Jumaat, 15 Februari 2019

Bab 5


Bab 5
Masih Mencintainya - Papinka

Syarfa pun melangkah masuk dengan diekori Erfaz. “Haa! Buat apa?!” sergahnya. Dazrien dan Anne terkejut bagai nak jatuh jantung mereka. Dengan puasnya, Syarfa tertawa perlahan.

“Terkejut laa!” marah Anne. Erfaz dan Syarfa terus terkikiki...

“Padan muka... Siapa suruh makan tak ajak?” Syarfa mendekati katil Dazrien dan duduk di tempat biasanya sementara Erfaz bersandar sambil memeluk tubuh di tingkap.

“Pergi mana tadi?” tanya Dazrien.

“Berbincang. Dato’ Aziz nak beli tanah kita kat kampung. Akak tak nak kasi jugak,” jawab Syarfa lembut. Dazrien mengangguk faham.

***

Di rumah Dato’ Aziz, Fattah sedang memakai kasut untuk keluar sementara Syamira menunggu di atas ‘keretanya’. Dato’ Aziz tengok jer sambil membaca mesej di telefonnya. Hmm... Syarfa tetap menolak tawarannya.

“Ayah... Nak salam,” Syamira hulur tangan. Dato’ Aziz pun bersalamlah dengan anaknya itu dan Fattah sekali. Nampak macam rapat jer mereka ni. Haraplah tak ada masalah nanti.

“Haa Fattah... Bagitahu kak Fa tu, RM40000 taw,” kata Dato’ Aziz. Muka Syamira berubah terus. Apa kena dengan orang tua ni? Mula-mula RM5000. Lepas tu RM20000. Sekarang dah RM40000?

“Ayah... Tadi kata RM20000?” jelas terdengar tanda tak puas hati.

“Alaa tak apalah. Bukannya susah nak cari,” Fattah memotong. Syamira terus menjeling tajam macam sniperman. Orang nak tolong, dia pergi backup ayah pulak.

“Haa... Fattah sendiri cakap macam tu. Apa yang kamu kecohnya?” makin Dato’ Aziz berani nak naikkan hantaran lagi lepas ni.

***

Pada malamnya, Dazrien dilawati oleh Hareez dan Sara lagi. Syarfa masih berada di tepi kepala Dazrien sambil membelai rambutnya. Anne pulak, tak sampai-sampai lagi. Janji pukul 9. Hampeh betul. Ingatkan, melayu jer yang lambat. Hehe...

Erfaz berada di bawah. Di tangannya, ada sekeping kad. Erfaz tahu, ini bukan masa yang sesuai untuk hadiahkannya pada Syarfa memandangkan Dazrien masih berbaring di hospital. Tapi Erfaz terfikir juga, mungkin ini akan buat Dazrien gembira sikit nanti.

Dengan seribu debaran, Erfaz melangkah naik. Harap-harap, semuanya berjalan lancar. Setibanya di depan bilik Dazrien, Erfaz bersandar di sebalik dinding dengan berdebar.

“Sekarang ke? Apasal aku rasa macam takut pulak ni? Rasa macam tak sedap hatilah pulak. Ah peduli apa? Sekarang jugak, Erfaz,” Erfaz cuba yakinkan diri.

“Syarfa. Awak serius ke dengan Erfaz?” tanya Hareez. Syarfa tak tahu nak jawab apa. Pelik jugak soalan ni.

“Awak tak nampak ke cara dia marah awak semalam? Itu baru benda kecil. Macam mana kalau awak dah kahwin dengan dia nanti? Tak ke boleh bergaduh?” sambung Hareez lagi. Syarfa tertunduk seketika. Dazrien dan Sara diam jerlah dengar orang besar bercakap.

“Fikir balik Syarfa. Mungkin Erfaz bukan orang yang betul untuk awak,” kata Hareez perlahan. Syarfa pun angkat muka dengan senyuman kecil.

“Nanti saya fikirkan,” katanya perlahan.

“Aww! Jangan langgar! Ada kek ni!” terdengar suara Anne dari luar. Bila mereka menoleh ke pintu, kelihatan Anne yang hampir terjatuh sambil memegang sekotak kek dengan penuh cermat.

“Anne? Siapa tu?” Syarfa mula rasa tak sedap hati.

“Erfaz,” jawab Anne dengan muka blur comelnya.

Oh no... Ini tak sepatutnya terjadi. Syarfa terus melompat turun dari katil Dazrien dan cuba mengejar Erfaz. Dari satu tingkat ke satu tingkat Syarfa turun. Finally dia nampak Erfaz sedang berjalan laju di lobi menuju ke pintu keluar.

“Erfaz! Tunggu saya!” berkali-kali panggilan Syarfa itu tidak diendahkan Erfaz. Mereka dah pun keluar dari bangunan.

“Erfaz! Dengarlah dulu penjelasan saya!” Syarfa seakan-akan merayu pada kekasihnya. Namun Erfaz terus berjalan menuju ke arah keretanya yang masih jauh.

“Mr E-Class!” panggil Syarfa seraya berhenti mengejar. Syarfa fikir, hanya panggilan itu boleh menghentikan Erfaz. Itulah satu-satunya nama yang Syarfa bagi pada Erfaz selain namanya sendiri. Jangkaannya tepat. Erfaz berhenti.

“Dengar penjelasan saya. Tolong jangan marah. Saya tak nak kita bergaduh. Baru jer sekejap lepas saya setuju nak kahwin dengan awak,” rayu Syarfa.

“Awak tahu pasal tu? Kenapa baru sekarang awak nak fikir? Kenapa tak bagitahu lelaki tu pasal kita?” soal Erfaz bertubi-tubi.

“Awak... Awak kenal saya. Takkan saya nak cakap ‘tak’ pada dia,” terang Syarfa.

“Tapi awak boleh cakap pada saya? 11 kali, Syarfa...,” kata Erfaz.

Syarfa mati akal. Memang dia bersalah dalam hal ni. Sepatutnya dia lebihkan Erfaz berbanding lelaki lain. Tapi Erfaz pun ada salahnya. Kalau dah ada masalah macam ni, berbincanglah. Bukannya tarik muka macam tu.

“Erfaz, please... Ingatlah balik kenangan kita. Takkan sebab benda macam ni, kita nak bergaduh?” rayu Syarfa lagi. Erfaz tetap tidak mahu menoleh. Satu per satu kenangan mula terbayang-bayang di depannya. Semua tu sangat indah dan tak boleh nak dilupakan. Tak guna untuk mereka bergaduh dan gadaikan semua kenangan tu.

“Saya sayang semua tu. Saya pun sayangkan masa depan kita. Tapi nak buat macam mana? Awak sendiri yang dah rosakkannya,” Erfaz tertunduk.

“Haa... Tahu pun sayang. Tapi awak sekarang macam nak putuskan hubungan dengan saya. Kan?” soal Syarfa laju.

“Macam mana kalau saya cakap ‘ya’?” Erfaz menoleh pantas.

Syarfa tergamam. Sampai hati Erfaz. Langsung tak fikir untuk pertahankan hubungan mereka yang sangat indah dan hampir berjaya tu. Sikit masa jer lagi, mereka akan berkahwin. Janganlah fikir untuk putuskan.

“Erfaz... Sampai hati awak... Saya dah sayang awak sangat-sangat. Jangan tinggalkan saya macam tu jer. Saya tak nak orang lain selain awak,” Syarfa tak sedar yang air matanya dah pun mengalir.

Erfaz hanya mengangkat tangan ke paras bahu, seperti dia tak bersalah.

“Erfaz...,” suara Syarfa mula teresak-esak ketika dia mula mendekati Erfaz. Namun Erfaz berundur setiap kali Syarfa melangkah. Akhirnya, Syarfa berhenti.

“Jangan...,” Syarfa tunduk mengelap air matanya dengan lengan baju. Nafasnya kencang dengan sebak. Takkan semuanya berakhir di sini?

15 tahun... Itu masa yang sangat lama. Banyak perkara boleh berlaku dalam tempoh masa itu. Pahit manis, semuanya kenangan. Sampai hati Erfaz untuk memaksa Syarfa tinggalkan semuanya.

Hubungan yang dijaga selama 15 tahun akan terlerai. Semuanya terletak di tangan Erfaz. Syarfa tak mampu lagi bersuara. Setiap kali dia membuka mulut, rasa sebak mengalangnya.

“Bye, Panda Bear,” kata Erfaz sebelum terus beredar meninggalkan Syarfa, kekasihnya. Maka dengan itu, Erfaz telahpun memutuskan hubungan yang telah dijalin 15 tahun yang lalu.

Syarfa terus rebah di situ. Mujur ada Anne yang datang memapahnya bangun. Sebelum hujan sempat membasahi, mereka sempat masuk ke dalam bangunan.

Tepat pada masa, hujan mengiringi perpisahan mereka. Hujan lebat serta angin yang bertiup kencang mungkin dapat menggambarkan perasaan Syarfa ketika ini. Malam itu, tercatatlah satu peristiwa yang sangat mendukacitakan bagi Syarfa. Erfaz sendiri telah putuskan hubungan mereka yang indah.

***

“Fa... Apa dah jadi?” setelah lama di dalam lif, baru Anne tanya. Syarfa hanya memeluk tubuh Anne dari tadi tanpa sebarang kata.

“Kitorang dah putus,” Syarfa cuba senyum. Anne tak tahu nak cakap apa lagi. Tak sepatutnya perkara sebegini terjadi pada Syarfa. Tambahan pula, mereka dah nak kahwin tak lama lagi.

Bila mereka keluar dari lif, bilik Dazrien hanya beberapa langkah saja lagi. Anne pun sambung memapah Syarfa yang sangat lemah.

“Mak cik! Kejap!” Anne terus tolak Syarfa ke atas kerusi bila nampak something yang pelik. Syarfa mengaduh sambil memandang apa yang Anne nak buat ni.

“Hish Anne ni... Kasar betul,” Syarfa tersenyum sikit ketika menundukkan semula wajahnya. Anne datang semula tak lama lepas tu.

“Erfaz tertinggal tadi,” Anne tunjukkan sekeping kad yang dia ambil dari mak cik cleaner tadi. Syarfa pun ambil dengan lemah lalu membaca apa yang tertulis pada kad tu.

“Walimatulurus... Irfansyah Azrien & Syarfa,” bisik Syarfa. Setelah itu, Syarfa kembali menangis dengan sebaknya. Kan bagus kalau mereka tak putus tadi.

***

Sampai di puncak sebuah bukit, Erfaz mematikan keretanya. Lalu, dia membaringkan seat dan baring di situ dengan berbantalkan lengan sendiri.

Bertemankan titisan hujan yang lebat, Erfaz termenung. Renungkan apa yang dah jadi tadi. Wajarkah perbuatannya itu? Patut ke dia putuskan hubungan dengan Syarfa sebab Syarfa tak buat seperti yang sepatutnya? Patut ke dia leraikan semuanya apabila mereka hanya selangkah saja lagi untuk menjejak pelamin? Banyak persoalan yang mendorongnya untuk terus menyalahkan diri sendiri.

Syarfa duduk sambil memeluk lutut sendiri di tingkap. Seperti Erfaz juga, titisan air hujan yang lebat di tingkap, membuatkannya rasa kekosongan.

Syarfa masih tak henti-henti menyalahkan diri sendiri. Kalaulah selama ni dia bagi Erfaz masuk ke rumahnya, izinkan Erfaz untuk duduk di sebelahnya, panggil Erfaz dengan nama yang sweet, mungkin Erfaz akan rasa lebih dihargai berbanding lelaki lain. Bukannya mereka duduk berdua-duaan pun, Dazrien selalu ada. Tapi tak, Syarfa langsung tak berikan kelebihan itu pada Erfaz, kekasihnya selama ini.

***

Minggu seterusnya, Dazrien berjalan ke kelas dengan bantuan Syarfa. Kedua kakinya masih lemah walaupun yang lain dah okay.

“Berat jugak kau ni, Daz? Kalau macam ni tiap-tiap hari, akak pulak yang masuk hospital nanti,” usik Syarfa.

“Bukan Daz yang berat. Akak tu yang keding. Baru sebelah tangan Daz paut, dah mengeluh macam-macam,” Dazrien mencebik.

Syarfa tersenyum mengalah. Bila tengok diri sendiri, betul jugak cakap Daz. Syarfa tu kecik macam budak sekolah jer. Dazrien, adik dia lagi besar.

“Nantilah akak makan banyak-banyak. Biar gemuk macam teacher Azny masa dia pregnant. Hehehe,” Syarfa menutup mulut menahan tawa.

“Hai Daz... Dah sihat ke ni?” teacher Azny menyapa dari belakang. Dazrien mengangguk pada teacher Azny lalu menoleh pada Syarfa. Syarfa terus jatuhkan tangan sambil menahan muka dari ketawa. Harap-harap dia tak dengar tadi...

“Kenapa ni? Apa yang lucu?” teacher Azny pandang Dazrien dan Syarfa berganti-ganti.

“Tak ada apa... Teacher tolong saya pulak. Kak Fa tak kuat pun,” Dazrien memaut bahu teacher Azny pula. Teacher Azny pun sambut Dazrien dengan gembiranya.

Mereka jalan makin laju, meninggalkan Syarfa yang sengaja berjalan perlahan sedikit.

Syarfa kembali bersedih atas apa yang terjadi minggu lalu. Walaupun dalam hatinya dia dibadai ribut, dia tetap kena senyum di depan Dazrien. Dia tak boleh tunjuk pada Dazrien yang dia tengah sedih. Apa yang dia mahu, Dazrien selalu bahagia.

“Cinta... Bukan Hanya Harapan...,” korus lagu nyanyian Asmara Band, Lagu Cinta berbunyi di telefonnya apabila Fattah menelefon. Harapan mungkin kembali.

“Assalamualaikum... Macam mana Fattah? Ada jumpa ke tak?” tanya Syarfa laju. Mukanya terus berubah sedih bila Fattah menjawab tidak.

“Fattah ada kat depan bangunan pejabat dia ni. Tapi tak ada pun,” sambung Fattah. Syarfa pun berdeham panjang.

“Tak apalah. Cari lagi ehh... Assalamualaikum,” Syarfa terus letak bila Fattah menjawab salamnya. Fattah pun simpan semula telefonnya ke dalam poket sambil melihat Erfaz yang baru melangkah naik ke pejabatnya.

Memang Fattah nampak Erfaz selama ni. Tapi dia tidak bagitahu Syarfa supaya Syarfa terus hilang harapan pada Erfaz. Yang dia nak, Syarfa mulakan hidup baru dengan Hareez. Tak kisahlah dengan siapa pun, asalkan bukan Erfaz.

***

“Jom laa Daz. Kalau tak nak main, tengok tepi pun jadilah,” ajak Syamsul sambil memegang sebiji bola. Ramai lagi student lelaki tengah ajak Dazrien ke padang.

“Korang pergi jer laa... Aku sakit ni,” Dazrien menolak lembut.

“Alaa sikit jer tu... Jom wei angkat dia,” tepis Syamsul lalu memapah Dazrien untuk bangun. Yang lain pun turut sama mengangkat sambil tertawa.

Dengan riangnya, mereka berjalan melalui kantin sambil menimbang bola. Kadang-kadang bila bola sampai, Dazrien menanduk. Still ada skill.

Then, sekumpulan budak lelaki kelas 3 A1 datang dari arah depan. Menurut sejarah, pelajar lelaki 3 S1 dengan pelajar lelaki 3 A1 batch mereka ni tak berapa baik anginnya. 3 A1 ni kelas paling depan dalam tingkatan 3 manakala 3 S1 kelas kedua. Gaya hidup kedua-dua kelas ni agak berbeza. Pelajar 3 A1 terdiri dari anak orang-orang kaya dan pandai-pandai. Pelajar 3 S1 pulak, orang biasa-biasa jer tapi tak kurang pandainya.

“Musim-musim nak exam ni patutnya belajarlah. Main bola, lain kali boleh,” kata pelajar 3 A1, Azim ketika kedua kumpulan itu berselisih.

Syamsul pun menoleh sebelum Dazrien sempat menahannya. Syamsul ni memang jenisnya, tak boleh kalau ada orang mengata belakang. Nak tegur, cakap depanlah. Cakap belakang, bukan lelaki wei.

“Dah... Biarlah,” Dazrien menariknya ke depan semula.

***

Setelah cikgu tiupkan wisel, perlawanan pun bermula. Dazrien cuma mampu memerhati dari atas pentas jer. Nak main tu boleh. Takut kak Fa nampak pulak.

“Hai, Daz!” Sara datang dengan dua keping coklat di tangannya. “Nak yang mana satu? Kit Kat or Cadbury?” Sara hulurkan kedua-duanya. Dazrien tolak dengan lembut.

“Sara...,” panggilnya. Sara pun jongketkan kening.

“Kalau boleh jangan bagitahu orang pasal kita ehh... Rahsia,” Dazrien letakkan telunjuk di bibir. Sara pun memerhati sekeliling sebelum mengangguk pada Dazrien dengan muka serius.

“Okay, sir,” Sara tabik sebelum beredar dengan gaya perisik. Dazrien tersenyum melihat gelagat itu.

***

“Perhatian kepada semua anggota bertugas! Kemalangan jalan raya di alamat......,” siren kecemasan bergema di sekitar kawasan balai bomba.

“Okay, Mira. Lain kali kita sambung bincang,” Fattah terus tutup buku koleksi pelamin yang Syamira bawa ketika anggota lain dah berlari-lari bersiap untuk ke tempat kejadian.

“Alaa... Baru start,” Syamira mengeluh. Fattah rasa bersalah pulak nak tinggal Syamira yang baru jer sembuh kakinya. Tapi nak buat macam mana? Tugas seorang penyelamat memaksanya.

“Nanti balik, kita sambung. Bye,” Fattah tinggalkan duit RM50 atas meja untuk memujuknya lalu, dia berlari menyertai anggota lain.

Tapi langkahnya terhenti bila Syamira yang sudah berdiri, memanggilnya semula. Fattah menoleh, dan nampak seperti Syamira nak cakap something. Tapi tak dengar sebab siren jentera dah berbunyi.

“Tak dengar lah,” Fattah berlari semula ke arah Syamira.

“Hish kau ni...,” Syamira nak berbisik. Tapi tanpa sengaja, satu kucupan mesra singgah di pipi Fattah. Fattah terus cair dan hanyut dibuai keindahan. Siren dan kekecohan yang agak kuat di balai itu tidak langsung kedengaran.

“Fattah!” Syamira menyedarkannya setelah beberapa kali memanggil. Fattah menoleh dengan muka kosong.

“Aku cakap, jangan balik lewat sangat. Dengar tak?” Syamira mengulangi pertanyaannya. Fattah pun mengangguk faham sebelum kembali ke arah bay balai. Speechless dowh...

***

Minit ke-13, Johan keluar dari padang dan duduk di tepi garisan sambil mengurut lutut sendiri. Baru nak tunjuk skill Ronaldinho, dah kena tackle. Aduuhh...

“Nah,” Sara datang membawa sekeping plaster. Johan mendongak sambil senyum kecil.

“Tak membantu pun tapi, thanks,” Johan mengambilnya.

Shupp! Berderu darah Johan bila jari mereka bersentuhan. Ketika rasa terkejut dengan sentuhan tipis itu, terasa jugak tenang hatinya bila Sara mula duduk di sebelah. Ehh... Mesra lebih ni.

“Tak apa ke duduk kat sini? Tak takut kena bola?” tanya Johan sambil terus mengurut lututnya yang sakit. Sara menggeleng laju.

“Kalau dia datang, elak je laa. Kena Johan pulak,” Sara pun tertawa perlahan. Johan pun turut ketawa.

“Johan!” panggil kawan Johan bila bola tu menuju ke arahnya. Dengan mudahnya, Johan menangkap dan membalingnya semula. Bila menoleh ke semula, Sara dah tertunduk takut macam ada bom nak meletup.

“Amboi... Takut benar nampak,” Johan pula yang mula tertawa. Sara angkat kepala perlahan-lahan macam kura-kura. “Mana tak takutnya? Bola tu laju lah,” katanya.

Johan pun tersenyum. Yes... Dapat jugak duduk sebelah Sara, dan bergurau dengannya. Sebenarnya, dari dulu lagi Johan ni sukakan Sara. Sejak kali pertama dia melangkah masuk ke kelas, Johan dah mula meletakkan harapan.

***

Fiqa mencelikkan matanya. Yang pertama dia nampak ialah Fattah. Fattah sedang bersusah-payah mengangkatnya keluar dari keretanya yang dah hancur.

Setelah diangkat keluar, Fiqa diletakkan di atas stretcher bomba. Fattah dan rakannya menolak stretcher itu ke dalam ambulans dengan pantas.

“Thanks, awak,” bisik Fiqa. Fattah menoleh dengan hairan. Sedar lagi rupanya. Rakan Fattah tadi pun turun dari ambulans dan menolong anggota lain pula. Fiqa rasa lemah sangat, dan ingin tidur sekejap.

“Cik... Cik jangan pejam mata. Tengok saya,” Fattah memegang pipi Fiqa untuk sedarkannya. Bukan pegang terus. Ada glove...

Fiqa main terpesona melihat ketampanan yang ada pada muka Fattah. Fiqa mula rasa sesuatu yang lain pada diri Fattah. Mungkin Fattah ialah orang yang akan menggantikan Ammar dalam hidupnya.

“Siapa nama cik?” tanya Fattah ketika mencari sesuatu dari kabinet.

“Syafiqah Nasuha,” jawab Fiqa lemah.

“Ouh... Cik datang dari mana? Tinggal di mana?” tanya Fattah sambil mengoyakkan plastik yang membaluti sebotol ubat.

“Dari rumah... Saya tinggal kat Bandar Utama,” jawab Fiqa sambil terus memandang heronya. Fattah menganguk faham. Lalu, dia mengambil kapas untuk membersihkan luka di dahi Fiqa.

“Cik tahan sikit ya?” katanya. Fiqa mengangguk dan bersedia.

“Aduh,” Fiqa menahan rasa pedih bila kapas itu menyentuh tempat di mana kulitnya sedikit terkoyak. Fattah terus membersihkannya dengan lebih cermat.

“Sakit,” Fiqa memegang lengan Fattah dengan erat. Fattah buat tak kisah jer. Ni bukan kali pertama seorang mangsa kemalangan yang cantik memegang lengannya macam tu. Yang cantik lagi pun ada. Tapi, tak secantik Syamira. Cehh...

Fiqa mengintai reaksi dari Fattah. Nampak macam okay jer. Fiqa terus pegang dengan lebih erat walaupun dah tak sakit.

Fattah pun melangkah keluar dari ambulans. Kelihatan di tepi, Fadza yang masih berhelmet sedang bercakap sesuatu dengan orang awam di luar tali kuning yang dipasang. Nampak macam tegang. Fattah pun bergegas ke sana.

“Apahal ni?” tanya Fattah. “Diorang datang nak ambik mangsa. Diorang kenal mangsa katanya,” jawab Fadza. Fattah pun pandang mereka. Ramai jugak. Semuanya lelaki berbadan sasa.

“Maaf, encik. Kita kena ikut prosedur. Mangsa yang terlibat, perlu dibawa ke hospital,” kata Fattah.

Konco-konco Ammar mula rasa tak puas hati. Mesti mereka akan kena marah kalau tak dapat bawak balik Fiqa ni.

“Kitorang ada van. Biar kitorang bawak jer laa,” kata ketua mereka.

“Tak boleh, encik. Saya tak benarkan. Jangan ganggu tugas kami,” Fattah mula tegaskan suaranya.

“Kau siapa nak halang kitorang? Kitorang ni saudara dia. Kitorang ada hak nak ambik dia!” konco Ammar itu juga meninggikan suaranya.

“Ikut prosedur! Tak kiralah korang ni mak bapak dia ke apa!” jerkah Fattah. “Kau blah, bodoh!” konco Ammar tu pun mengangkat tali kuning untuk masuk.

Fattah dengan pantasnya menolak lelaki itu keluar. Dah hilang sabar nampaknya tu.

Polis pun datang ke arah mereka. Konco-konco Ammar mula beredar dengan marah.

***

“Jangan call saya lagi. Kalau tak, saya report polis,” Anne terus simpan semula telefonnya dalam poket seluar trek yang dia pakai. Dazrien yang bersandar di penghadang pentas padang itu nampak hairan juga.

“Siapa tu?” tanya Dazrien.

“Entahlah lelaki mana... Dari dulu lagi tak habis-habis nak ajak saya kahwin. Ingat duit dia tu, boleh buat saya minat kat dia,” Anne memeluk tubuh dengan telinga yang berasap. Dazrien mengangguk tanda faham.

“Ouh... Dia kaya ke? Kerja apa?” soal Dazrien lagi.

“Pilot,” jawab Anne yang masih masamkan muka.

Mak aihh... Pilot pun dia boleh tolak mentah-mentah. Selalunya pilotlah yang orang tengah cari sekarang. Tapi Anne boleh jer tolak. Dengar nama pilot tu pun, dah boleh tahu betapa senangnya hidup dia. Memilih betul Anne ni.

“Pilot pun teacher boleh tolak? Hmm... Cerewet betul. Orang yang macam mana teacher nak sebenarnya?” Dazrien menggeleng perlahan.

“Haa... Saya nak,” Anne pun senyum semula.

Pot pet pot pet... Satu perkataan pun Dazrien tak dengar. Sebab tumpuannya sekarang tertumpu pada kecantikan yang ada pada Anne. Bukan cantik jer, comel pulak tu. Matanya yang jernih bersinar, rambutnya yang kemas terletak di atas bahu dan kemerduan suaranya sungguh, sungguh membuatkan Dazrien cair.

“Macam tulah orang yang saya cari,” Anne menutup kata. Nasib baik pada masa tu, Dazrien dah sedar dari lamunan.

“Kalau macam tu, tak kahwin laa teacher. Memilih sangat,” Dazrien menarik muka. Anne pun tertunduk malu. Betul jugak tu cakap Daz. Membujang sampai ke tua laa Anne tu nanti.

“Alaa... Apa yang susahnya? Awak kan ada,” Anne menjongketkan kening macam orang jahat.

Dazrien pun menoleh perlahan macam pintu yang berkarat engselnya. Matanya besar macam baru nampak hantu. Betul ke apa yang dia dengar tadi?

“Maksud teacher?” soalnya perlahan.

“Kalau tak ada orang nakkan saya, saya kahwin dengan awak jer laa,” Anne senyum sinis.

“Hish... Tak naklah saya. Daripada kahwin dengan teacher, lagi baik saya cari orang lain jer laa,” Dazrien terus pusing dan berjingkit menjauhi Anne.

“Kenapa pulak? Ehh, awak ingat awak tu laku sangat ke? Bersyukurlah ada orang macam saya ni nakkan awak. Saya ni cantik apa? Hehehe,” Anne mengejar Dazrien.

Cehh... Jual mahal konon. Padahal nak sangat.

Tapi, ada sesuatu yang tidak disedari oleh Dazrien, sedang berlaku di belakangnya. Di tepi padang, Johan sedang menyapu rumput yang melekat di tudung Sara. Mungkinkah persahabatan antara Dazrien dan Johan akan terjejas hanya kerana mereka merebut satu cinta yang sama?

***

Di pejabat sebuah gudang terpencil, Ammar dan Mazhan sedang berbincang. “Syamira memang dah block kau ke?” tanya Ammar. Mazhan mengangguk dengan marah.

“Dia memang nak lari dari aku. Nisa pun dah tak contact aku langsung. Fattah tu pulak, memang sial,” Mazhan menggenggam penumbuknya.

Pintu pun diketuk beberapa kali. “Masuk,” panggil Ammar. Konco-konconya yang gagal mendapatkan Fiqa tadi pun masuk dengan tertunduk.

“Maaf bos... Bila kitorang sampai, bomba dah ada di situ. Kitorang dah minta nak ambil Fiqa di hospital tadi tapi, ada seorang bomba lelaki tak bagi. Kitorang nak belasah tapi, ada polis kat situ,” terangnya. Ammar mengangguk faham. Dah agak dah, mesti susah nak dapat.

“Bomba? Siapa?” Mazhan mencelah.

“Tak tahu.Tapi kitorang sempat tangkap gambar dia,” konco Ammar itu pun keluarkan telefon dan tunjukkan gambar yang dia sempat ambil pada Mazhan.

Mazhan tersenyum sinis. “Aku akan tolong kau belasah dia,” Mazhan pun tunjukkan gambar itu pada Ammar pula.

Ammar tengok gambar itu dengan marahnya. Tapi still dapat bersabar dengan Fattah. “Tak apalah... Aku tak berminat nak belasah mamat ni,” Ammar menolak.

***

Pada malamnya, Syarfa dan Fattah sedang menunggu seseorang di stesen bas. Hakikatnya, Fattah seorang jer yang tengah menunggu. Syarfa pulak termenung jer dari tadi.

“Akak fikir apa tu?” Fattah pun duduk di sebelah kakaknya. Syarfa berdeham panjang.

“Abang Erfaz tak angkat,” Syarfa tunjukkan telefonnya. Fattah terus mengeluh. Still lagi dengan Erfaz. Padahal dah seminggu Erfaz mendiamkan diri.

“Lupakanlah abang Erfaz tu. Kenapa akak tak fikir pasal Hareez? Dia baik apa. Lagipun, Sara dengan Daz tu tu kan baik-baik jer,” balas Fattah. Syarfa menggeleng perlahan.

“Akak tak tahu kenapa... Tapi akak still tak nak orang lain. 15 tahun, Fattah... Bukan senang nak lupakan semuanya,” Syarfa tersenyum kecil pada adiknya itu. Yes... Bukan senang.

“Tapi dia sendiri yang tinggalkan akak. Akak tak nampak ke semua tu?” Fattah berkeras.

“Salah akak... Akak yang berat sebelah dengan dia. Akak tak fikir langsung pasal perasaan dia selama ni. And one more thing. Daz tetap nak akak pilih abang Erfaz. Akak nak ikut cakap Daz,” Syarfa naikkan sebelah kening.

Hmm... Dah kalau itu yang Syarfa cakap, apa boleh buat? Daz yang pilih, Syarfa pun pilih samalah.

Sebuah bas pun berhenti di sebelah mereka. Bila pintu dibuka, ramai orang beratur turun. Seorang demi seorang diperhati oleh Syarfa dan Fattah. Akhir sekali, barulah orang yang mereka tunggu melangkah turun.

Vivy... Adik Syarfa dan Fattah, kakak kepada Dazrien. Seorang pelajar tingkatan 5 yang baru buat keputusan untuk keluar dari sekolah berasrama penuh hanya kerana terlalu rindukan keluarga. Remaja yang sangat pintar di sekolah dan sangat-sangat cantik. Vivy ni, seorang yang sangat sweet dan romantik dengan adik beradiknya. Fattah dan Dazrien tu, dah macam kekasih pada dia. Vivy ni seorang yang sangat suka bermanja dengan adik beradik dan agak famous di laman sosial. Kalau nak tahu macam mana rupanya Vivy ni, tengoklah Vivy Yusof.

“Hurm... I miss you,” Vivy terus memeluk Fattah dengan sangat erat. Fattah membalas pelukan sambil merapatkan pipinya pada pipi Vivy.

“Sorang je ke? Akak tak datang?” tanya Vivy. Syarfa terus memuncung.

“Hehe... Hye akak... I miss you jugak,” Vivy memeluk Syarfa pula. Dengan pelukan itu, terlepaslah sikit rasa rindu dia. Cuma seorang jer lagi yang tak ada.

“Daz dah tahu ke?” Vivy melepaskan pelukan lalu memegang kedua bahu Syarfa. Syarfa menggeleng. “Daz ada kat rumah. Jom laa buat surprise kat dia,” jawabnya.

***

Sampai di rumah, mereka tengok lampu masih menyala dan kereta Anne masih ada. Boleh buat surprise ni. Berjalan seperti dirancang. Fattah pun buka pintu dan masuk dulu. Kemudian, Syarfa masuk. Vivy yang last sekali. Mereka bertiga speechless dengan apa yang mereka sedang tengok.

Dazrien dan Anne tertidur di lantai ruang tamu dengan kusyen yang bersepah. Apalah yang diorang main ni? Macam budak-budak... Haih, tak berjaya rancangan Vivy.

“Lain kali, jangan tinggal diorang berdua kat rumah. Akak akan ingat,” Syarfa menggeleng ke bawah sambil tersenyum. Vivy dan Fattah pun menggeleng sama.

“Emm... Ehh, dah balik?” Anne angkat kepala sambil meregangkan tubuhnya.

“Ye laa. Ingatkan, ada orang nak sambut. Tapi tertidur pulak,” jawab Syarfa sinis. Anne pun tersenyum walaupun masih mamai.

“Anne balik dululah. Sorry bersepah,” Anne bangun sambil mengambil kunci keretanya dari meja. Then, dia berjalan ke pintu macam orang mabuk. Terhuyung-hayang kanan kiri.

“Ehh... Berjalan pun tak betul lagi. Biar Fa hantarlah,” pelawa Syarfa. Tapi Anne menggeleng dan terus keluar. Syarfa menggeleng sebab risau. Takut tak sampai ke rumah jer dia ni.

Ketika Syarfa dan Fattah mula mengemas, Vivy pun mendekati Dazrien yang masih terlena. Wajah adiknya itu diusap perlahan. Setelah beberapa lama, baru sekarang dia dapat menyentuh wajah itu.

“I miss you, Daz,” Vivy mencium kening Dazrien dengan sehabis lembutya.

***

Pukul 3 setengah pagi, Dazrien keluar dari biliknya menuju ke bawah untuk mencari air. Sampai di dapur, dia terus membuka peti sejuk dan keluarkan sekotak air susu. Setelah mengambil gelas dari rak, dia pun duduk di meja dan mula termenung.

Vivy masuk selangkah ke situ, sebelum berundur semula bila ternampak Dazrien. “Haa... Inilah masanya nak buat surprise. Nanti ya, Daz,” bisik hati Vivy.

Dengan berjingkit, Vivy mendekati Dazrien dari belakang. Bila dah ada betul-betul di belakang adiknya, Vivy menadah tangan memohon doa. Harap-harap, tak gagal kali ni.

Tiba-tiba Dazrien tak nampak apa-apa. Gelap jer semuanya. “Hmm... Akak tak tidur lagi ke?” Dazrien memegang tangan yang menutup matanya itu.

Ehh, ni bukan tangan kak Fa. Dazrien terus menarik tangan itu dan menoleh dengan pantas.

“Kak Vivy? Bila akak sampai?” Dazrien terus memeluk kakaknya yang telah lama dirindukan dengan gembira. Gila tak gembira? Bukan oranglah kalau tak rindukan orang tersayang yang dah lama tak jumpa.

“Semalam... Orang nak jumpa, dia tidur pulak,” Vivy bersuara sayu. Merajuklah kononnya. “Sorry, akak... Daz mengantuk sangat semalam,” Dazrien lepaskan pelukan.

“Ye laa... Daz apa khabar? Sihat?” Vivy pegang kedua tangan Dazrien. Dazrien fikir sekejap sebelum menjawab. Nak cerita ke tak? Hmm... Nantilah. Baru jer jumpa, takkan nak cerita perkara sedih.

“I’m better now,” Dazrien buat ombak dengan kening.

“Hihi... Siapa yang tidur dengan Daz semalam tu?” tanya Vivy lagi.

“Haa... Meh nak cerita,” Dazrien terus tarik Vivy ke ruang tamu dengan tak sabarnya. Banyak yang nak diceritakan ni.

***

Waktu rehat. Semua pelajar menengah rendah keluar dari kelas ke kantin untuk rehatkan minda sekejap. Tapi, ada juga yang tak keluar. Antaranya, Dazrien dan Sara. Hehe...

“Macam tu jer. Bukannya susah sangat algebra ni,” Dazrien menutup pen merahnya selepas selesai mengajar Sara di mejanya.

“Susahlah. Daz tu, otak level master. Memanglah senang,” Sara tetap mengeluh walaupun dah faham. Dengan pensel, dia menggaru dahi sendiri.

“Hmm, yelah. Pergilah keluar rehat. Nah,” Dazrien bagi duit RM10 pada Sara. Sara ambil dengan teragak-agak. “Nak kirim apa?” soalnya.

“Ambik lah. Nafkah dari suami,” Dazrien terkerising. Ceh... Nafkah dari suami konon. Kalau bab perkahwinan pandai. Bab haji, kureng...

“Thanks,” Sara senyum sebelum terus melangkah keluar. Sampai di depan pintu kelas, Sara duduk mengikat tali kasut. Pada masa yang sama, Vivy pun masuk ke kelas itu mencari adiknya.

Vivy dan Sara tak sempat bertentang mata. Sekarang bukanlah masa sesuai untuk mereka bertemu. Masih awal lagi ni.

***

Di kantin, Syarfa dan Hareez duduk semeja tapi, bukan berdua sebab Anne ada. Manalah Syarfa nak duduk dengan lelaki kalau hanya berdua. Mesti ada seseorang yang dia sayang di tepi.

“Syarfa,” panggil Hareez. Agak lama juga Syarfa termenung sambil tangan terus mengacau airnya. Anne pun dah habis makan dah. Dua kali. Selerenya kuat hari ni.

Syarfa menoleh pada Hareez. “Awak memang tak jumpa Erfaz?” tanya Hareez. Syarfa menggeleng.

“Saya dah mintak Fattah cari. Tapi dia cakap tak jumpa. Saya dah pernah pergi pejabat dia. Tapi kereta dia tak ada pun,” jawab Syarfa, kedengaran sedih. Hareez mengangguk faham.

“Saya faham. Tapi boleh saya nak nasihat sikit?” Hareez meminta. Syarfa mengangguk lemah.

“Awak tak boleh sedih macam ni. Kan lusa, Fattah dah nak kahwin. Kalau awak still sedih macam ni, mungkin dia pun akan hilang mood. Dia kan adik awak,” Hareez mencari wajah Syarfa yang ditundukkan bagai pohon yang layu.

“Saya tahu. Saya dah cuba nak sorokkan. Hmm,” Syarfa tak mahu angkat muka.

“Kita tak mampu nak sembunyikan perasaan hati. Lagi-lagi awak. Awak ni orang yang jujur. Kalau awak nak tunjuk yang awak ni sedang gembira, awak kena betul-betul gembira. Awak tak boleh nak tipu,” terang Hareez.

“Macam mana saya nak gembira kalau orang yang saya sayang selama ni dah tinggalkan saya?” baru Syarfa menoleh.

“Saya kan ada,” jawab Hareez laju.

***

Petangnya, Vivy dan Fattah keluar bersama di Mall. Macam yang biasa mereka buat, Vivy memeluk lengan Fattah sambil menyandarkan kepala ke bahu abangnya itu.

“Lama tak dapat jalan-jalan macam ni,” Vivy tersenyum gembira.

“Laa... Asrama kan ada masa outing. Boleh jer pergi Mall dengan kawan-kawan,” balas Fattah.

“Tak sama. Jalan-jalan dengan abang lagi best. Boleh sweet­-sweet,” mata Vivy terpejam, khusyuk menikmati saat-saat indah dengan keluarganya. Fattah pun gembira juga, bila dapat bersama semula dengan adiknya yang sangat romatik tu.

“Fattah,” ada orang memanggilnya dari belakang. Bila menoleh, Fadza rupanya. “Kau rupanya. Kau cari aku ke?” tanya Fattah.

“Bukan aku. Tadi, aku tengah main chess kat balai. Ada sorang perempuan ni datang, dia cakap dia cari Fattah. Aku pun bawaklah dia datang sini. Penting katanya,” Fadza bercerita.

“Mira ke? Aku dah bagitahu dialah pasal date aku dengan Vivy hari ni,” Fattah yang hairan, memeluk bahu Vivy.

“Bukan Mira. Tu dekat sana,” Fadza tunjuk ke arah luar. Mereka berdua pun menoleh pada perempuan yang sedang membelakangi mereka.

“Hmm. Sorry, Vivy. Rasanya, kena cancel kita punya date hari ni. Meh abang hantar balik dululah,” Fattah menoleh pada adiknya dengan rasa bersalah.

“Tak apalah. Abang pergilah jumpa dia. Nanti, Vivy balik naik teksi,” balas Vivy tenang. Sebab tu, Fattah sayang sangat pada Vivy. Memahami.

Fattah pun terus menghala ke arah perempuan yang sedang menunggunya itu.

Vivy menghelakan keluhan. Baru jer nak sweet dengan abang Fattah. Daz pulak, tengah sibuk ‘study’ dengan teacher Anne. Apalah nasib...

Fadza masih berdiri kaku di sebelahnya. Kesian pulak Fadza rasa bila tengok Vivy mengeluh dalam diam macam tu. Bila Fadza ingat balik, hari ni dia tengah off. Hmm...

“Awak nak pusing-pusing bandar ke?” tanya Fadza. Vivy menoleh perlahan lalu mengangguk.

“Saya baru sampai semalam. Tak kenal lagi tempat-tempat dalam bandar ni. Kenapa?” tanya Vivy balik.

“Tak adalah. Tapi kalau awak nak saya temankan, boleh jer. Hari ni saya tak kerja. Lagipun, saya kesian tengok awak mengeluh tadi,” Fadza tersenyum kecil. Vivy pun sama.

“Hihi... Emm, boleh ke awak teman saya?” Vivy mencari kepastian. Baiknya kawan abang Fattah ni. Muka pun nampak baik.

“Boleh jer. Saya dah biasa dengan bandar ni. Bolehlah saya cerita sikit-sikit,” jawab Fadza, yakin. Senyuman Vivy melebar.

“Jom,” ajak Vivy. Fadza mengangguk sopan.

Yes... Satu permulaan yang baik antara mereka. Ada apa-apa ke ni? Nantikan...

***

“Err... Hai. Awak cari saya ke?” Fattah menyapa perempuan tu dari belakang. Dengan sopannya, perempuan itu menoleh. Fattah agak terkejut walaupun pernah nampak muka tu sebelum ni.

“Fiqa, kan?” Fattah mengangkat telunjuk. Fiqa pun senyum lalu mengangguk sopan.

“Sorry kalau saya kacau awak. Awak busy ke sekarang?” soal Fiqa semula. Fattah menggeleng lembut. Fiqa mula tersenyum lebar.

“Erm, boleh teman saya jalan-jalan? Ada benda sikit yang saya nak cakap dengan awak,” Fiqa meminta dengan lemah lembut.

“Boleh. Tak ada masalah. Jom,” laju jer Fattah mengiyakan.

***

“Wah! Segarnya udara kat sini,” Vivy melompat sambil mendepakan tangannya di tepi tasik. Udara yang sangat sejuk dan segar itu dihirup dengan penuh nikmat. Fadza yang mengekori dari belakang, tersenyum kecil melihat keriangan Vivy.

“Tasik ni memang istimewa. Walaupun tak ramai yang datang, tapi tasik ni tetap perfect. Selalu bersih, pokok pun segar, bunga tumbuh elok,” terang Fadza.

“Ouh, cam tu. Awak selalu ke datang sini?” tanya Vivy. Angin yang kuat mula meniup mereka berdua.

“Jarang. Kalau datang pun, masa nak jogging. Abang awak, selalu. And kalau awak nak tahu, ada perkara yang sangat special pasal tasik ni,” Fadza menyambut daun gugur yang berterbangan.

“Apa dia?” Vivy kecilkan mata sambil membetulkan tudungnya yang ditiup angin.

“Ramai orang berjumpa jodoh kat sini. Banyak cerita yang saya dah dengar. Kawan-kawan saya pun ada yang berjumpa pasangan diorang kat tasik ni. Salah seorangnya, abang awak. Kat sinilah dia mula-mula jumpa dengan Syamira,” Fadza melepaskan daun tadi ditiup angin semula.

Vivy senyum mengangguk. Special betul laa tasik ni kalau macam tu.

“Tapi, saya tak maksudkan antara kita. Promise,” tiba-tiba Fadza gelabah rasa bersalah. “Kita, tak ada apa-apa pun. Just kenalan. Walaupun... Saya tak tahu... Nama... Sebenar awak,” mukanya jelas nampak cuak.

Vivy tertawa kecil. Tiba-tiba jer gelabah semacam. Tadi bukan main macho bercerita. Entah kenapa, jadi macam orang bersalah pulak.

“And maybe awak dah ada kekasih sendiri. Sorry kalau awak rasa tak selesa,” Fadza susun sepuluh jari dengan muka seposennya.

“Awak... Tak perlulah nervous semacam. Tak apa, saya okay laa. Tak kisah pun,” Vivy tenangkannya. Tapi tak ada kesan, Fadza tetap rasa bersalah. Aduih...

Dengan malunya, dia tertunduk sambil tertawa kecil. Vivy pun sama. Kadang-kadang, mereka curi-curi pandang. Dan kadang-kadang, mereka bertentang mata. Bertambah malulah jadinya. Awkward sangat masa tu. Tak ada siapa-siapa nak bercakap. Masing-masing malu dengan apa yang terjadi.

Hmm... Ada ni.

Tiada ulasan: