Bab
2
Dinda
– Shahida Supian (Cover)
Pukul 7.15 minit pagi. Semua
budak tengah bergerak ke tapak perhimpunan setelah dipanggil berkali-kali dan
diarah oleh pengawas. Salah seorang daripada pengawas yang jaga di situ ialah
Dazrien.
“Mana ni?” Dazrien rasa tak
tenang selagi tak nampak teacher Anne dia tu. Panjang umur, kereta Myvi oren pun sampai ke tempat parking. Fuhh, lega Dazrien rasa. Baru
boleh buat kerja.
Lepas beberapa saat berlalu,
Dazrien usha Anne lagi. Anne dah berdiri tegak di depan keretanya, sambil
merenung tajam mata Dazrien. Dazrien dah agak.
Lama jugak mereka berbalas
renungan. Seorang demi seorang budak lalu depan mereka, dan mereka masih macam
tu. Finally, Anne pun berjalan ke
arah Dazrien yang hanya menunggu.
“Good morning, teacher...,” Dazrien tunduk sikit. Anne tak jawab.
Mukanya masam mencuka. Nafasnya laju bagai nak marah.
“Awak boleh senyum lagi?” tanya
Anne. Dazrien pun tutup senyumannya. “Awak ingat kelakar ke?” sekali lagi Anne
tanya. Dazrien pun angkat muka.
Nampak macam Anne tak bergurau.
Memang dia tengah marah. So, Dazrien
tak senyum lagi.
“Buang password, cepat,” arah Anne dengan tegas sambil menghulurkan
telefonnya. “Hehe... Sorry,
teacher... Tu la, cakap besar sangat. Manalah saya tak geram? Alaa, bergurau
jer,” Dazrien ambil telefon tu.
“Bergurau awak cakap? Awak tahu
tak? Susah saya nak contact orang
semalam. Entah berapa banyak Whatsapp
dah masuk tu. Saya sendiri tak buat password
kat telefon saya, kenapa awak nak buat?” marah Anne.
Dari nada suaranya itu, Dazrien
terdiam. Takkan sekejap sangat dia boleh berbaik dengan Anne? Separuh hari jer?
Itu yang mula-mula dia fikir.
“Awak tu dah tingkatan 3.
Sepatutnya awak dah boleh bezakan. Gurauan atau kebodohan,” Anne mengetap
bibirnya. Dazrien seolah-olah tidak bernafas. Semuanya kaku.
“Stoplah jadi budak-budak tu, Daz. Jangan buat benda bodoh lagi,”
tambah Anne lagi. Dazrien tak dapat menahan sabar. Tapi kena kawal. Dengan
helaan nafas yang panjang, Dazrien menjawab.
“This is me... Ini cara saya bergurau dengan orang yang saya suka.
Saya tak tahu pulak yang cara teacher lain. Saya minta maaf,” Dazrien bermuka
tenang.
Anne rasa Dazrien ada betulnya.
Itu memang diri Dazrien. Tapi, manusia memang ada ego. “Maaf? Itu jer?”
“Semalam, saya ingat teacher
suka kat saya. Sebab tu teacher ajak saya keluar. And sebab tu jugak saya nak bergurau dengan teacher.
Tapi saya TERsalah pandang.
Rupanya teacher tak adalah suka saya. Sebab tu teacher tak boleh terima perangai
budak-budak yang suka bergurau macam saya ni,” sambung Dazrien.
Anne makin reda. Tapi rasa
bersalah pula yang membara.
“Saya, Dazrien. Memang suka
bergurau dengan semua kawan saya tak kira siapa diorang. So, untuk pastikan yang saya tak bergurau lagi dengan teacher, saya
tak nak jadi kawan teacher lah. Ouh... I
am sorry again... Password dia, DzLoveAn,” Dazrien menutup katanya.
Dengan selambanya, Dazrien
memegang tangan Anne lalu meletakkan telefon Anne di atas tangannya. Tanpa
menunggu lagi, Dazrien terus ke belakang pentas untuk tolong pengawas lainurus
majlis.
Anne terdiam. Barulah dia rasa
menyesal dengan apa yang dia dah buat. Selama ni, dia nak sangat cari orang
yang ada perangai budak-budak macam dia. Dan orang tu ialah Dazrien.
Sekarang, dia dah rosakkan
hubungan tu hanya kerana gurauan biasa. “Oh
my god,” Anne terduduk di bangku.
***
“Ahem...” terdengar suara Dato’
Aziz batuk di tingkat atas.
“Haa... Ayah dah sampai. Chill okay?” Syamira tenangkan Fattah.
Padahal, dia yang nervous. Fattah
okay jer. Tapi, baru Syamira sedar sesuatu.
“Ehh... Tukar jam, cepat,”
Syamira cepat-cepat buka jam tangan dia. Fattah blur. Asal pulak dia ni? Nak tukar jam bagai. “Asal kena tukar jam
pulak?” tanya Fattah.
“Baru nampak real kita punya couple. Cepatlah bukak,” jawabnya pantas. Fattah iyakan ajelah.
Sangkut pulak. Biasalah, G-Shock.
Memang complicated.
“Lambatlah kau ni,” Syamira dah
mula geram. Dipegangnya tangan Fattah di atas ribanya, lalu dia yang bukakan
jam tangan Fattah.
Fattah yang mulanya terkejut,
membatukan diri melihat Syamira. Bukan hanya melihat, sentuhan Syamira yang
lembut juga mempersonakannya. Tak boleh dia bayangkan, bagaimana happynya life dia nanti kalau Syamira tu betul-betul isteri dia.
“Ehem... Kita memang couple pun kan?” Fattah tunduk mencari
wajah Syamira. Muka Syamira bertukar merah padam.
“Janganlah tanya. Buat aku
malulah,” Syamira tarik muka sambil memakai jam tangan bomba Fattah.
“Ehh, sejak bila pulak guna
aku-kau ni?” Fattah bersandar balik ketika tangannya memakai jam tangan Syamira
yang mahal.
“Sejak kau sepak bola kat dahi
aku,” jawabnya. “Bukan aku yang sepak,” ayat Fattah terpotong dengan kehadiran
Dato’ Aziz yang makin dekat.
***
Dazrien pun sampai di kelasnya
yang kosong. Tapi tak kosong jugak, ada seseorang tengah letak beg. “Asal tak
pergi tapak perhimpunan dulu?” tanya Dazrien.
“Nak letak beg... Beratlah,”
jawab Sara selamba.
“Berat apa pulak? Kau bukannya
ada buku teks lagi pun,” tepis Dazrien. “Ada buku rujukan lah. Takkan nak harapkan
buku teks jer,” jawab Sara lagi. Dazrien menghela nafas panjang.
“Cepat pergi tapak perhimpunan.
Jangan tambah masalah aku lagi,” Dazrien pun duduk di tempatnya.
Dia still tertekan dengan apa yang dah jadi. Semuanya berlalu terlalu
cepat untuk Dazrien terima dengan redha. “Haih... Macam mana aku boleh fikir
nak gurau macam tu?” Dazrien menggeleng.
“Daz tak nak pergi ke?” Sara
berdiri depan meja Dazrien. “Hish... Kau pergilah dulu. Aku ada kerja lagi,”
balas Dazrien tanpa mengangkat muka.
“Kerja apa lagi?” tanya Sara
lagi. Dazrien pun mendongak. “Adalah. Kau sibuk apahal?”
“Bukan nak menyibuk. Tapi tak
adillah. Daz suruh semua budak pergi tapak perhimpunan. Tapi Daz sendiri nak
ponteng. Ish ish ish,” Sara menggeleng.
“Aku kena ronda blok. Kau just pergi tapak perhimpunan jer. Tak
banyak aku mintak. Pleaselah,”
Dazrien berdiri, memandang Sara yang semakin pendek berbandingnya. Kesian Sara,
kena dongak pada Dazrien.
“Ronda? Sara suka ronda...
Ajaklah Sara...,” Sara buat muka comelnya. Muka Dazrien yang tadi layu, berubah
sikit demi sikit. Rasa sejuk sikit hati Dazrien melihat muka tu.
“Comel betul budak ni... Dahlah
pendek. Putih pulak tu,” fikirnya.
“Haa... Dah senyum pun. Ni baru
betul. Tadi, macam orang mati bini jer Sara tengok. Senyumlah selalu. Daz
nampak handsome masa senyum taw,”
Sara memetik jari sambil tersenyum menang. Dazrien masih lagi menatap wajah
comel tu, dengan senyuman yang tak pudar dari bibirnya.
“Hep... Daz!” Sara tepuk tangan
depan muka Dazrien. “What?” Dazrien
menggeleng.
“Tak ada apa. Hantar Sara jap.
Takut sesat. Hihi,” Sara berjalan ke pintu. Entah kenapa, Dazrien ikut jer.
Haha... Lelaki manalah yang tak cair kalau tengok perempuan pendek yang comel.
Lagi-lagi kalau yang perangai macam budak-budak. Memang hilang semua masalah
kalau tengok orang macam tu. Dazrien yang kecewa tu pun boleh senyum lagi.
***
“Hmm... Jadi, apa rancangan
korang nanti?” Dato’ Aziz dah puas hati dengan cerita mereka. Padahal, semua tu
rekaan jer. Syamira terpaksa menipu, walaupun rasa bersalah.
“Aaa... Kalau Dato’ setuju,
kami nak cepatkan perkahwinan. Takut orang pandang tak elok,” jawab Fattah,
tenang. Dato’ Aziz mengangguk setuju. Memang dia dah suka dengan Fattah ni.
Cakapnya lembut. Kerjanya bagus. Muka pun ada nur. Sesuailah dengan Syamira.
“Jagalah anak monyet ni ya.
Memang dia ni buas sikit. Tapi kalau jaga elok-elok, jinak jugak nanti,” pesan
Dato’ Aziz.
“Ayah!” rungut Syamira. Fattah
menutup mulut. Monyet? Hahaha, Syamira...
“Apa? Kamu tu memang monyet.
Keluar pagi, balik tengah hari. Keluar petang balik malam. Kadang-kadang tak
balik langsung. Nasib baik ayah panggil kamu tu anak monyet. Kalau ayah panggil
anak beruk?” lantang Dato’ Aziz membalas.
Fattah still boleh tahan. Tapi tahan pun, nampak jugalah yang dia tu nak
gelakkan Syamira. Syamira jeling tajam.
“Kalau Mira ni anak beruk, ayah
tu apa?” soal Syamira pula. “Apa?” tanya Dato’ Aziz. “Bapak beruk!” jawab
Syamira dengan kuat.
“Hahaha!” Fattah ledakkan tawa
yang kuat. Tak boleh tahan dah. Sakit perut dibuatnya.
“Ehh, kamu ni,” Dato’ Aziz acah
nak bangun, Syamira terus lari naik ke bilik. Dato’ Aziz pun duduk balik, dan
tengok Fattah dah tak ada sopan yang tadi. Digelaknya bagai tak ingat dunia.
Tapi, tersenyum juga Dato’ Aziz. Terkena juga dia dengan anak sendiri.
“Fattah... Jaga dia ya. Dia
tanggungjawab kamu. Jangan buat dia sedih,” pesan Dato’ Aziz lagi. Fattah dah
boleh bertenang.
“Baik, Dato’... Saya akan buat
yang terbaik,” Fattah mengangguk.
“Tak payahlah panggil Dato’...
Macam business partnerlah pulak. Panggil
ayah jer,” ujar Dato’ Aziz sambil tersenyum sinis. Fattah angguk dengan
senyuman kecil. “Baik, ayah,” balasnya.
***
Tik tok... Tik tok... Jam
dinding di kelas berdetik. Hanya bunyi itu yang ada, ketika semua pelajar 3 S1
tengah menjawab soalan matematik.
Tapi Dazrien, tak... Banyak
benda yang dia nak kena fikir. Tapi yang paling utama, macam mana dia boleh
jatuh hati dengan Sara? Sedangkan selama ini dia tak pernah jatuh hati pada
siapa-siapa pun.
“Haa... Baru teacher ingat,”
Syarfa yang duduk buat kerja di meja guru, mengangkat pen. Semua orang tengok
pada dia.
“Masya, Laila, pergi tolong
Sara ambik buku teks boleh?” pinta Syarfa. “Tak nak!” jawab Masya dan Laila
serentak. Masing-masing nak bertanding siapa siap paling awal.
“Hmm... Siapa nak tolong?”
tanya Syarfa. “Saya!” semua budak lelaki angkat tangan. Siapa tak nak tolong
budak secomel Sara tu weh?
“Hmm... Tak apalah... Korang
buat sampai siap ehh. Siapa dapat markah paling tinggi, dapat hadiah. Sara,
jom,” Syarfa bangun dari kerusinya. Sara pun bangun jugak, lalu mendekati
Syarfa.
“Daz... Jom ikut jugak,”
panggil Syarfa. “Tak nak... Nak siapkan ni,” tolak Dazrien. Padahal, bukannya
dia buat pun.
“Tak payah nak tipulah. Akak
nampak, kau bukannya buat pun. Duk termenung dari tadi. Cepat,” tegas Syarfa.
Dazrien pun bangun dengan malas.
“Padan muka,” bisik Fauzi
ketika Dazrien lalu di sebelah dia. Dazrien pun ketuk kepala dia sekali. Sara
tertunduk senyum.
Ketika berjalan, Dazrien dan
Sara langsung tak bercakap. Syarfa jer yang sibuk tanya itu tanya ini. Sampai
di bilik operasi buku teks, Syarfa membuka pintu dan masuk. Dazrien dan Sara
ikut masuk.
“Daz tolong Sara ehh. Akak nak
pergi kelas jap. Tertinggal telefon,” kata Syarfa sebelum melangkah keluar.
Dazrien terus kejar balik.
“Janganlah akak.... Biar Daz
yang ambil telefon akak tu,” katanya. Syarfa pegang lengan Dazrien. Nampak
sangat yang Dazrien tu tak nak ditinggalkan.
“Kenapa ni Daz? Nak takut
apanya? Bukannya Sara tu nak makan Daz. Akak pergi kejap jer yer... Bubye,” Syarfa sempat usap pipi Dazrien
sebelum menghilang. Dazrien mengeluh, lalu masuk balik ke bilik tu.
Ada sebab kenapa Syarfa buat
macam tu. Dia sengaja biarkan Dazrien sendiri yang tentukan. Sama ada nak pikat
Sara atau tak. Tiada orang yang desak atau bagi pendapat. Cuma Dazrien yang
akan buat keputusan.
Kalau mereka jadi makin rapat
lepas ni, maknanya Dazrien pilih untuk pikat Sara. Kalau sebaliknya,
tahu-tahulah. Dazrien tak naklah tu.
Apa-apa pun keputusan Dazrien,
Syarfa terima. Dia takkan pernah lawan kehendak Dazrien melainkan demi
kebaikannya. Kalau salah, biar Allah SWT jer yang beri pengajaran. Syarfa cuma
akan doa yang terbaik buat adik kesayangannya itu.
“So, buku apa yang Sara kena ambik?” Sara menggosok kedua tapak
tangan. “Kau ambik subjek apa? Kau ambik buku tu. Cepat, aku nak balik kelas
ni,” jawab Dazrien dengan marah.
“Amboi... Garangnya,” Sara
sengaja nak naikkan angin Dazrien. Orang cakap elok-elok, dia marah pulak.
“Kau jangan nak naikkan darah
aku ehh. Kau jangan ingat, kau buat muka comel kau tu, aku cair. Sorrylah. Tak payah buat-buat cute sangatlah wei,” balas Dazrien,
kasar.
“Buat-buat cute? Apa Daz cakap ni?” marah Sara pula. “Tak payah nak berlakon
lagilah. Aku tengok muka kau pun, dah tahu yang kau saja-saja buat. Nak orang
cairlah tu,” Dazrien menarik muka, lalu mencari buku yang Sara perlukan.
“Dah tu? Nak suruh Sara buat
muka macam mana? Macam ni?” Sara julingkan mata, sambil kembungkan pipi.
Dazrien menoleh.
Sekali lagi, dia terpesona.
Bukan sebab muka tu. Tapi sebab sikap Sara yang sememangnya cute. Dazrien tengok Sara, rasa macam
tenang sekejap. Memang comel budak ni. Untunglaa siapa yang dapat dia. And sekarang ni Dazrien ada peluang.
Cakap jer pada dia. Tak ada orang tahu pun.
Apakah keputusan Dazrien?
Keputusan ni mungkin berpihak pada ‘misi memikat Sara’ berbanding ‘No, thanks’ sebab Dazrien baru jer
kecewa pagi tadi.
Lepas semua buku dah jumpa,
Sara menepuk tangan sambil tersenyum puas. “Semua buku baru. Pandai tak Sara
pilih?” Sara menjongketkan kening pada Dazrien. Dazrien mencebik.
Tiba-tiba, Dazrien terfikir
satu rancangan. “Wei... Tolong aku, boleh?” pintanya. “Tak nak... Nak mintak
tolong macam ajak bergaduh,” Sara tarik muka.
“Hish... Ye lah... Sara, nak
mintak tolong boleh?” Dazrien senyum fake.
“Haa... Baru betul. Nak mintak tolong apa?” Sara senyum, tak sabar nak dengar.
“Tolong aku kemas bilik ni.
Cikgu dah mintak tolong aku kemas petang nanti. Tapi petang nanti aku busylah. Tolong boleh?” pinta Dazrien,
habis lembut.
“Hmm... Yelah. Nak kemas dekat
mana dulu ni?” Sara menggosok tapak tangannya.
***
Di pejabat Erfaz, dia tengah
khusyuk tengok blueprint projek
terbaru yang Dato’ Aziz sendiri plan
kan. Nampak okay, moden and tak susah
untuk buat.
“Lawa... Ok sangat projek ni,
Dato’. Dah ada pelabur ke?” Erfaz tersenyum lebar. “Dah ada. Tapi mereka tengah
fikir lagi. Semua tunggu plan ni
lengkap dulu,” jawab Dato’ Aziz yang duduk di depan Erfaz.
“Nak buat dekat mana ni? Dah
ada tempat ke?” tanya Erfaz lagi. “Dah. Tapi ada masalah sikit dengan tempat
tu,” berubah sikit muka Dato’ Aziz. “Masalah? Besar ke?”
Dato’ Aziz pun menghela keluhan
panjang. “Saya tak dapat contact
pemilik tanah tu. Dah lama sebenarnya, dekat sebulan kalau tak silap. Sebab tu
saya nak jumpa awak ni. Saya nak mintak awak tolong jumpa pemilik tanah tu
untuk berbincang dengan dia,” jelasnya.
“Hmm... Tak ada masalah. Saya
ada banyak kawan. Mungkin saya kenal dia. Nama dia siapa? Dato’ ada nombor
telefon dia?” Erfaz memetik jari dengan yakin.
“Nama dia, saya tak ingat.
Tapi, ni nombor telefon dia. Awak cuba call
dulu,” Dato’ Aziz keluarkan telefon lalu cari nombor telefon orang tu. Erfaz
pun keluarkan telefon dia jugak.
Bila Dato’ Aziz hulurkan
telefon dia pada Erfaz, Erfaz baca nombor tu dan wow... Terkejut besar
dibuatnya bila dia ingat pemilik nombor tu. Memang dia kenal. Takkan nak call dia ni kot.
“Nanti saya call. Mana tahu, dia tengah busy,” Erfaz bagi balik telefon Dato’
Aziz. “Cuba call sekaranglah. Kalau
dengan saya, dia tak nak jawab. Mungkin dia jawab kalau nombor lain yang call,” pinta Dato’ Aziz.
Hmm... Kalau Erfaz, confirmlah orang tu jawab. Erfaz pun
salin nombor tu dalam telefon dia and
terus call tanpa beralasan lagi.
***
Syarfa sampai di kelasnya.
Semua dah siapkan latihan, dan terus berbual, lepak and main. Bila Syarfa masuk jer, semua duduk di tempat masing
dengan senyap.
“Aku rasa, ni teman lelaki
teacher. Tak pun, abang dia. Ehh, teacher kan anak sulung. Takkanlah pulak,”
Arif, Johan dan Syamsul yang tengah duduk di meja guru, tak sedar yang Syarfa
dah masuk kelas. Mereka tengah intai telefon Syarfa, sampai tak sedar yang tuan
dia dah datang. Haha... LOL...
“Hei! Berani korang ya?” Syarfa
angkat rotan, tiga orang jejaka yang terkejut tu terus berlari lintang pukang
ke tempat duduk masing-masing. Habis semua orang gelakkan mereka bertiga.
Syarfa tertawa perlahan. Bukan nak marah sangat pun. Syarfa ni memang baik
sangat dengan murid kelas tu. Semua kawan Dazrien.
Syarfa pun tengok pada telefon
dia, ada orang call. Erfaz Sweetie
namanya. Patutlaa Arif syak macam-macam tadi.
Syarfa terus ambik telefon dia,
and lari keluar dengan excited. Makinlah budak-budak lain syak
bukan-bukan.
“Assalamualaikum, awak,” Syarfa
jawab dengan manis.
“Waalaikumussalam. Ni, cik
Syarfa ke?” tanya Erfaz. “Ya saya. Boleh saya bantu?” Syarfa ingat, Erfaz nak
bergurau.
“Saya, Erfaz dari syarikat Palace Builder Holdings nak bincang
pasal tanah milik cik Syarfa,” balas Erfaz. Syarfa tersenyum, dan nak tertawa.
“Awak... Saya tak pandailah
ayat gurau macam ni. Cakap jerlah dengan ayat biasa,” mengalah juga akhirnya.
“Ketua saya, nak beli tanah tu
dari cik Syarfa. Mungkin kita boleh bincang pasal harga,” sambung Erfaz.
Berkerut muka Syarfa.
“Apa awak cakap ni? Tak
fahamlah dengan ayat tu. Cuba guna bahasa betul,” Syarfa garu kepala. “Okay.
Mungkin kita boleh jumpa. Cik Syarfa boleh tetapkan tempat dan masa,” balas
Erfaz.
“Jap... Saya blur lagi ni. Tak faham dengan ayat
ketua, tanah, harga semua tu. Boleh ulang tak?” Syarfa dah start hairan dengan Erfaz ni.
“Okay. Nanti kita jumpa dekat
sana. Terima kasih,” Erfaz terus letak.
Makin hairan Syarfa. Tiba-tiba
jer cakap bukan-bukan. “Kena apa dengan dia ni? Takkan salah makan kot,” Syarfa
masuk kelas balik, dengan hairannya.
“Okay. Nanti kami jumpa untuk
bincang,” kata Erfaz pada Dato’ Aziz. “Boleh pulak dia jawab. Hmm, okay.
Panggil saya bila awak nak pergi nanti,” Dato’ Aziz pun bangun sambil
membutangkan kotnya.
“Ehh tak apa lah, Dato’. Biar
saya jer yang jumpa dia,” Erfaz pun bangun sama.
***
“Fuhh!” Sara habis menyusun
buku di atas rak yang tinggi. Dahlah banyak buku yang nak disusun. Kena panjat
kerusi lagi. Aduh...
“Yang tu pun kena susun jugak,”
arah Dazrien lagi sambil buat-buat rajin mengemas jugak. Sara hanya melepaskan
keluhan. Dengan rasa letih, dia pun ikut semua yang Dazrien suruh.
“Aduhh... Letihnya,” Sara duduk
atas lantai bila dah siap. Dazrien pun datang tengok hasil kerjanya. “Ehh... Sorry, bukan kena susun dekat sini.
Belakang sanalah,” selamba jer Dazrien tegur lepastu blah. Sara mengeluh lagi.
Lepas dah siap susun semua buku
tu ke tempat baru, Dazrien bagi pulak penyapu pada Sara. “Berhabuklah dekat
dalam stor tu. Tolong taw,” lepas tu, Dazrien terus blah. Sara mengeluh, tapi
buat jugak kerja tu.
Bila dah siap sapu semua sampai
bersih, Dazrien the boss datang lagi.
“Tolong pasang semua ni,” Dazrien datang dengan banyak kain langsir yang baru.
Pun Sara buat.
Bila dah siap, Dazrien datang
tengok lagi. “Kerusi banyak-banyak dalam sana tu, letak luar sana,” arahnya
selamba. Sara pun bangun balik, dan terus buat apa yang di suruh.
Dazrien tengok Sara ni, tak
mudah mengalah. Tak boleh jadi ni. Kena buat lagi berat. Fikirnya.
Dazrien pun menuju ke stor,
untuk bagi Sara kerja lagi. Tapi dari luar stor tu dia terdengar something. Dazrien pun rapatkan diri ke
dinding, lepastu intai perlahan-lahan.
Sara tengah menangis. Slow jer. Letih sangat punya pasal, menangis
dibuatnya.
Dazrien mula rasa bersalah.
Apalah salah Sara sampai dia buat macam tu? Haih. Baru dia terfikir, kenapa perlu buat macam tu pada orang, kalau
dia sebenarnya ada masalah dengan orang lain.
***
Di shopping mall, Fattah tengah berjalan dengan Syamira. Tapi Syamira
pulak, sibuk dengan Whatsapp jer.
“Sibuk main telefon jer. Ada suami pun tak layan,” Fattah masukkan tangan dalam
poket seluar.
“Kejaplah. Kawan-kawan dah
tanya ni. Bila nak kahwin? Awak nak saya jawab apa ni?” balas Syamira.
“Kejap saya-awak, kejap
aku-kau. Nak guna yang mana satu ni?” tanya Fattah balik.
“Entah. Cepatlah. Nak jawab apa
kat diorang ni?” Syamira merengek. “Cakap jerlah apa-apa pun. Kalau nak diva
sikit, jawab jer no comment,” balas
Fattah selamba.
Hmm... Syamira berdeham. Di
depan mereka, Fattah ternampak Mazhan. Cepat-cepat dia beritahu Syamira.
Syamira pun apa lagi? Takutlah dia.
“Ehh. Jangan buat takut. Nanti
kantoilah,” bisik Fattah.
“Okay. Emm... Kejap ehh, sorry,” Syamira pun panjangkan
tangannya, melilit pinggang Fattah.
Naik suhu badan Fattah, sampai
rasa nak cair dibuatnya. Jantung berdegup laju macam nak pecah. Nasib baik juga
Syamira tak perasan yang lutut Fattah tu dah bergoyang. Malu weh.
Mazhan nampak betapa mesranya
Syamira dengan Fattah. Dia terus tarik muka, lepas tu blah dari situ. Yes. Plan
dah berjaya. Lega Syamira rasa. Mungkin lepas ni, Mazhan tu takkan berani kacau
dia lagi dah. Perlahan-lahan, pinggang Fattah dilepaskan.
“Alaa,” keluar jugak keluhan
dari mulut Fattah. “Kenapa?” Syamira menoleh dengan hairan. “Ehh... Tak ada
apa. Jomlah,” Fattah yang malu, terus berjalan laju. Syamira dah boleh agak
dah. Dah nama pun lelaki.
***
“Cepat... Cepat... Jangan
lambat...,” Dazrien bersandar di pintu bilik guru wanita, tengah tunggu Syarfa
kemas barang. Selalunya Dazrien tak excited
nak balik. Tapi hari ni, dia just nak
‘lari’ dari seseorang.
“Jangan lupa siapkan yaa. Esok
pengetua nak tengok tu,” terdengar suara seorang cikgu dari dalam. Dazrien
masih tengah tunggu Syarfa. Lambat pulak kali ni.
“Iyaa... Esok pagi-pagi lagi,
dah ada atas meja dah,” Anne keluar dengan begnya lalu memakai kasut di sebelah
Dazrien. Dazrien yang dah bulat matanya, terus ambik langkah ke tangga.
“Daz! Kejap!” Anne pakai kasut
cepat-cepat, then terus kejar Dazrien
sampai bawah. Dazrien buat tak dengar. Terus jalan makin laju.
“Daz! Please... We need to talk,” kata Anne. Langkah Dazrien terhenti.
Dia mula terfikir. Kalau sekarang dia dah buat macam ni, apa yang akan dia buat
pada masa akan datang? Adakah dia akan terus mengelak dari jumpa Anne dengan
cara macam ni? Tahun ni masih panjang, takkan sepanjang amsa dia nak lari?
Lalu dia pusing menghadap Anne,
orang yang dia kecewakan. “Kat mana?” tanya Dazrien.
Sampai di padang sekolah, Anne
mendahului Dazrien menuju ke pentas yang berbumbung. Tak ada orang langsung di
kawasan sekeliling.
“Good... Tak ada orang dengar kat sini,” Anne tepuk tangan, lalu
pusing menghadap Dazrien.
“Cepat sikit boleh tak? Kak Fa
tengah tunggu saya,” Dazrien duduk di anak tangga, membelakangi Anne.
“Okay,” Anne pun turun dari
pentas, memandang ke arah Dazrien yang sedikit tinggi. Berkerut juga dahi
Dazrien melihatnya.
“Saya nak mintak maaf. Sebab,
marah awak pagi tadi. Saya marah teruk sangat sampai saya sendiri rasa tak
senang. Sorry ehh,” Anne tunduk sikit
sambil bermain dengan jari sendiri.
Dazrien rasa sayu. Hilang semua
rasa tertekannya sepanjang hari ni. Rasa macam semuanya dah dibaiki. Dan dia
boleh rasa yang konflik antara mereka sebelum ni tak akan tinggalkan kesan
lagi. Dazrien pun turun dari tangga lalu berdiri depan Anne.
“Saya nak mintak maaf jugak.
Sebab bergurau tak bertempat. Saya sepatutnya fikir dulu, kan? Saya baru
berkawan dengan teacher tak sampai sehari, tapi dah nak bergurau kasar... Sorry,” luah Dazrien.
“Tak adalah... Awak tak salah
pun. Alaa, bergurau tu kan biasa. Lagi-lagi dengan orang kesayangan. Yang
salahnya, saya. Saya yang nak berkawan dengan awak, sayalah yang kena terima
semua perangai awak. Ni tak, saya marah-marah awak pulak. Kan?” Anne menepis.
Dazrien tak tahu nak angguk ke, geleng. Dia salah, Anne pun salah. Haih.
“Okay. Kita lupakan pasal pagi
tadi. Kita sambung jerlah cerita lain. Kita berkawan lagi, boleh?” pinta
Dazrien. Anne tersenyum lebar.
“Tentulaa boleh. Apa salahnya?
Kita buat macam biasa jer. Macam kita tak bergaduh pagi tadi. Boleh?” balas
Anne dengan gembira. Kalau Anne dah gembira, Dazrien lagi lah. Rasa nak
melompat pun ada. Senyuman yang besar sampai nampak semua gigi dengan muka
Dazrien yang merah dah cukup untuk menjawab soalan Anne. Anne yang turut
tersenyum, faham dan setuju dengan Dazrien.
“And by the way, tadi teacher cakap. Bergurau tu biasa dengan orang
kesayangan,” Dazrien berhenti kejap. “Yer,” Anne mengangguk.
“Teacher sayang saya ke?” soal
Dazrien, yang hampir tertawa dengan soalan sendiri.
“Pfft... Apa punya soalan ni?
Awak ni sengaja nak buat saya malu kan?” Anne yang ketawa dulu dengan muka
merah padam. Dazrien turut sama ketawa, walaupun sebenarnya dia memang tunggu
jawapan Anne. Tak apa, mungkin suatu hari nanti, Anne akan jawab.
Syarfa tengah tunggu di kantin,
sambil bermain Hungry Shark. Lepas
sekali, sekali lagi dia buat new
highscore. Bila sedar yang Dazrien dan Anne dah ada berdekatan, Syarfa
simpan Ipad.
Tengok jer yang Dazrien dah
tersenyum sambil berjalan dengan Anne, Syarfa dah tahu yang mereka dah berbaik
semula. “Haa... Macam mana? Dah settle
masalah?” tanya Syarfa.
“Dah... Alaa, sikit jer pun.
Apa yang susahnya?” jawab Anne pantas.
“Tahu pun sikit. Ni, macam
budak-budak. Benda sikit pun nak kecoh. Haih...,” Syarfa bangun dengan begnya.
Ketika mengemas buku yang dia bawa, mulut masih lagi membebel.
“Tak padan dengan tua, bergaduh
macam budak kecik. Korang tu macam budak-budaklah. Pagi bergaduh, petang okay.
Malam bergaduh, pagi esok baru okay. Padahal, dah besar panjang dua-dua,”
Syarfa membebel. Tapi, Dazrien dengan Anne senyap jer. Bila Syarfa menoleh,
Anne dah mengetap bibirnya dengan muka marah.
“Heee,” Syarfa sempat sengih
sebelum lari dikejar Anne.
***
Lewat petangnya, Syarfa ke
rumah Fattah. Lepas parking kereta di
depan rumah, pintu pagar terbuka dan Fattah pun keluar dengan gembira.
Syarfa, Dazrien dan Anne keluar
dari kereta. “Jomlah. Masuk dulu,” ajak Fattah. Mereka pun angguk dan masuk ke
rumah Fattah.
Bila dah masuk, Fattah pelawa
mereka semua duduk di ruang tamu. “Kejap ehh, Fattah bawa air,” Fattah terus ke
dapur.
“Amboi... Pandai pulak buat
air. Sebelum ni kita datang tak ada pulak nak buat air kan Daz?” bisik Syarfa.
Dazrien mengangguk dengan curiga. Anne buat dono jer.
“Okay... Silalah. Lepas ni
Fattah nak cakap sikit,” Fattah sampai dengan beberapa gelas air di atas
dulang. Mereka bertiga minum jerlah. Syarfa letak balik gelasnya, dia makin
curiga dengan Fattah ni.
“Kenapa beria sangat ni? Dari
tadi sengih-sengih. Selalunya kalau akak tak ajak jumpa, memang tak berjumpalah
kita,” soal Syarfa.
“Okay... Fattah cakap
sekarang...,” Fattah duduk menghadap kakaknya lalu meletakkan tangan dengan
sopan di atas riba. Syarfa, Dazrien dan Anne menunggu sampai Fattah hilang dia
punya nervous. Fuhh... Tenang...
Bukannya susah pun... Bercakap jer...
“Fattah nak kahwin...,” katanya
yang masih nervous.
Jeng jeng! Syarfa terkejut
besar. Nak kahwin? Mimpi ke ni? Selalunya, Fattah yang menggeleng kalau cakap
pasal kahwin. Hari ni, dia sendiri yang menyatakan hasrat. Ingatkan, nak cakap
pasal kerja ke apa. Alahai, Fattah... Tiba-tiba ni. Angin tak ada ribut tak
ada... Tiba-tiba dah nak kahwin dah. Tapi tak apa. Kalau itu yang Fattah pilih,
kita bawak bincanglah.
“Akak terkejut sangat ni taw.
Sejak bila pulak Fattah ada jumpa orang tu? Tak pernah cerita kat akak pun,”
Syarfa hairan. “Tak sempat nak bagitahu,” Fattah satukan tapak tangan memohon
ampun.
“Tak sempat? Dah berapa lama
korang kenal?” soal Syarfa lagi. “2 hari,” Fattah angkat dua jarinya dengan
selamba.
“Pfft!” Anne yang masih tengah
minum air, terkejut. Nasib baik tak tersembur. Daz pula terkikiki gelakkan
Anne.
“Aduyaii... Baru 2 hari kenal
dah nak kahwin?” Syarfa menepuk dahinya. Dalam banyak-banyak perangai Fattah,
ini yang paling pelik sekali dia pernah tengok.
“Please kak... Sebenarnya, Fattah dah lama suka dia. Cuma, dia baru
tahu pasal tu 2 hari lepas. Alhamdulillah, dia suka dan terima Fattah. Ayah dia
pun Fattah dah kenal. Ayah dia setuju nak kahwinkan kitorang. Please...,” pinta Fattah.
Syarfa menggeleng ke bawah.
“Vivy dah tahu belum?” Syarfa pandang Fattah semula. “Dah... Vivy orang yang first tahu. Vivy pun dah setuju dengan
keputusan kitorang. Nanti,Vivy nak balik. Fattah ingat, nak buat majlis masa
tulah,” sempat Fattah kemukakan cadangannya.
“Amboi... Siap bagi tarikh dah.
Siapa yang setuju?” balas Syarfa.
“Hmm... Please kak... Fattah tak pernah suka orang lain. Cuma dia jer yang
Fattah suka. Kalau bukan sekarang, lambat lagilah akak boleh ada adik ipar,”
Fattah pegang tangan Syarfa. Syarfa pandang Fattah dengan tajam sekali.
“Bukan akak tak nak setuju.
Tapi baru 2 hari korang...,”
“Please,” Fattah terus memintas. “Dengar dulu... Akak takut
nanti...,”
“Please,” sekali lagi Fattah memintas. Syarfa pun senyap seketika.
Setelah lama mereka saling berbalas renungan, Syarfa pun menghelakan keluhan.
Dengan lembut sekali, dia meletakkan sebelah lagi tangannya ke atas tangan
Fattah.
“Bukan apa. Tapi akak takut
lepas korang kahwin nanti, korang kena hadap banyak masalah. Baru 2 hari dia
kenal Fattah. Perangai baik buruk Fattah, dia tak tahu. Akak hidup dengan
Fattah lebih 20 tahun, akak tahulah. Macam mana kalau dia tak boleh terima tu?”
kata Syarfa dengan penuh hikmah.
“Fattah janji, Fattah akan ubah
semua perangai Fattah. Fattah akan buat sebaik mungkin, supaya kitorang dapat
serasi. Tapi akak kenalah setuju... Fattah tak nak tunggu lama-lama. Takut dia
hilang rasa tak sabar tu,” pinta Fattah lagi. Syarfa tidak bersuara.
“Fattah janji,” Fattah pun
meletakkan sebelah lagi tangannya ke atas tangan Syarfa dan menggenggamnya
dengan erat.
“Hmm... Yelah,” Syarfa pun
bersandar ke sofa. “Yes!
Alhamdulillah...,” Fattah menutup mukanya yang tersenyum sampai ke telinga.
“Nanti bawak dia jumpa akak.
Pasal tarikh tu, korang fikirlah sendiri. Belajar berdikari,” Syarfa tekan bahu
Fattah dengan telunjuknya beberapa kali. Fattah pun angkat tangan macam nak
berikrar. “Janji,” katanya.
“Nama dia siapa?” tanya Syarfa.
“Syamira,” jawab Fattah dengan gembira. “Cantik nama... Kalau betul nak kahwin
dengan dia, jaga dia elok-elok... Buanglah perangai buruk tu,” pesan Syarfa.
“Dengar tu... Dah nak kahwin
pun, buang air dalam seluar lagi,” Dazrien menyampuk ketika layan main Free Fire dengan Anne. Syarfa pun tutup
mulut dengan tapak tangan sambil memandang Fattah. “Akak tak gelak,” katanya.
“Ehh kau ni. Aku dah cakap, tu
air tumpah lah,” Fattah bangun, lalu terus mencubit perut Dazrien. Dazrien cuba
lawan balik, tapi apa boleh buat? Manalah dia tu kuat nak lawan abang dia yang
sasa tu.
***
“Ye ye... Abang balik
sekarang... Ada, topup Sara ada. Bye,”
Hareez simpan telefon dalam poket sambil melangkah keluar dari 7-Eleven.
“Abang! Pegang dia!” Hareez
terus menoleh bila dengar suara cemas. Sap! Seorang lelaki laju melintasinya.
Bila perasan yang lelaki tu tengah dikejar beberapa orang, Hareez pun turut
serta. Dia yang paling laju. Sampai tertinggal orang di belakang.
Lelaki tu pun membelok masuk ke
lorong antara kedai. Hareez sempat ikut. Then
lelaki tu membelok sekali lagi ke lorong belakang premis. Hareez sempat juga.
Langkah Hareez terhenti bila
ada sesuatu yang pelik. Ada sebuah kereta terletak di situ, dan beberapa orang
bertubuh sasa berdiri macam body guard.
Lelaki yang lari tadi pergi tegur bos dia yang duduk dalam kereta. Bos dia
menoleh lalu keluar.
“Ammar,” bisik Hareez. Orang
ramai yang tengah mengejar tadi pun sampai di belakang Hareez. Rupa-rupanya,
konco Ammar jugak.
“Inspektor Hareez. Dapat jugak
jumpa kau,” Ammar tersenyum jahat. “Aku tak nak cakap panjang. Berhenti siasat
pasal kes aku,” sambungnya.
“Ouh, okay aku akan berhenti.
Memang polis Malaysia selemah tu kan?” balas Hareez berani. Ammar tersenyum
sinis. Tanpa sebarang kata lagi, dia berundur dan bersandar ke keretanya.
Debuk! Hareez ditendang dari
belakang sehingga rebah. Cepat-cepat dia bangun dan sempat mengelak hayunan
sebatang kayu yang menyasarkan mukanya. Dengan tumbukannya yang kuat, seorang
lelaki tumbang. Pertarungan bermula
Dari 15 orang lelaki yang cuba
menyerangnya, Hareez boleh pertahankan diri dan jatuhkan 6 orang. 6 orang yang
sasa tadi cukup untuk membuatnya letih nak lawan yang 9 lagi.
Ammar pun mengangkat tapak
tangannya. 9 orang tadi berundur, Ammar pula bersedia dengan kekuda gaya
Kung-Fu. “Kau dah ready?” tanya Ammar
sambil menggenggam penumbuk. Hareez agak risau.
Tiba-tiba, ada seorang lelaki
menyerang Ammar dengan tendangan terbang. Ammar berundur seketika dan menyuruh
konconya pula bertindak. Lelaki tu berjaya jatuhkan semua 9 orang bersenjata
dengan mudah.
Ammar cuba mengambil kesempatan
tapi serangan hendapnya berjaya ditepis Erfaz. Yaa, lelaki itu ialah Erfaz.
Dengan beberapa serangan jer, Ammar jatuh ke belakang dengan mulut yang
berdarah.
Tanpa sebarang kata lagi, Ammar
masuk ke dalam keretanya dan terus dibawa lari.Konco-onconya juga lari sama.
Erfaz menoleh pada Hareez.
“Bro okay?” tanya Erfaz. Hareez mengangguk. Dia masih kagum dengan
kebolehan Erfaz. “Kalau tak ada apa-apa hal, saya pergi dulu,” Erfaz terus
mengambil langkah pergi. Hareez hanya melihat.
Dia terhutang nyawa dengan
Erfaz. Kalau Erfaz tak datang tadi, mungkin dia dah lumat dibelasah. Atau lagi
teruk, dia mungkin mati di situ. Ammar sangat berbahaya.
***
Pada malamnya, Syamira sedang
menunggu Fattah di ruang menunggu. Fattah pun datang dengan uniform celorengnya
yang kemas. Syamira makin suka pada ketampanan yang ada pada Fattah ni.
“Dapat tak?” tanya Syamira.
“Dapat... Alhamdulillah,” Fattah meraup mukanya dengan gembira. Sepatutnya, dia
kerja malam ni. Tapi nasib baik ada orang nak ganti.
“Siapa yang ganti kau?” tanya
Syamira yang turut gembira. “Fadza... Dia cuti hari ni sebenarnya,” jawab
Fattah yang hampir tertawa. Kesian Fadza, dapat cuti pun, kena kerja jugak.
Nasib baik kerja berbayar.
“Good. Cepatlah... Pergi tukar baju,” Syamira menolak Fattah pusing
semula. “Iya!”
Ketika berjalan menuju ke
kereta Fattah, kebetulan pula ketuanya tengah berbual dengan beberapa pegawai
lain di tempat parking.
“Patutlaa suruh orang ganti,”
sindirnya. Fattah dan Syamira tertunduk malu ketika mereka ditertawakan pegawai
lain. “Bukannya selalu, tuan,” kata Fattah sambil membukakan pintu untuk
Syamira.
“Yelah tu... Boleh makan nasi
minyaklah lepas ni,” balas ketuanya. Fattah tertawa jugak sambil menutup pintu
keretanya.
“Aduh!” kaki Syamira tersepit.
“Oops! Sorry,” terkejut Fattah.
Sekali lagi, dia ditertawakan. Dengan malunya, Fattah terus masuk ke dalam
keretanya dan memandu pergi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan