dia terganggu,” pesan Erfaz.

Tapi... Apa Syarfa boleh buat? Itu pilihan Dazrien. Syarfa tak pernah lawan apa-apa yang Dazrien pilih. Betul atau salah, tak penting. Yang penting, Dazrien akan dapat pengajaran juga akhirnya, dan kembali pada pilihan Syarfa.

“Biarlah dulu,” Syarfa tertunduk lemah.

***

“Hmm... Okay, ayah... Memang Mira kenal dia,” Syamira lesu. Walaupun terpaksa menipu, ini lagi baik daripada melihat ayahnya marah.

“Haa tengok...,” Mazhan ingat dia dah menang. Tapi masih ada sesuatu yang Syamira nak kata.

“Dialah buah hati Mira,” Syamira senyum sorang-sorang. Dato’ Aziz tak tahu apa nak kata, ketika Mazhan dah ternganga.

“Dialah hero Mira. Selalu support Mira macam Nisa. Selama ni, Mira tak tahu pun yang dia sukakan Mira. Tapi lepas dia tolong Mira tadi, Nisa ceritakan semuanya,” Syamira berjalan perlahan ke halaman belakang. Dalam fikirannya, dia membayangkan wajah Fattah yang selamatkan dia tadi.

“Mira rasa beruntung sangat masa tu. And start from now, dialah yang Mira pilih. Sepatutnya, Mira pilih dia dari dulu. Tapi Mira bodoh sangat sampai tak nampak yang dia sukakan Mira. Mira harap, ayah boleh terima dia,” Syamira pusing memandang ayahnya. Dato’ Aziz senyum setuju.

“Aaah! Kau jangan tipu laa! Kau tak kenal dia kan?” Mazhan bangun dengan marah.

“Apa yang kau nak sebenarnya hah? Tadi suruh aku mengaku kenal. Sekarang lain pulak?” Syamira juga tak kurang marahnya. Mazhan terus beralih pada Dato’ Aziz pulak.

“Dahlah tuu, Mazhan. Saya dah jumpa orang lain. Baik kamu balik jer,” Dato’ Aziz pun malas nak tengok muka dia.

Lepas menghentakkan kaki, Mazhan terus berjalan keluar. Syamira cepat-cepat pergi duduk di sebelah ayahnya. “Ayah, Mira nak keluar kejap boleh?” pintanya dengan suara manja.

“Ehh, Bukan ke kamu baru balik?” Dato’ Aziz memegang bahu anaknya.

“Tahu. Tapi Mira nak ajak someone jumpa ayah. Boleh?” Syamira senyum sinis. Dato’ Aziz paham-paham jer. “Ye lah,”

Syamira terus berlari keluar sambil mengambil handphone dalam begnya. “Nisa... Datang ambik aku sekarang. Urgent,” katanya.

Bila dah siap pakai kasut, dia perasan yang kereta Nisa dah ada di depan. Dia terdiam berfikir. Lepas tu, ada orang buat-buat batuk di belakang. Syamira menoleh.

“Ehem... Special yer?” Nisa menjongketkan keningnya. Syamira tak cakap banyak, terus tarik tangan Nisa ke keretanya.

“Baguslah kalau kau dah dengar semua. Sekarang, bawak aku jumpa kawan kau tadi tu,” cukup dengan itu Syamira mengarah.

***

“Err... Saya sumpah, tak nak masuk tempat tu lagi,” Dazrien terhuyung-hayang keluar dari panggung wayang 7D. Anne boleh jer keluar selamba.

“Baru naik roller coaster. Tu belum tengok cerita hantu lagi,” ujarnya bersahaja. “Teacher tak mabuk ke?” Dazrien mengusap dada sendiri.

“Tak... Ehh, jom pergi sana,” Anne tunjuk ke arah arked. Bila Dazrien pandang, hilang mabuknya. “Jom,”

Then, mereka pun berlari anak sampai ke sana. Tapi Anne berhenti separuh jalan. “Kenapa ni?” tanya Dazrien pada Anne. “Kita wefielah dulu,” Anne keluarkan telefon dari poketnya.

“Sini,” Anne tarik tangan Dazrien ke satu tempat. Muka Dazrien bertukar merah padam. Sebenarnya dia suka sangat-sangat. Macam tak percaya, yang dia tengah berseronok dengan orang yang dia suka dalam diam selama ni.

“Ok...  Sini,” Anne berhenti, bila dah sampai di depan dinding yang cantik dengan lukisan Love banyak-banyak. “Buat cam ni,” Anne kembungkan pipinya. Dazrien ikut jer. Snap.

Macam-macam pose Anne tunjuk, semua Dazrien ikut.

***

“Asal kau bawak aku sampai sini?” tanya Syamira bila kereta Nisa bergerak masuk ke kawasan sebuah balai bomba.

“Kau nak jumpa Fattah kan? Nilah tempat kerja dia. Tu rumah kawan dia,. Kadang-kadang jer dia stay sini. Dia selalu balik rumah sendiri, ” Nisa tudingkan jarinya pada kuarters bomba empat tingkat tu.

“Abang bomba rupanya,” Syamira ambil masa memandang sekeliling. Kemas jugak. Rumput pun pendek, pokok dicantas elok, jalan dicat cantik.

“Okay... Jap aku call dia,” Nisa tarik handbrake dan keluarkan telefonnya.

Syamira masih seronok memandang sekeliling. Dalam ramai-ramai bomba di situ, semuanya sado dan handsome. Di padang, ada yang tengah main bola sepak. Di court, ada yang main volleyball. Nampak meriah jugalah.

“Tak angkat lah. Kau tunggu sini,” Nisa pun keluar mencari Fattah. Syamira? Lambat lagilah dia nak dengar cakap orang. Ayah dia sendiri pun kadang-kadang tak ikut, inikan pula Nisa.

Bila Nisa dah hilang dari pandangan, Syamira keluar. Dengan perlahan, dia berjalan menghampiri court volleyball sambil mencari wajah penyelamatnya, Fattah.

“Hmm... Tak ada pun,” Syamira mengeluh.

“Cik!” panggil seseorang dari jauh. Baru kejap jer Syamira menoleh, debuk! Sebiji bola sepak tepat mengena dahinya. Syamira rebah di situ, dan pengsan serta-merta.

Dah nak maghrib, Anne pun hantar balik apa yang dia pinjam dari Syarfa.

***

“Okay... Such a good time today,” Anne menarik handbrake. Dazrien pun ambil barang-barang shoppingnya dan dikira satu per satu. Cukup.

“Thank you,” Dazrien pun hulurkan tangan nak bersalam. Tapi, baru dia perasan. Bukan Syarfa tu, nak bersalam. Ni teacher Anne. Baru jer kenal hari ni. Alahai, malunya... Cepat-cepat dia simpan balik tangan dia.

Then, Anne pula yang hulurkan tangan. Dazrien menoleh dengan kening yang berkerut. Tapi Anne senyum jer.

“Nak salam ke tak ni?” Anne tersenyum kecil.

Dazrien tersenyum lebar. Dengan perlahan, dia menyambut tangan Anne lalu menciumnya macam dia mencium tangan Syarfa. Anne pula, mengusap lembut rambut Dazrien, lelaki yang telah buat dia gembira hari ni.

Tak disangka-sangka. Anne begitu baik pada Dazrien. Kalaulah Dazrien tahu yang Anne akan jadi rapat dengan dia sampai macam ni, dari dulu lagi dia tegur dengan Good morning, teacher dia tu.

Dazrien rasakan sesuatu. Perasaan yang sama bila dia bersalam dengan Syarfa. Rasa selamat. Rasa disayangi. Dan rasa bahagia. Betapa bahagianya dia bila Anne melayan perasaannya sampai dia hanyut dengan mimpi yang nyata.

Haih... Nak menangis pun ada.

“Bye!” ucap Dazrien bila kereta Anne dah jauh pergi. Ketika Dazrien mula melangkah nak masuk rumah, baru dia teringat sesuatu. Cepat-cepat dia pusing tapi, hmm... Anne dah jauh pun.

***

“Lepas dia bangun, kau hantarah dia cepat-cepat. Kang risau pulak bapak dia tu,” Fattah nak melangkah keluar dari ambulan. Nisa mengangguk setuju.

“Aduh,” Syamira mula celik sambil menggosok dahinya. Fattah berhenti setelah kedua-dua kakinya menjejak lantai. Mata Nisa berulang alik antara Fattah dengan Syamira.

“Siapa tu?” Syamira mula bangun dari baringnya. Nisa kerutkan sebelah keningnya. “Abang Fattah ke?” Syamira memanggil lembut. Fattah tak toleh, dia terus beredar.

“Kejaplah!” Syamira terus bangun mengejar heronya. Takut tak sempat punya pasal, hilang rasa sakit kepala dia. “Awak!”

Fattah berhenti, lalu pusing belakang. Syamira berhenti berlari, lalu mula berjalan perlahan.

“Saya... Nak mintak tolong awak. Harap awak boleh tolong,” ujarnya lembut. Fattah menghela nafas panjang. Syamira buat muka comel, lalu berhenti mendekati Fattah.

Dengan cahaya sinar matahari yang semakin terbenam menyinari wajahnya, Fattah menyusun ayat. Nisa pun dah turun dari ambulan bomba tu.

“Nisa dah cerita semuanya pada saya. Awak pergilah cari orang yang awak percaya. Orang yang tak panas baran. Jagalah maruah awak yang tak tercalar langsung tu,” katanya lembut.

Berkerut seribu wajah Syamira, mendengar kata-kata Fattah. “Apa awak cakap ni?” Syamira memang tak faham. Tapi bila fikir semula, macam pernah dengar ayat tu. Syamira terus toleh pada Nisa.

“Bukan salah dia. Saya sendiri yang dengar awak cakap cam tu. Saya ada di meja sebelah awak masa tu. And keputusan saya muktamad. Awak cari orang lainlah. Ouh, kalau terdesak sangat, terima jerlah si Mazhan tu,” kata Fattah tenang. Syamira tetap tak berputus asa.

“Awak, please... Mazhan tu dah tengok muka awak. Saya dah bagitahu ayah saya pasal awak. Takkan saya nak cari orang lain lagi? Nanti saya kena tangkap menipu. Awak jer satu-satunya pilihan yang saya ada,”

“Apa? Awak tak nak kena tangkap menipu? Awak memang tengah menipu dia pun,”

“Tapi awak boleh jadikan benda ni benar. Awak boleh terima saya, supaya kata-kata saya tadi jadi kenyataan,”

“Awak nak mempergunakan saya? Awak ingat saya ni apa? Saya pun manusialah. Saya ada life saya jugak,” Fattah mula bertegas.

Syamira tertunduk lemah. “Tolonglah saya. Saya merayu. Tolong selamatkan life saya,” bibir Syamira menggeletar. Matanya jadi merah.

“Fattah. Kau tolonglah dia,” Nisa datang memegang bahu Syamira. “Lepaslah!” Syamira menolak Nisa.

“Allahuakbar allahuakbar!” azan maghrib berkumandang dari surau. Fattah pun angkat bahu lalu terus menuju ke surau. Syamira yang menangis ditinggalkan di situ dengan Nisa.

“Kesian dia weyh,” kata Fadza yang menunggu di tangga. “Biarlah. Aku nak ajar sikit,” Fattah terus masuk ambik wudhu’.

***

Lepas habis solat, Fattah melangkah turun dari surau. Dia tengok, Syamira masih menangis di tempat menunggu. Nisa juga masih memujuknya.

“Fattah. Tak boleh ke kita bincang kejap?” tanya Nisa bila nampak Fattah datang. Syamira tidak pun mengangkat muka.

“Okay. Tapi satu syarat,” Fattah mengangkat telunjuknya. Syamira terus mendongak. Mungkin ada harapan untuk selamatkan lifenya.

“Masa aku bercakap, jangan siapa-siapa mencelah. Biar aku habiskan dulu,” katanya. Syamira dan Nisa terus mengangguk.

Fattah pun duduk di depan Syamira. Yang hairannya, bukan atas kerusi. Tapi melutut. Nisa tersenyum lebar, ketika Syamira macam nak berundur sikit.

“Syamira binti Aziz... Biar saya jujur dengan awak,” Fattah tunduk. Syamira pandang Nisa yang lalu membuang pandangan. “Aku biar korang settlekan,” terus dia bangun meninggalkan mereka berdua.

“Apa ni Fattah?” Syamira tunduk sikit. “Ingat syarat tadi,” Fattah angkat telunjuknya lagi. “Oops,” Syamira terus tekup mulutnya.

“Saya dah lama suka awak. Sejak saya mula nampak awak, saya dah mula jatuh hati. Mula-mula, memang nampak mustahil untuk saya kenal awak, awak kenal saya.

Awak tahulah... Awak orang kaya. Ada rumah besar, kereta mahal. Saya ni, bomba jer. Tak ada apa nak dibanggakan sangat,” Fattah mengangkat bahu.

Syamira geram. Dia rasa nak cakap something pada Fattah. Tapi Fattah dah buat syarat.

“Bila tahu yang awak ni kawan Nisa sebenarnya, saya happy sangat. Mungkin tak mustahil lagi. Saya mula tanya banyak benda pasal awak dekat Nisa. Nasib baik Nisa cerita tak mintak upah.

Makin lama, saya rasa tahu jer tak cukup. Saya rasa nak jugak bercakap dengan awak. Saya nak kita jadi kawan. Lepas tu jadi lebih baik.

Bila nampak awak bergaduh dengan Mazhan tu tadi, saya nampak peluang paling cerah. Sebab tu saya pergi tolong. Saya tak kisah pasal calar kereta, sebab kakak saya boleh settle. Yang saya kisah, awak,” luah Fattah. Syamira mula rasa sayu.

“Saya dah agak yang awak akan mintak tolong saya sekali lagi, lepas saya halau Mazhan tu. Saya dah get ready semua dah. Tapi bila dengar awak tak nak terima saya kat kedai tadi, saya rasa down. Tapi saya tak putus asa. Saya just nak ajar awak jer tadi tuu,” Fattah mula mendongak.

“Kalau awak rasa yang awak dah menyesal sebab tak menghargai orang lain, angguk,” pintanya. Syamira mengangguk laju. Syamira pun tunjuk pada dada Fattah, lalu mengangkat ibu jari. Dua ibu jari. Fattah tersenyum lebar. Syamira membalas dengan senyuman yang sangat manis pernah dia buat.

“Dan... Pasal, yang awak mintak saya berlakon jadi tunang awak tu... Boleh tak kalau kita.....” ayat Fattah terus terhenti bila dia tengok Syamira angguk laju-laju tak berhenti.

“Saya setuju,” Syamira tak dapat menahan geramnya. Fattah kembali tertunduk. Dia senyum ketika dadanya sebak. Syamira mendongak sambil mengelap air matanya.

“Haha... Yes...,” Fattah menumbuk lantai. Syamira menekup mukanya. Air matanya sampai di pipi. Semuanya bercampur baur. Terharu, gembira, rasa bahagia, Syamira fikir itulah saat yang paling indah baginya.

***

Yes... Nampak macam semuanya berjalan lancar hari ni. Dazrien jumpa Anne. Sara pun dah mula ada kawan. Fattah dah ‘bertunang’ dengan Syamira.

Macam biasa, Dazrien akan baring di laman belakang setiap kali dia rasa hari itu hari yang indah. Walaupun tak banyak bintang yang kelihatan, Dazrien cukup gembira dengan beberapa bintang yang ada.

“Hei... Happy sangat nampak. Sampai termenung,” Syarfa datang dengan senyuman yang cantik. Hmmp... Bila masa Syarfa ni tak cantik? Tak senyum pun cantik.

“Akak... Meh duk sini,” Dazrien menyapu rumput di sebelah kepalanya. Syarfa pun duduk tersimpuh di sebelah adiknya itu.

“Macam mana? Seronok dengan teacher Anne?” Syarfa angkat kening. Dazrien makin lebarkan senyumannya. Tak boleh nak cakap apa. Bayangkanlah kalau orang yang paling korang minat, ajak korang keluar pastu buat macam-macam. Wow...

Macam biasa, Dazrien ambil tangan Syarfa. Dengan lembut dan penuh rasa sayang, Dazrien mengusap setiap jari jemari Syarfa di atas riba kakaknya itu.

“Mesti lah. Teacher Anne tu baik sangatlah... Tak sangka pulak dia macam tu rupanya,” jawab Dazrien.

“Heee... Daz anggap dia, siapa? Kawan? Or lagi special?” soal Syarfa sinis. “Bergantung... Kalau teacher Anne anggap Daz ni adik dia, dia jadi kakak Daz. Kan?” jawabnya ringkas.

“No... Kakak Daz sorang jer,” Syarfa memuncung. Bila Dazrien gelak, Syarfa pun gelak.

“Haha... Tak de lah, akak gurau jer,” Syarfa menolak bahu Dazrien yang masih baring.

“Tak... Seriuslah... Kakak Dazrien memang sorang jer,” Dazrien serius. Syarfa senyum kecil.

“Sampai bila-bila pun, kakak Dazrien tetap sorang jer. Akaklah kakak Dazrien. Akaklah kakak Dazrien. Akaklah kakak Dazrien.

Akak nombor satu... Kalau suruh Daz pilih antara akak dengan teacher Anne, teacher Azny, Daz tetap pilih akak,” Dazrien menggenggam erat tangan Syarfa. Syarfa tunduk gembira.

Memang dari luar, kita nampak yang Dazrien suka orang lain. Teacher Azny, Anne... Tapi sebenarnya, yang paling dia sayang ialah Syarfa.

Tak hairanlah kalau dia bermanja lebih-lebih dengan Syarfa tu. Sebab walaupun Anne dan teacher Azny tu rapat dengan Dazrien, mereka tetap tak pandai layan Dazrien macam Syarfa buat.


Syarfa sudah cukup bagi Dazrien.

Tiada ulasan: