Khamis, 14 Februari 2019

Bab 4


Bab 4
Tinggal Kenangan - Saleem

“Haa... Ini orangnya. Patutlah senang awak ajak bincang,” Dato’ Aziz datang dari arah belakang Erfaz. Syarfa senyum menyambut kedatangan bakal ayah mertua Fattah. Tapi Erfaz pulak ternganga dengan cuak.

“Laa Erfaz. Awak tak ajak Dato’ sekali ke? Ini kan benda penting,” Syarfa menggeleng pada Erfaz. Erfaz tak tahu apa nak buat. Dah salah faham ni.

“Tak apalah. Senanglah nanti nak bincang memandangkan kita dah nak jadi keluarga,” kata Dato’ Aziz. Gembira betul dia bila fikir yang dia akan dapat tanah Syarfa yang miliki nanti.

“Itulah. Benda penting macam ni, kena bincang cepat-cepat,” Syarfa teruja nak bincang pasal perkahwinan Fattah dengan Syamira.

“Betul tu. Alang-alang dah nak jadi keluarga ni, harga tu kita kira harga keluargalah ya,” Dato’ Aziz bergurau. Syarfa tersenyum kecil.

“Alaa... Tak payah risaulah. Saya ni tak berkira sangat. Kalau sampai belas-belas ribu pun, saya tak kisah,” balas Syarfa mesra. Dato’ Aziz teruja gila dengan tawaran Syarfa. Amboi, murah betul Syarfa nak bagi...

Erfaz yang berdiri tengah-tengah, menggaru kepala yang tak gatal. Apa nak buat ni? Mereka dah salah faham. Kalau berterusan, silap-silap boleh bergaduh.

“Ayah... Tak cakap pun nak datang,” Syamira datang dengan dibawa Fattah. “Haa... Eloklah korang ada kat sini. Senang sikit nak buat keputusan nanti,” Syarfa berlutut di sebelah kerusi Syamira.

Aduhh... Bertambah rumit situasi sekarang ni. Makin ramai yang dah salah faham.

“Nanti dah selesai, tak adalah pesaing nak rebut tanah tu. Tanah tu pun, ramai yang berminat. Untunglah siapa yang dapat tanah tu ya,” Dato’ Aziz teruja untuk dapat tanah yang diidamkannya.

Syamira dan Fattah saling berbalas pandangan. Tanah? Apa benda yang mereka nak bincang ni?

“Tengoklah siapa. Kalau orang tu tak pandai mengayat, takkanlah dapat tanah yang subur dan cantik macam tu,” Syarfa mengerling sinis pada Fattah.

Fattah dan Syamira makin tak faham dengan ayat mereka ni. Erfaz faham, tapi mereka tak sepatutnya berbincang macam tu. Erfaz nak tegur, serba salah pulak.

“Beruntunglah saya... Bolehlah kita selesaikan perkara ni cepat-cepat. Senanglah nanti saya nak cari pelabur,” Dato’ Aziz menggosok tapak tangan. Syamira dah hilang sabar dengan kekeliruan ni.

“Jap... Ayah dengan kak Fa nak bincang pasal apa ni?” soalnya.

“Pasal perkahwinan korang laa...,” kata Syarfa. “Nak beli tanah kak Fa ni,” jawab Dato’ Aziz pada masa yang sama. Semua tersentak kecuali Erfaz yang dah menepuk dahi sendiri.

Krik krik... Semua tengah memahami situasi. Laa, salah faham rupanya... “Okay... Kitorang sambung main air dululah,” Fattah pun bawa Syamira pergi.

“Ouh... Baru saya ingat. Dato’ lah yang nak beli tanah saya dekat kampung tu ya?” Syarfa mengangguk faham. Dato’ Aziz yang masih terkedu dengan salah faham tadi, mengangguk.

“Maaflah Dato’... Kalau nak bincang pasal tanah tu, saya minta maaflah. Saya takkan jual pada sesiapa pun,” Syarfa tertunduk-tunduk.

“Kenapa pula? Kita kan dah nak jadi keluarga,” balas Dato’ Aziz, kecewa.

“Ini bukan soal keluarga. Tapi tanah itulah tempat saya dan adik-beradik saya lahir. Lagipun tanah tu tanah keluarga saya. Saya kena jaga amanah ni,” Syarfa masih tertunduk-tunduk.

Dato’ Aziz pun mengeluh. “Tak apalah. Nanti kita bincang pasal perkahwinan Fattah dengan Syamira pula ya,” Dato’ Aziz pun kembali ke arah keretanya.

“Maaf ya, Dato’,” Syarfa rasa kesian pulak. Bila Dato’ Aziz dah pun beredar, Syarfa mendongak pada Erfaz dengan geram.

“Explain... Saya blur lagi ni,” katanya tegas. Erfaz pun cerita, apa yang berlaku sebelum dia bertolak tadi.

“Rasanya, Dato’ Aziz jer yang salah faham. Salah saya jugak... Sebab tak bagitahu dia apa yang kita nak bincang. Memang kelirulah sebab sekarang, awak dengan dia ada dua urusan,” kata Erfaz.

Syarfa pun mengangguk. “Rasanya tak boleh berbincang lagi ni,” Syarfa pun melepaskan keluhan. Tak apa. Mungkin belum sampai masa yang sesuai.

***

Pada malamnya, Syarfa membetulkan tudung di depan cermin. Tiba-tiba pulak Erfaz dan Anne ajak keluar. Syarfa pun ternampak seseorang melalui pantulan di cerminnya.

“Dah cantiklah,” Dazrien dah ada di muka pintu. Syarfa menoleh dengan tersipu malu. “Ye lah. Sorry lambat... Jom turun,” Syarfa pun ambil beg tangannya.

“Kejaplah. Awal lagi ni,” dengan tak ada rasa segan langsung, Dazrien pun baring di atas katil kakaknya. Dengan jelingan mata, Dazrien ajak Syarfa duduk sama berbual. Syarfa iyakan ajerlah. Syarfa duduk di sebelah Dazrien sambil meletakkan tangan di atas dadanya.

“Daz nak tanya boleh?” Dazrien pun memainkan jari jemari Syarfa yang halus dan licin. “Silakan,” balas Syarfa.

“Apa akak nak buat kalau abang Erfaz nak lamar akak sekali lagi?” tanya Dazrien. Syarfa tertunduk malu mendengar soalan tu.

“Hmm... Entahlah. Daz rasa akak patut buat apa?” Syarfa cuba elak dari jawab soalan tu. “Entahlah. Yang nak kahwin tu akak, bukan Daz,” Dazrien menjongketkan bahu.

“Emm... Mungkin akak akan tolak lagi kot. Hehe,” Syarfa tersengih. Senyuman Dazrien pun pudar.

“Kenapa nak tolak lagi? Dah 11 kali taw akak tolak abang Erfaz. Kesian dia,” soal Dazrien. Yes memang dah banyak kali lamaran Erfaz ditolak Syarfa. Macam-macam alasan diberinya. Tak sedia, sibuk, tak ada masa nak bincang. Tapi, Erfaz tetap setia menunggu sehingga Syarfa menjawab ‘Ya’...

“Sebab Daz laa. Daz kan kecik lagi. Akak kena jaga Daz dulu. Bila Daz dah besar, dah pandai berdikari, dah kahwin baru akak boleh lepaskan Daz. Akak takut kalau akak kahwin sekarang, akak hilang tumpuan pada Daz,” jelas Syarfa, jujur dari hati.

Dazrien mengangguk faham. Betul jugak kata Syarfa. Dazrien ni memang tak boleh hidup kalau Syarfa tak tolong. Pemalas dan masih tak reti nak berdikari. Kalau bukan Syarfa yang bantu Dazrien dalam semua hal, memang Dazrien takkan dapat rasa tenang macam sekarang. Mesti serabut kepalanya.

Bila Syarfa dah kahwin, mesti Syarfa kena berikan lebih tumpuan pada rumah tangga. Walaupun Dazrien boleh tinggal bersamanya di rumah Erfaz, Syarfa tetap akan sibuk menguruskan keluarga baru. Mungkin Dazrien akan rasa keseorangan. Sebab tu Syarfa nak tunggu sehingga Dazrien pandai berdikari, baru boleh terima lamaran Erfaz.

***

Dalam perjalanan, Dazrien yang drive. Bila dah sampai, Syarfa hairan pulak. Kenapa pergi ke rumah Erfaz ni? Kata nak keluar jalan-jalan.

“Abang Erfaz suruh jemput dia dulu. Lepas ni, kita pergi jemput teacher Anne pulak,” jawab Dazrien bila ditanya. Then, mereka pun keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah yang gelap. Syarfa rasa kelainan. Selalunya, rumah ni tak pernah pun gelap.

Ouh... Nak buat surprise lagi ya? Syarfa dah tahu taktik yang Erfaz selalu gunakan.

“Mana suis ni?” rungut Syarfa ketika mencari suis di dinding. Bila dah jumpa, Syarfa terus tekan. Dan... Tak ada apa pun. Semuanya macam biasa. Tak ada apa-apa yang berbeza dari biasa. Erfaz pun turun dari tingkat dua sambil memakai jam tangan.

“Haa, tepat pada masa,” Erfaz senyum biasa.

“Okay, jom pergi rumah teacher Anne pulak,” ajak Dazrien. Alaa, ingatkan ada kejutan. Baru nak tengok Erfaz melamar Syarfa sekali lagi. Syarfa mengeluh dalam hati jer. Then, mereka bertiga pun menuju ke pintu.

“Aaa, Syarfa,” panggil Erfaz. Syarfa dan Dazrien pun berhenti dan menoleh ke belakang.

“Saya nak cakap dengan awak kejap,” Erfaz pun berundur sikit. Syarfa mengangguk. Dengan isyarat itu, Dazrien pun berundur sikit dan lampu pun terpadam.

“Daz,” Syarfa kedengaran risau dalam kegelapan. Keadaan dalam rumah sekarang gelap gelita. Dazrien dan Erfaz macam dah hilang dari situ.

“Daz... Mana Daz ni?” suara Syarfa bergema di situ.

Dan tiba-tiba, ada sinar lampu yang berwarna merah jambu menyuluh padanya. Satu lagi sinar lampu yang berwarna biru muda pula, menyuluh ke arah Erfaz yang tegak menghadapnya dengan tangan di belakang.

Syarfa tidak lagi bersuara. Cara Erfaz kali ni memang lain dari yang lain. Tapi Syarfa tak terkejut pun, sebab Erfaz ni memang banyak kejutan. Banyak yang kita tak tahu pasal dia.

“Awak... 15 tahun dah cukup lama untuk kita kenal seseorang tu kan?” tanya Erfaz. Agak lama Syarfa berfikir sebelum mengangguk. Dengan isyarat itu, petikan gitar yang perlahan mula kedengaran. Itulah lagu kegemaran Syarfa.

“Dah banyak masa kita kongsi. Pahit manis, kita dah alami semuanya... Banyak jugak kenangan yang indah antara kita. So, saya harap sangat kita boleh tutup semua kenangan tu dengan satu ikatan yang sah. Saya tak nak kehilangan awak,” sambung Erfaz. Syarfa terkedu.

“Saya nak lamar awak untuk kali ke-12. Saya akan terima apa-apa jer keputusan awak tapi, saya nak awak tahu yang saya akan tunggu sampai awak cakap ‘ya’ sampai bila-bila. Awak cuma perlu jawab ‘ya’ atau ‘tak’. Apa-apa jawapan selain dari itu, saya anggap sebagai ‘tak’.

Syarfa... Sudi tak awak jadi isteri saya?” Erfaz senyum pada Syarfa. Syarfa memang dah tak ada tempat lain nak dipandang. Tak ada apa-apa yang dia dapat nampak selain Erfaz di depannya. Syarfa rasa, hanya mereka berdua di situ. Jadi tak ada apa yang nak dimalukan.

Syarfa fikir dalam-dalam. Memang dia tak nak berikan tumpuan selain daripada menyayangi Dazrien sekarang. Dazrien sangat penting baginya.

Tapi tak ada apa yang nak dirisaukan. Selama hayatnya, Dazrien tak pernah pun menangis. Syarfa memang dah jaga Dazrien dengan sempurna selama ini. Tak mungkinlah tumpuan pada Dazrien akan hilang. Dan kalau ikut nasihat Dazrien sebelum ni, memang dia patut terima lamaran Erfaz dari dulu lagi. Mungkin dengan cara itu, Dazrien akan cuba belajar untuk jadi lebih dewasa.

Syarfa menarik nafas dalam. Jawapan yang akan dia beri, akan ubah hidupnya dan juga hidup Dazrien.

“Ya, Irfansyah Azrien,” Syarfa mengalirkan air matanya.

Pow! Cebisan kertas berwarna merah jambu dan biru muda menghujani mereka berdua setelah lampu pun dihidupkan. Petikan gitar yang perlahan tadi dah menjadi alunan muzik yang lengkap sekarang.

Kemudian, Syarfa nampak beberapa orang di sekelilingnya menepuk tangan dengan terharu. Laa, ada orang rupanya. Malulah Syarfa tadi. Syarfa pun menutup muka yang berubah merah padam. Alaa, bukan ramai pun. Dazrien, Anne, teacher Azny, Fattah, Syamira and Hareez jer.

“Thanks, awak,” Erfaz senyum pada Syarfa. Syarfa dapat dengar dengan jelas walaupun diiringi tepukan gemuruh.

***

Majlis makan malam pun bermula... Semua yang hadir, mula menikmati jamuan yang Erfaz sediakan. Sambil muzik yang perlahan rentaknya dimainkan, semua tetamu berbual dengan ramahnya.

“Fuhh... Thanks bro sebab tolong petang tadi. Kalau kau tak ada, tak jadilah surprise malam ni,” Erfaz menepuk bahu Hareez.

“Tak ada hal. Kau pun dah tolong aku dulu,” Hareez menghirup air dari gelas kaca yang dipegangnya. Mereka pun lagakan penumbuk sebelum Erfaz beredar.

Hareez tak nampak gembira dengan majlis ni. Erfaz dan Syarfa boleh dikira bertunang sekarang, maka hancurlah harapan Hareez nak pikat Syarfa. Baru jer kenal sekejap... Kebetulan pulak Syarfa tu kekasih kawan baru dia, Erfaz. Haih... Nasib, nasib... Tak jadi juga plan nak mengejas.

Dazrien dan Anne lepak di atas buaian di luar rumah. Diorang ni memang. Takkan habis topiklah kalau dah start berbual. Setiap masa, ada saja tajuk yang mereka bawa.

“Ehh Daz... Ceritalah pasal kak Fa dengan abang Erfaz. Banyak yang saya nak tahu ni. And, kenapa abang Fattah tak nampak happy pun?” Anne buka topik baru.

“Hmm... Boleh. Tapi kena bagi upah,” Dazrien tadahkan sebelah tangan. Anne mengerutkan muka. Tapi Dazrien berkeras nak upahnya.

“Ye lah... Nanti kita pergi jalan-jalan. Ceritalah,” Anne mengalah jugak. Dazrien pun buat-buat batuk sambil membetulkan kolar baju.

***

15 tahun yang lalu... Fattah dan Vivy tertunduk menangis di depan wad kecemasan sementara Syarfa menenangkan mereka. Ibu mereka yang sedang sarat mengandung telah dikejarkan ke hospital setelah mengalami sesak nafas yang teruk. Sudah puas jiran-jiran mereka memujuk. Tapi bolehkah mereka bertenang jika ibu mereka telah pun disahkan meninggal dunia?

Ketika itu, Syarfa berusia 10 tahun. Sebulan yang lalu, ayahnya disahkan meninggal dunia setelah jet peribadi yang dinaiki ayahnya itu, terhempas di Jerman. Sekarang, ibunya pula yang telah pergi dan tak akan kembali lagi.

Mereka langsung tak ada saudara terdekat. Ibu bapa mereka merupakan anak tunggal dan begitu juga generasi mereka yang terdahulu. Selain ibu bapa, jiran-jiranlah keluarga mereka.

Seorang doktor pun keluar dari wad itu sambil mendukung bayi yang sempat dilahirkan. Memikirkan Syarfa yang sangat sedih, doktor itu pun berikan bayi itu pada Syarfa untuk memujuknya.

“Hai, Dazrien,” Syarfa melambai sambil tersenyum manis. Syarfalah yang namakan Dazrien.

Setelah beberapa hari tinggal bersama jiran yang baik hati, ada seorang wanita bergelar Dato’ Seri datang. Dengan gembiranya wanita itu minta untuk jaga Syarfa sekeluarga. Wanita itu ialah kawan baik kepada ibu bapa Syarfa.

Then, Syarfa dan adik-beradiknya pun pindah ke rumah wanita tu dan tinggal dengannya. Bila Syarfa melangkah masuk, dia disambut oleh Erfaz yang berusia 15 tahun pada masa itu. Di situlah mereka berkenalan.

“Laa... Sedihnya kisah awak tu, Daz,” Anne mengusap bahu Dazrien. Anne rasa bersalah pulak bila minta Dazrien cerita semula zaman kesedihannya. Dazrien senyum lebar. Padanya, Allah SWT buat semua perkara dengan tujuan. Itu yang Syarfa ajar.

“Alaa... Saya tak kisah pun. Saya kan dah ada teacher sekarang,” katanya dengan manis. Anne tersipu malu. Alamak... Sweetlah pulak dia ni malam-malam. Fikirnya.

“Sambunglah,” Anne cuba elak.

“Lepas tu, dia ada tulis bersambung kat bawah,” jawab Dazrien. Anne mengeluh. Baru dengar sikit, dah bersambung.

“Nantilah saya sambung. Tak bestlah kalau cerita sekali dah habis,” kata Dazrien. Anne pun iyakan ajerlah.

“Pandai diorang berkawan,” bisik Syarfa yang tengah memerhati mereka di sebalik langsir di dalam rumah. Masa Syarfa nak hirup air tu, Hareez datang menyapa.

“Haa... Datang juga rupanya. Awak kenal Erfaz ke?” tanya Syarfa.

“Hmm... Baru jer kenal. Dia tolong saya hari tu, so saya tolong dia kemas rumah pulak hari ni,” Hareez melihat semua hasil kerjanya. Seganas-ganas abang inspketor polis, ada juga seni bunga-bunga dalam hati.

“Syarfa... Erfaz tak marah awak ke? Tadi kita duduk berdua kat sungai,” tanya Hareez pula.

“Tak... Erfaz ni, jenis yang berfikir panjang. Dia fikir yang baik-baik jer. Pemaaf pulak tu. Sebab tu saya sayang dia,” Syarfa senyum.

Hareez tertunduk senyum. Yes. Dah hancur dah harapannya untuk menaruh perasaan pada Syarfa. Selama ni, Syarfalah satu-satunya orang yang berjaya membuatkan Hareez jatuh cinta. Syarfa ada kesempurnaan pada dirinya. Semuanya kena dengan apa yang Hareez cari. Tapi apa boleh buat? Syarfa dan Erfaz memang sepadan.

Bila nampak Erfaz dah dekat, Hareez pun mintak diri.

“Assalamualaikum,” Erfaz menyapa Syarfa. Syarfa pun senyum dengan sangat manis sebelum menjawab salam itu. “Waalaikumussalam,” suaranya sangat merdu.

“Awak intai siapa?” Erfaz menyelak langsir. Tengok-tengok jer, Dazrien tengah bergurau dengan Anne. Pukul-pukul, cubit-cubit. Erfaz tertawa kecil.

“Macam budak-budak kan?” Syarfa menggeleng. Erfaz terus mengangguk setuju dan memandang Syarfa semula.

“Anne tu tak kahwin lagi ke?” tanya Erfaz.

“Kenapa? Awak sibuk apasal?” laju Syarfa bertanya.

“Saya just tanya jer. Sebab dia tu macam budak-budak. And, saya tak pernah nampak dia bercakap dengan lelaki lain selain Daz,” terang Erfaz sambil mengangkat tangan, tidak bersalah. Syarfa menggumam.

“Tak... Setahu saya, dia tak pernah cakap pasal lelaki. Daz sorang jer kawan lelaki dia,” jawab Syarfa. Erfaz mengangguk faham.

“Nah air,” Syarfa berikan gelasnya pada Erfaz. Erfaz pun ambil dan melemparkan senyuman untuk memujuk kekasihnya. Syarfa mengalihkan pandangan.

Sengaja Erfaz minum air tu, di tempat yang sama Syarfa menghirup. Syarfa yang perasan perkara tu, tertunduk malu.

“Saya minta diri dulu yer. Assalamualaikum,” Syarfa terus berlari ke muka pintu. Erfaz tahu yang Syarfa dah cair. Itu baru sikit. Belum kahwin lagi.

“Daz... Jom balik. Dah lewat ni,” ajak Syarfa. Dazrien mengangguk. Setelah bersalam dengan Anne, Dazrien pun ikut Syarfa.

“Haa... Dah nak kahwin dah, akak Daz sorang ni,” Dazrien berjalan di sebelah Syarfa. Selembut yang boleh, Syarfa pun memeluk pinggang Dazrien dengan sangat erat. Dazrien pun memaut bahu Syarfa. Memang macam sepasang kekasih.

“Hihi... Daz pulak. Bila nak kahwin?” Syarfa mendongak pada Dazrien.

“Tak lama lagi. Calon pun dah ada,” Dazrien jongketkan keningnya. Hmmp, Syarfa dah boleh agak siapa calon tu. Mesti Saralah ni. Tapi Dazrien menafikannya.

“Dah tu siapa?” tanya Syarfa.

“Yang borak dengan Daz tadilah,” Dazrien cuba tahan daripada tertawa. Bila Syarfa pun dah tergelak perlahan, Dazrien pun tertawa jugaklah.

“Gatalnya kau ni,” Syarfa mencubit Dazrien dengan halus.

Sampainya mereka di depan rumah, mereka mengeluh. Kereta Fattah dah block kereta mereka. Dazrien pun nak masuk semula ke rumah, cari Fattah.

“Ehh Daz. Abang Fattah tertinggal kunci dalam ni lah,” kata Syarfa yang tengah mengintai dalam kereta Fattah. Dazrien pun turut intai sama. Ish ish. Nasib baik mereka yang perasan. Kalau orang lain, dah hilang kereta tu agaknya.

“Kita bawak balik kereta dialah. Biar padan muka dia. Siapa suruh block kereta orang?” cadang Syarfa. Dazrien pun terus masuk dan duduk di driver seat. Tak payah cakap banyak. Kalau bab mengenakan orang, Dazrien mesti setuju punya.

“Kalau akak dah kahwin nanti, senang sikit hati Daz,” kata Dazrien ketika memandu. Syarfa yang duduk di sebelahnya menoleh dengan hairan.

“Kenapa pulak senang hati?” soalnya.

“Ye lah. Manalah tahu, nanti kalau Daz dah tak ada...,” balas Dazrien sebelum pipinya ditampar perlahan. Wajah Syarfa terus nampak marah.

“Akak tak suka Daz cakap macam tu... Daz ingat akak tak sayang Daz ke? Daz ingat, akak boleh hidup tanpa Daz? Abang Erfaz tu tak ada makna pun kalau nak dibandingkan dengan Daz... Tolonglah Daz. Kalau nak bercakap, fikir baik-baik. Fikir pasal perasaan akak,” Syarfa bertegas suara.

Dazrien hanya tertunduk. Dazrien akui kesalahannya kerana bercakap sebegitu dengan Syarfa. Dengan orang lain tak apa tapi kalau Syarfa, dia silap. Itu bukan gurauan yang Syarfa boleh terima.

Dazrien pun menoleh dan tiba-tiba... Kereta mereka berguling-guling di atas jalan raya akibat dilanggar. Mereka berdua pengsan serta-merta.

Syarfa mencelikkan mata. Sedar-sedar, dia sedang dibawa di atas stretcher hospital. Yang pertama sekali dia cari, Dazrien. Dan bila Syarfa menoleh ke sebelah, hatinya hancur musnah.

Keadaan Dazrien sangat teruk. Itulah keadaan yang paling teruk pernah dia lihat pada Dazrien selama 15 tahun menjaganya. Darahnya berlumuran dengan sangat banyak dan dia masih belum sedar.

“Daz,” Syarfa cuba mencapai Dazrien. Namun, mereka terpisah apabila mereka dimasukkan ke bilik yang berbeza.

***

Erfaz berlari di koridor. Sampainya di persimpangan, dia hilang arah. Erfaz tak tahu ke mana mereka bawa Syarfa dan Dazrien. Bila dengar je tentang kemalangan yang menimpa kereta Fattah, Erfaz terus bergegas ke tempat kejadian. Bila dah sampai, Syarfa dan Dazrien dah pun dibawa ke hospital. Apa lagi? Erfazlah orang pertama yang bergegas ke hospital.

Kemudian, seorang doktor pun keluar dari wad kecemasan. “Doktor... Ada tak pesakit bernama Dazrien?” tanya Erfaz dengan risau.

“Encik ni siapa?” tanya doktor tu balik. “Saya family dia. Dia okay ke?” jawab Erfaz laju. Doktor tu menggeleng perlahan.

“Dazrien dah stabil. Tapi dia kehilangan banyak darah dan mengalami banyak kecederaan dalaman termasuk gegaran otak. Kami akan cuba sebaik mungkin,” jawabnya serius.

“Syarfa? Macam mana?” tanya Erfaz lagi.

“Cik Syarfa selamat. Cuma terhantuk sikit dan beberapa kecederaan ringan. Kami terpaksa rehatkan dia dengan ubat tidur,” doktor itu memegang bahu Erfaz. Erfaz mengangguk lega.

“Daz? Daz! Doktor... Adik saya mana?” Syarfa keluar dari wad kecemasan dengan tampalan di dahi. Beberapa orang nurse pun keluar sama untuk mengejarnya. Aikk? Kata dah bagi ubat tidur?

“Cik... Cik perlu berehat. Adik cik dah stabil dalam unit rawatan rapi,” doktor itu cuba tenangkan keresahan Syarfa. Syarfa terus berlari anak mencari wad ICU.

“Nurse? Kan saya dah suruh suntik ubat tidur,” doktor tu marahkan nurse.

“Kami dah suntik. Tapi tak ada kesan,” balas nurse tu dengan hairan. Wow... Risaukan Dazrien punya pasal, ubat tidur pun tak ada effect. Dahsyat Syarfa ni. Sampai tergaru kepala doktor tu dibuatnya.

Erfaz pun duduk di bangku. Gelisah dalam hatinya memikirkan keadaan Dazrien. Tiba-tiba jer semua ni berlaku. Dazrien yang tadi berpukul-pukul dengan Anne, dah masuk ICU. Syarfa yang tadinya ber­sweet-sweet dengan Erfaz, sekarang dah menangis.

“Erfaz?” Anne berdiri di depannya dengan muka blur. Erfaz terus tunduk sambil menutup muka sendiri dengan tangan.

“Daz macam mana?” tanya Anne, tenang. Erfaz menggeleng.

“Teruk sangat. Sekarang dah ada kat ICU,” jawabnya. Erfaz terus mengeluh dan mengeluh. Kenapa semua ni terjadi selepas dia melamar Syarfa? Hari ini sepatutnya menjadi hari yang membahagiakan orang. Bukannya hari yang menyedihkan.

Melihat Erfaz yang sangat kesal, Anne pun duduk di sebelahnya.

“Janganlah sedih sangat... Bukan salah awak pun,” Anne senyum walaupun Erfaz tak pandang.

Seorang demi seorang pun sampai. Mula-mula Fattah, Syamira dan teacher Azny jer. Finally, Hareez pun sampai jugak.

Tak lama lepas tu, Dazrien dibawa keluar dari wad. Dia dipindahkan ke bilik VIP setelah berbincang. Syarfa tidak lagi menangis tapi, dia jelas nampak sedih.

Ketika Syarfa sedang duduk di atas kerusi dan menangis di tepi katil Dazrien, seorang demi seorang masuk untuk memujuknya pulang sebab dah lewat sangat. Tapi langsung tak ada kesan. Syarfa tidak pun menoleh, apatah lagi menjawab. Fattah, Syamira, Hareez dan Erfaz sendiri, semuanya gagal menghentikan rajukan Syarfa.

Masih segar dalam ingatan Syarfa. Sebelum kemalangan tu berlaku, dia memarahi Dazrien. Bukan marah jer, dia siap tampar Dazrien lagi. Sebab tu lah, Syarfa rasa bersalah sangat-sangat.

“Hmm... Anne cuba pulak,” teacher Azny mengeluh ketika keluar dari bilik Dazrien. Anne pun dengan gembiranya masuk ke bilik tu untuk memujuk kawan baiknya. Dengan perlahan, Anne berjalan ke belakang Syarfa dan mengusap bahunya. Erfaz yang berada di bucu bilik itu, memerhati jer.

“Fa... Kenapa nangis ni?” tanya Anne. Syarfa terus pusing dan memeluk Anne. Semua terkejut bila Syarfa bagi reaksi.

“Anne... Fa marah Daz tadi,” kata Syarfa.

“Laa... Ingatkan dah bisu. Boleh bercakap lagi rupanya,” kata Erfaz sinis. Hareez yang terkejut, memandang Erfaz dengan hairan.

Anne pun buat muka garang pada Erfaz sambil terus mengusap bahu Syarfa. Ada ke patut cakap macam tu? Nasib baik Syarfa tak melenting marah.

“It’s okay... Daz kan dah okay sekarang. Cuma tak sedar lagi jer. Kita doa yang elok-elok. Okay,” Anne menepuk bahu Syarfa beberapa kali.

“Thank you, Anne,” Syarfa memeluk Anne dengan lebih erat.

“Tak fikir pasal orang langsung. Ingat dia jer yang sedih,” kata Erfaz sinis. Hareez memandang Syarfa dan Erfaz silih berganti.

“Saya mintak maaflah kalau buat awak marah. Tapi kalau awak nak marah saya, bukan sekarang,” kata Syarfa, tanpa menoleh. Agak tegas suaranya tadi.

“Masalahnya, bukan saya marah atau tak. Tapi awak tak fikir langsung ke pasal kitorang ni? Dah 3 jam kitorang pujuk awak. Sepatah haram pun awak tak jawab. Awak ingat kitorang ni apa?” marah Erfaz.

“Bukan sekarang, Erfaz,” sekali lagi Syarfa menegaskan suaranya. Fattah pun masuk untuk lihat apa yang dia dengar di luar tadi. Alamak. Bertambah keruhlah nanti.

“Awak tu sakit. Kena banyak berehat. Kalau awak tunggu Daz macam patung batu kat situ, sia-sia jer awak bazirkan masa. Stoplah buat benda bodoh,” Erfaz makin marah.

Fattah terus menolak Erfaz dengan kuat. Tapi Erfaz sikit pun tak bergerak. Sebaliknya dia memandang Fattah dengan sabar tak sabar.

“Kau keluar... Kitorang tak perlukan kau. Blah... Blahlah wei!” Fattah menolak Erfaz berkali-kali walaupun Erfaz tetap tidak berganjak. Hareez cepat-cepat mencelah dengan menahan Fattah.

“Erfaz... Baik kau keluar dulu. Tunggu kat luar, lepas ni aku datang,” Hareez cuba tenangkan Erfaz. Dia pernah nampak apa yang Erfaz boleh buat tentang mempertahankan diri. Hareez tahu, semuanya mungkin lebih teruk kalau Erfaz tengah marah.

Erfaz hanya memandang Fattah. Rasa nak marah balik pun ada tapi, Fattah tu dah macam keluarga dia jugak. Sebab fikirkan pasal orang lain, Erfaz melangkah keluar. Fattah tersenyum puas. Jatuh jugak maruah Erfaz di depannya. Dari dulu sampai sekarang, dendamnya terhadap Erfaz tak pernah pudar.

Erfaz duduk di sebuah pondok. Hareez pun datang duduk di sebelahnya.

“Apalah kau ni? Janganlah macam tu. Kau dah tahu kan dia tengah sedih. Dia sayang adik dia sangat-sangat. Memang patutlah dia senyap bila kau pujuk,” Hareez bersandar di tiang.

“Aku tahu... Tapi takkanlah tak nak jawab langsung? Dah 3 jam kita pujuk dia tadi. Aduih,” Erfaz memegang dahi sendiri sambil menggeleng.

“Itulah perempuan. Kita, lelaki susah nak faham. Kita ikut jer flow diorang, tak adalah masalah,” balas Hareez. Erfaz mengangguk setuju.

Then, ada dua orang lelaki mendekati Erfaz. Erfaz menyambut mereka macam dah lama kenal. Dengan Hareez pun, mereka bersalam.

Kemudian, salah seorang dari mereka berbisik sesuatu pada Erfaz. Erfaz mengangguk faham. Hareez memerhati dengan hairan. Berahsia sangat.

“Hareez... Aku gerak dulu lah. Ada orang nak jumpa,” Erfaz terus beredar dan diikuti dua orang lelaki tadi. Hareez pun baliklah. Tunggu apa lagi?

***

“Ni gambar kereta tu,” kata seorang lelaki pada Mazhan sambil menghulurkan telefon padanya. Mazhan perhati gambar tu. Yes... Itu memang kereta Fattah. Kereta tu dah hancur remuk dilanggar lori yang dipandu oleh lelaki yang dia upah tu.

“Aku suka cara kau buat kerja,” Mazhan tersenyum puas. Di lorong itu, ada beberapa orang. Mazhan, pembawa lori, Ammar dan beberapa belas pengawal Ammar yang dah siap dengan pemukul masing-masing.

Mazhan pun menoleh pada rakannya, Ammar yang kemudiannya melemparkan satu sampul surat berisi wang tunai. Sampul surat itu diberikan pada pembawa lori yang dah tak sabar menerima habuannya.

Tiba-tiba, ada sekumpulan lelaki berbaju merah menyerang mereka. Pergaduhan besar berlaku di situ. Walaupun bilangan lelaki berbaju merah tu kurang berbanding lawan mereka, mereka tetap menguasai. Semua fighter professional kot. Situasi kecoh sangat. Ammar dan Mazhan bergelut untuk masuk ke dalam kereta. Asal nak masuk jer, ada orang berbaju merah menyerang datang menyerang

Dari arah lelaki berbaju merah datang tadi, datang pula seorang lelaki yang pakai sweater hitam dengan topeng Anonymous. Dengan mudah, dia boleh  mencelah di tengah pergaduhan dan sampai di depan Mazhan dan Ammar.

Ammar dan Mazhan menyerang serentak. Hasilnya, mereka yang tersungkur. Serangan demi serangan diacukan pada lelaki bersweater hitam tu tapi tak berjaya. Bila badannya dah panas, Anonymous itu pula yang membelasah Ammar dan Mazhan berdua.

Bila dah selesai, semua konco Ammar dah berbaring. Malah, Ammar dan Mazhan sendiri pun tak berdaya untuk bangun setelah teruk dibelasah oleh seorang lelaki.

Anonymous itu membelakangi mereka. Dengan perlahan, dia membuka hood yang menutup kepalanya serta topeng yang menutup mukanya. Bila dia menoleh, Ammarlah yang paling terkejut. Itulah lelaki yang datang selamatkan Hareez beberapa hari lalu.

Erfaz terus berjalan ke depan, meninggalkan mangsanya yang dah lembik.

“Thank you, geng,” Erfaz menepuk bahu ketua geng berbaju merah itu. “No problemlah. Kitorang terhutang budi dengan kau. Lain kali kalau nak belasah siapa-siapa, roger kitorang,” ketua itu bersalam dengan Erfaz.

Itu salah satu sisi sebenar Erfaz. Erfaz memang seorang yang baik. Di mata semua orang, dia seorang lelaki yang sopan santun, rajin, peramah, pemurah dan lemah lembut. Tengok muka dia jer, kita dah tahu dia baik. Tambahan lagi, Erfaz tak pernah langsung marahkan orang lain selama ini. Kalau ada pun, jarang sangat.

Tapi, kalau demi orang yang dia sayang, semua benda dia sanggup buat.

Disebabkan kebaikannya jugalah, ramai orang mempercayainya dan suka membantunya dalam apa-apa hal. Sebab tu lah, fighter-fighter professional tu sudi nak tolong dia. Erfaz pun sebenarnya, tak pernah meminta dari siapa-siapa. Mereka yang sudi hulurkan bantuan. Kiranya, Erfaz ni disenangi tak kira dengan siapa dia berkawan.

***

Tengah hari pada hari seterusnya, Anne tiba di hospital sejurus tamat kelas terakhir hari ni. Kiri, kanan, depan, masuk kiri lagi, Anne pun jumpa bilik Dazrien. Tapi ada sesuatu yang menghairankan.

“Fa? Erfaz? Kenapa ni?” soal Anne. Syarfa dan Erfaz terus jer berjalan ke hulu ke hilir dengan resahnya di depan bilik Dazrien.

“Daz dah sedar,” jawab Erfaz sambil meniup tapak tangan.

“Baguslah tu... Dah kenapa macam tengok World Cup jer Anne tengok?” soal Anne lagi. Syarfa pun duduk di bangku. Masih jelas pada wajahnya, tanda kerisauan.

“Doktor tengah check dia. Itu yang Fa takut. Takut nanti, Daz tak berapa sihat,” jawabnya. Anne mengangguk faham. Biasalah, just Syarfa thing.

Nurse pun membuka pintu. “Sila masuk,” pelawanya. Syarfa terus berlari laju ke dalam bilik Dazrien. Bila Anne dan Erfaz pun dah masuk, tengok-tengok jer Syarfa dah ada atas katil Dazrien, sedang mengusap lembut rambutnya. Sayang betul...

“Cepat betul dia sedar. Kuat jugak Dazrien ni rupanya,” doktor tu tersenyum kagum. Setelah bersalaman dengan Erfaz, doktor tu pun keluar.

***

Di rumah Dato’ Aziz, Fattah sedang menunggu bakal bapa mertuanya itu di ruang tamu. Sambil menunggu, bolehlah layan Syamira yang masih berkerusi roda.

“Sakit lagi ke?” tanya Fattah. Syamira mengangguk dengan muka manja. Fattah tertawa perlahan.

“Tak payah buat muka macam tu laa,” Fattah pun menolak muka Syamira. Syamira turut tertawa. Dan tawa mereka pun terhenti, bila tibanya Dato’ Aziz di depan mereka.

“Mana kak Fa?” Dato’ Aziz pun duduk.

“Kak Fa tak boleh datang. Dia tengah jaga Dazrien kat hospital,” jawab Fattah. Dato’ Aziz mengangguk faham. Nak tak nak, kena bincang jugak. Tarikh dah nak dekat memandangkan Syamira nak kahwin cepat-cepat.

“Okay... Macam mana dengan hantaran? RM20000 boleh ke?” tanya Dato’ Aziz. Fattah mengangguk setuju ketika Syamira buat muka hairan dia.

“Ayah. Kan Mira dah kata, nak hantaran RM5000 jer,” katanya. Tiba-tiba pulak Dato’ Aziz ubah fikiran.

“Tak apa... RM20000 pun tak kisah. Janji dapat kahwin,” Fattah mencelah dengan tenang. Alaa, RM20000 tu senang jer dia nak cari. Adalah jalannya.

“Haa, dengar tu. Yang sediakan hantaran tu Fattah, bukan kamu. Tak payah nak sibuk,” Dato’ Aziz menjeling pada Syamira. Syamira menahan geram dengan telinga berasap.

***

Kembali ke hospital. Syarfa duduk di kerusi di sebelah katil Dazrien. Anne dan Erfaz cuma berdiri dan berbual sama.

“Nak akak call kak Vivy tak? Akak tak bagitahu kak Vivy pun yang Daz accident,” tanya Syarfa. Dazrien terus menggeleng laju.

“Tak payahlah. Kak Vivy kan nak exam. Nanti ganggu pelajaran dia pulak,” jawabnya. Bagus budak ni. Faham akan situasi Vivy yang merupakan calon SPM.

Telefon Erfaz pun berdering, tanda ada orang call. Ketika Syarfa, Dazrien dan Anne rancak berbual, Erfaz pun keluar untuk menjawab panggilan.

***

Setelah habis bercakap, Dato’ Aziz pun letak telefon. Harap-harap, Erfaz bolehlah pujuk Syarfa untuk jual tanah tu.

“Ayah, jom... Makanan dah siap,” ajak Syamira. Then, Dato’ Aziz pun bawa Syamira ke meja makan untuk makan tengah hari dengan Fattah.

***

Kembali ke hospital, di bilik Dazrien. Sara dan abang dia dah pun sampai. Syarfa masih bersandar di atas katil Dazrien sambil membelai rambut adiknya itu.

“Nasib baik Daz okay. Sara kat sekolah tadi susah nak belajar rasanya. Risau taw,” ujar Sara yang duduk di atas kerusi.

“Amboi... Caring nampak,” Syarfa tersenyum sinis. Sara pun tertunduk malu sampai merah menyala mukanya. Hareez pun mengurut bahu Sara.

“Biarlah dia caring. Nanti jadi adik ipar awak jugak,” usik Hareez. Syarfa terus mengangguk setuju sementara Sara makin tertunduk.

Ehh? Syarfa setuju? Ini dah baik. Syarfa macam tak marah bila Hareez cakap macam tu. Hareez fikir, mungkin Syarfa sudi nak terima dia suatu hari nanti memandangkan sekarang, dia tengah bergaduh dengan Erfaz. Hareez tak tahu sebenarnya, mereka dah pun berbaik.

Syarfa dengan Sara angguk sebab, ingatkan Hareez tengah usik pasal Dazrien dan Sara. Padahal, Hareez maksudkan dia dengan Syarfa. Aduih.

Tapi kan... Jelas ternampak pada wajah Dazrien yang dia tak berapa gembira. Dari riak wajah Hareez yang dia lihat, Hareez sebenarnya nak mengurat Syarfa. It is a BIG NO... Dazrien nak Erfaz.

“Syarfa... Sini kejap,” Erfaz memanggil dari muka pintu. Syarfa pun pergilah selepas menyentuh perlahan pipi Dazrien. Hareez pun buat-buat batuk.

“Ehem... Pandai-pandailah korang ya,” Hareez pun meninggalkan Sara di situ dengan Dazrien. Bila Hareez dah keluar, Dazrien dan Sara saling berbalas renungan dengan senyuman gembira.

“Sara,” panggil Dazrien. Sara menoleh laju.

“Kenapa datang sini? Baju sekolah pun tak tukar lagi. Rindu ehh?” Dazrien menjongketkan kening. Sara pun buat-buat muka macam baru lepas makan mangga yang belum masak. Pahit...

“Sara datang sebab abang ajak. Tak ada maknanya nak rindukan Daz. Dahlah garang macam harimau,” Sara tarik muka. Dazrien mencebik.

“Eleh... Kalau tak rindu, tak adalah Sara tunggu kat dalam ni. Mesti Sara dah ikut abang Sara dari tadi lagi masa dia keluar,” Dazrien pun turut menarik muka.

“Haa... Betul jugak tu... Bye,” Sara terus bangun dan berlari anak meninggalkan Dazrien.

“Sara! Jangan tinggal! Daz gurau jer!” sudah terlambat, Daz. Tu lah, bergurau lagi dengan orang macam Sara. Mengeluh jerlah yang boleh.

Anne pun masuk ke bilik tu dengan membawa plastik 7-Eleven. “Mana kak Fa? Mana semua?” wajah Anne nampak hairan. Dazrien angkat bahu. Anne tutup pintu dan mendekati Dazrien. Di tempat Sara tadi, dia duduk dengan sopan.

“Saya tak tahu mana satu yang awak suka. Pilihlah,” Anne bukakan plastik tu dan hulurkan pada Dazrien. Aduhh... Semua jenis roti ada dalam plastik tu.

“Banyaknya teacher beli. Macam mana nak habiskan ni?” Dazrien tersenyum hairan. Anne tersengih dengan muka tak malunya.

“Kita habiskan sama-samalah. Awak kan bestfriend saya,” Anne senyum lebar. Dazrien tersenyum kecil jer walaupun hatinya rasa nak meletup.

“Bestfriend ke boyfriend?” Dazrien dekatkan mukanya pada muka Anne. Anne biarkan jer. Tengok sejauh mana Dazrien nak cuba cairkan dia.

“Awak ingat saya ni senang nak cair ke? Semua drama saya dah tengok. Tak menangis langsung pun,” Anne tersenyum dengan yakin. Takkan mudah untuk dia tewas di tangan Dazrien.

Dazrien terus merenung mata Anne. “Tu drama diorang. Yang ni drama kita. Drama kita lagi sweet,” kata Dazrien perlahan.

Alamak. Dah tergugat ni. Renungan Dazrien tu cukup untuk buat Anne rasa cair sikit. Senyumannya juga mempersonakan Anne. Anne seolah-olah berada di tempat lain bila membalas renungan itu.

Ting! Anne kenyitkan matanya untuk buat Dazrien kalah dulu. Tapi tak ada kesan langsung. Renungan ikhlas Dazrien tetap berada pada wajah Anne tu.

“Bestfriend or boyfriend?” soal Dazrien. Anne tak nak mengalah. Dengan selambanya dia bertungkat dagu di atas katil, betul-betul di sebelah kepala Dazrien.

Dah bila Anne tak nak jawab, makinlah Dazrien beria.

“Bestfriend or boyfriend?” Dazrien dekatkan mukanya lagi. Anne pejam mata sambil mencebik tak nak jawab. Dazrien makin dekatkan wajahnya.

Anne pun buka mata. Wow... Wajah siapa yang ada di depan dia ni? Anne boleh rasa tenang sangat memandang wajah Dazrien tu. Dia pun mulalah teringat akan semua saat manis dengan Dazrien. Bahagia sangat dia dapat jumpa Dazrien. 100% kena dengan ciri-ciri yang dia mahukan.

“Nakalnya awak ni... Dah, jom makan,” Anne bersandar di kerusinya. Dengan tertawa perlahan, Dazrien pun bersandar semula.

1-0... Anne dah tewas. Tak apa... Lain kali, kita tengok siapa yang melting dulu... Getus hati Anne sambil mengunyah.

Tiada ulasan: