Selasa, 19 Mac 2019

Bab 7


Bab 7
Hitungan Cinta - Papinka

Fadza termenung di sofa. Semua kawan dia tengah kerja, manakala Fattah pulak keluar dengan bakal isteri. Rumahnya di kuarters itu kosong. Tapi, dia tidak termenung seorang diri. Ada perkara indah yang menemaninya.

Gelang yang Vivy bagi semalam, erat di dalam genggamannya. Entah mengapa, dia rasakan Vivy sangat istimewa. Dalam banyak-banyak orang yang dia dah jumpa, hanya Vivy seorang yang memenuhi segala ciri-ciri wanita idamannya. Seorang yang sweet, peramah, sopan, tenang dan sangat pandai.

Haish... Kalaulah dapat peluang, takkan sesekali dia lepaskan. Memang dialah orang yang paling bodoh dalam dunia kalau masih menolak kehadiran Vivy dalam hidupnya. Tapi, kena fikir jugak.

Siapalah dia kalau nak dibandingkan dengan Vivy? Kerja pun, bomba jer. Rumah pun kongsi dengan geng. Hmm... Tengoklah macam mana nanti.

“Mustahil dia nak terima aku ni,” Fadza mengeluh.

Kalau dia diberi peluang, dia akan sungguh-sungguh mencuba untuk dekati Vivy. Segala daya usaha akan dia pertaruhkan. Sama ada Vivy terima atau tak, itu belakang cerita. Yang penting, dia dah cuba yang terbaik.

Telefonnya berdering. Dengan segeranya, dia menjawab panggilan Fattah.

“Fadza. Sekarang, kau ambik kunci kereta aku yang satu lagi. Kau pergi sekolah, ambik adik aku. Aku busy sekarang ni. Cepat, jangan sampai kakak aku tahu. Kalau tak, nanti teruk aku kena marah,” arah Fattah laju sebelum letak telefon. Fadza speechless.

“Amboi... Cepatnya peluang datang. Tak mustahillah,” cepat-cepat dia melompat dan ambil kunci kereta Fattah.

***

“Okay, sambung. Kat mana tadi?” Fattah tumpukan semula perhatian pada Hareez. Di tempat VIP sebuah restoran, mereka berempat duduk berbincang. Hareez bernasib baik dapat jumpa Fattah.

“Macam ni. Kebelakangan ni, ada siapa-siapa yang berdendam dengan kau tak?” tanya Hareez. Fattah dan Syamira saling berbalas pandangan. Bila Syamira angguk, baru Fattah menjawab.

“Ada. Kawan Mira. Dia tak puas hati sebab aku nak kahwin dengan Mira,” jawab Fattah. “Okay. Siapa nama dia?” soal Hareez lagi.

“Mazhan,” Syamira yang jawabkan. Hareez diam sejenak berfikir. Begitu juga dengan Syamim. Mazhan? Tak pernah dengar nama tu. Kalau Mazhan tu yang berdendam dengan Fattah, kenapa Ammar yang upah orang untuk langgar kereta tu?

“Mira... Setahu awak, Mazhan tu ada kawan bernama Ammar tak?” tanya Syamim.

“Tak tahu. Saya tak peduli pasal dia. Saya tak kenal dia sangat. Mazhan bin apa pun saya tak tahu,” jawab Syamira selamba.

“Ammar?” Fattah pernah dengar nama tu. Syamim mengangguk. “Ammar? Gangster kat bandar ni ke?” Fattah meneka. Hareez dan Syamim hairan. Macam mana pulak Fattah boleh tahu ni. Mereka pun tanyalah.

“Aku kenal someone. Dia ni ex Ammar. Mungkin dia boleh tolong korang,” jawab Fattah.

“Bagus. Call dia sekarang,” tak payah cakap banyak, Hareez bersetuju.

***

“Okay. Jumpa esok taw,” Vivy melambai pada kawannya yang dah balik naik motor. Semua dah balik, tinggal dia sorang jer di tempat menunggu tu. Pukul 5 setengah, Vivy tengok jam tangannya.

“Hmm... Kan best kalau dapat keluar dengan abang Fadza lagi,” Vivy memeluk buku-bukunya.

Kalau dia balik, dah agak lewat untuk keluar. Kena keluar sekarang jugak. Tambahan pulak, sekarang dia dah pakai baju biasa, bukan baju sekolah. Memang sesuai kalau dapat keluar sekarang. Tapi, apa nak buat? Dah lewat ni. Esoklah jawabnya. Tapi esok, abang Fattah dah nak kahwin. Aduh... Lambat lagilah boleh jumpa dia ni. Nombor telefon pun tak ingat mintak. Vivy terus mengeluh.

Akhirnya, kereta Honda Civic hitam milik Fattah sampai di depan. Vivy pun bangun dan berjalan ke arah kereta tu. Setelah masuk dan menutup pintu, dia menoleh untuk bersalam. Tapi...

“Ehh! Sorry, awak!” Vivy tarik balik tangannya dengan malu. Fadza yang agak segan, menarik mukanya yang dah merah padam. Mereka nampak awkward sangat.

“Ini kereta abang saya kan?” Vivy yang tertunduk bertanya.

“Ya, kereta abang awak. Dia busy, sebab tu dia suruh saya yang datang ambik. Maaflah kalau awak terkejut,” Fadza mengusap pipi sendiri.

Diorang senyap sekejap. Masing-masing malu nak bersuara. Vivy pun memakai tali pinggang keledar dengan sopan dan senyap. Perlahan-lahan, Fadza start memandu.

***

“Saya mintak maaf sangat. Kalau pasal Ammar, saya tak nak bercakap,” Fiqa terus bangun dan keluar meninggalkan perbincangan. Semua orang kecewa. Tapi Fattah sorang jer yang bangun dan mengejar Fiqa di luar.

“Fiqa... Berhenti kejap,” panggilnya. Fiqa pun berhenti dan menoleh pada Fattah.

“Kenapa awak tak nak bercakap? Awak tahu kan, awak sorang jer yang boleh tolong diorang. Bagilah kerjasama sikit,” ujar Fattah.

“Tak nak. Kalau pasal Ammar, awak settlelah sendiri. Saya tak nak langsung ingat pasal dia,” Fiqa menyambung langkahnya menjauhi Fattah.

Fattah pun menoleh pada Hareez, Syamim dan Syamira yang masih berada dalam restoran.

“Go!” bisik Hareez dan Syamim sambil memberi isyarat tangan. Syamira jer yang berdiam diri. Tak apa. Mungkin mereka tu kawan jer. Syamira memujuk hati sendiri.

Fattah pun kembali mengejar Fiqa yang sedang termenung di besi penghadang. Fiqa tetap tidak menoleh walaupun Fattah dah berdiri di sebelahnya.

“Fiqa... Saya bukan nak memaksa awak. Tapi mereka tu sangat-sangat perlukan bantuan awak. Kes Ammar ni boleh tahan besar taw. Kalau mereka dapat tangkap Ammar tu, mungkin awak akan rasa puas hati,” ujar Fattah.

Fiqa hanya bertungkat dagu di situ. Langsung tak menjawab ataupun berdeham. Fattah terus tunggu dan menunggu.

“Okaylah... Saya cerita,” Fiqa bersetuju akhirnya.

***

“Yes! This is how legend do it!” Fadza melompat kegembiraan. Tiga strike berturut-turut. Vivy tergamam. Dia yang ajak Fadza datang main boling di sini, tapi dia pulak yang ketinggalan.

“Awak dah biasa datang, senanglah. Mana aci macam ni,” rungut Vivy sambil mengambil bolanya.

“Kalau takut kalah, jangan diajak legend bertanding,” Fadza pula yang duduk dengan bahagianya. Dapat kalahkan orang noob dengan mudah, siapa yang tak bahagia.

Vivy tersengih sorang-sorang. Happy ya? Sekarang, kita tengok siapa yang noob... Dengan satu balingan mudah, strike.

“Yes!” Vivy melompat sambil menepuk tangan. “Eleh... Baru satu,” Fadza mencebik sambil membuang pandangan. Satu pun, dah nak bersungguh.

“Wow! One more!” Vivy melompat lagi. Fadza yang terkedu menoleh perlahan. Hmm, bukan calang-calang orang jugak si Vivy ni. Fadza pula mengambil giliran.

Sepanjang mereka bertanding, Fadza memang bersungguh-sungguh. Tak nak kalah dengan Vivy punya pasal, biarlah sampai berpeluh pun. Tapi Vivy, boleh jer main-main. Lepas satu, satu lagi strike.

“Ehh, alamak,” Vivy buat-buat nak jatuh masa melepaskan bola tu. Tapi, strike jugak.

“­Aikk? Strike?” Vivy tutup mulut dengan tiga jari. Fadza mencebik. Boleh tahan hebat jugak dia ni. Main-main pun boleh menang.

Setelah habis frame terakhir, mereka duduk berhadapan di bangku. “Saya menanglah... Mana perginya legend tadi tu? Kata hebat sangat,” Vivy mengelap peluh di hidungnya. Fadza menggeleng dengan geram.

“Awak selalu ke main boling ni?” Fadza pun menghirup air fanta yang dibelinya. Vivy pun letakkan semula tuala kecilnya di atas riba lalu mengenang kembali kenangan lama.

“Dulu, memang selalu. Kitorang berempat memang suka bertanding. Banyak benda yang kitorang selalu tandingkan. Semua ada kelebihan masing-masing. Salah satu kelebihan saya, main boling nilah. Sebab tu saya ajak awak datang sini,” jelas Vivy. Fadza mengangguk faham.

“Okay... Sekarang 1-0. Nanti, saya akan balas. Awak tunggulah ya,” Fadza menumbuk tapak tangan sendiri.

“Well, siapa takut? Ini Vivylah. Awak dah salah orang kalau nak ajak bertanding,” Vivy jongketkan bahunya.

***

“Okay... Hari ni, kita dah dapat seseorang yang boleh berikan maklumat pasal Ammar. What a great day. Harap-harap, tak lama lagi Ammar tu akan ditangkap,” Syamim menutup pintu kereta setelah masuk. Hareez pun masuk sama.

“Good... Sekarang, saya dah tahu siapa yang akan cuba untuk buat something yang tak elok kat keluarga Syarfa. Mulai sekarang, saya akan cuba lindungi dia sedaya upaya saya,” Hareez cukup gembira. Syamim diam jer. Terluka juga hatinya melihat Hareez sangat peduli tentang Syarfa.

“Rupanya, Mazhan dan Ammar tu kawan baik. Disebabkan Mazhan tu berdendam dengan Fattah, dia mintak Ammar upah seseorang langgar untuk kereta dia. Tapi malangnya, yang naik kereta tu ialah Syarfa. Sayang jugaklah sebab mereka tak ada gambar Mazhan. Tapi, hari ni memang terbaik. Sekarang, kita just perlu pastikan yang andaian ni betul untuk makin dekat dengan kejayaan menangkap Ammar,” Hareez pun hidupkan enjin kereta dengan gembira.
                                   
“Awak. Kita still tak tahu kat mana Ammar tu duduk sekarang... Mazhan pun, dah lama hilangkan diri. Masalah kita belum selesai. Apa yang buat awak beria sangat ni?” Syamim pandang Hareez.

“Awak... Kalau saya tahu siapa yang nak mengancam keselamatan Syarfa, confirm saya boleh lindungi dia lepas ni. And mana tahu satu hari nanti, dia akan berterima kasih dan start sukakan saya. Awak tak tahu betapa kuatnya saya sukakan dia,” Hareez mula memandu keluar dari tempat parking.

“Awak suka Syarfa?” Syamim tunduk.

“Lebih dari suka. Saya dah jatuh cinta pada dia. Tak pernah saya jumpa orang sesempurna dia dalam hidup saya,” jawab Hareez jujur.

Syamim menahan pedih di hati. Sungguh memedihkan apabila orang yang kita suka dalam diam, menceritakan tentang orang yang paling dia suka dalam hidup dia dan orang tu bukan kita. Syamim tak mampu bersuara lagi.

***

Hari seterusnya... Inilah harinya. Hari yang akan mengubah hidup dua orang insan bercinta. Ikatan sah yang akan menjadi bukti bagi kisah percintaan mereka yang sangat indah. Lafaz ijab dan kabul yang akan dilafazkan sebentar lagi, akan menjadi titik permulaan bagi diari cinta mereka di peringkat seterusnya.

Itu yang sedang Syamira fikirkan, ketika Syarfa sedang memperkemas gaunnya yang putih berseri. Dari tudung sampailah ke hujung kainnya, dia kelihatan sangat cantik. Sentuhan seni dari Syarfa bagai tiada cacat cela.

“Haa... Ini baru nampak macam orang nak kahwin,” Syarfa tepuk tangan dengan teruja.

“Waa... Pandailah akak ni. Selama ni, Mira tak pernah make up sampai macam ni. Perfect,” Syamira tengok wajahnya di cermin dengan kagum. Kalau macam nilah Syarfa cantikkan orang, macam manalah agaknya kalau dia cantikkan diri sendiri? Syamira mula cemburu.

“Assalamualaikum,” Fattah mengetuk pintu bilik persiapan itu. “Waalaikumussalam. Masuklah,” jawab Syarfa. Syamira menoleh ke pintu.

Fattah pun masuk sambil ditemani Hareez dari belakang. Wow... Syamira agak terkesima dengan ketampanan yang dimiliki oleh Fattah. Bila dia pakai baju melayu putih yang fit itu, dengan songkok yang kemas, siap bersamping lagi, memang terbaik. Syamira hanyut sekejap. Bakal suami tu...

“Mira... Can we talk?” pinta Fattah. Syamira cuma mengangguk dan tunduk. Syarfa yang faham-faham jer, terus ambik beg dan menuju ke luar.

“Jangan lama-lama...,” sempat dia berbisik pada Fattah. Setelah pintu di tutup, Fattah terus mendekati bakal isterinya yang masih duduk di depan cermin.

“Thanks taw. Sebab sudi nak jadi peneman hidup aku,” Fattah tarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Syamira. Nampak juga yang Syamira tu dah tersenyum sampai ke telinga.

“Thanks jugak, sebab kau still terima aku walaupun aku dah cakap perkara yang tak sepatutnya pasal kau dulu. Sepatutnya, aku cuba kenali diri kau dulu baru boleh judge kau kan? Sorry sekali lagi,” Syamira masih tertunduk.

“Alaa, tak payah fikir pasal tulah. Lupakan, okay?” Fattah tunduk mencari wajah Syamira. Syamira yang agak malu, terus pusing ke belakang sambil tertawa kecil. Acah sweetlah pulak.

Fattah tersenyum sorang-sorang. Semuanya cukup sempurna hari ni. Dia mula teringat akan saat-saat dia mula mengenali Syamira.

“Mira... Masa mula-mula aku jumpa kau, aku terus terbayang. Sebelum akad nikah, kita bercakap heart to heart dalam bilik macam ni. Sama-sama dah siap dengan baju pengantin. Tak ada orang yang dengar. But today, semuanya jadi nyata. Aku tak percaya,” Fattah tertunduk senyum. Seolah-olah dia sedang bermimpi, Fattah rasa bahagia sangat bila apa yang dia impikan dahulu, kini menjadi kenyataan.

Syamira angkat muka. Alamak, air mata nak keluarlah. Cepat-cepat dia mengelapnya. What a perfect day...

***

Dalam dewan, suasananya memang superb. Nampak macam majlis orang besar nak kahwin. Meja dan kerusi ditutupi dengan kain putih bercorak. Di atas pentas, ada sebuah band popular tengah berlatih. Seluruh dewan itu disinari dengan cahaya purple yang mendatangkan suasana romantik. Ramai orang yang dah sampai, ramai jugaklah yang rasa macam VIP.

Di hujung sana, Dazrien dan Anne berdiri di tepi pintu masuk untuk menyambut tetamu-tetamu yang datang. Ehh, bukan ke mereka bergaduh semalam? Hari ni dah okay? Emm, biarlah diorang. Budak-budak, biasalah.

“Gorgeus betullah dewan ni. Rasa macam artis yang nak kahwin. Lagi best dari majlis Fattah Amin. Selamat datang,” Anne tunduk pada tetamu perempuan yang masuk.

“Tengoklah akak siapa yang buat. Ini baru sikit jer taw. Kalau kak Fa tu bersungguh-sungguh, lagi cantik. Majlis kahwin Mira Filzah pun boleh kalah. Selamat datang,” bila tetamu lelaki yang datang, Dazrien yang menyambutnya.

“Satu tambah satu dikurang satu... Itulah Cintaku... Dua dikurang satu... Cintaku untukmu,” Dazrien dan Anne melayan lagu Hitungan Cinta nyanyian Papinka. Lagu yang amat sesuai dan marvelous.

“Bilalah agaknya majlis teacher yer? Selamat datang,” Dazrien menyilangkan lengan.

“Majlis saya? Maksud awak? Selamat datang,” Anne kerutkan kening.

“Majlis kahwin teacherlah. Saya tak sabar nak tunggu ni. Saya nak jadi orang yang first sekali ucap tahniah. Selamat datang,” Dazrien kemaskan songkoknya.

“Kahwin? Tak naklah. Awal lagi kot. Saya ingat, nak enjoy kehidupan remaja dengan awak dulu buat masa ni. Selamat datang,” Anne menolak mentah.

“Lagipun banyak lagi benda yang saya belum buat dengan awak. And pada masa yang sama, saya tak sedia untuk jadi isteri orang lagi. Saya lagi suka untuk jadi macam diri saya sekarang. Kids... Selamat datang,” Anne tersengih.

“Emm, yelah teacher... Asalkan teacher bahagia. Selamat datang,” Dazrien tak nak cari gaduh.

“Jangan risaulah. Nanti majlis saya, awak dapat tempat paling special. Tempat paling VVVVVIP. Promise... Selamat datang,” sambung Anne lagi. Dazrien angguk jer. Kita tengoklah nanti, macam mana special tu.

***

Syarfa duduk di belakang pentas. Sekali sekala, dia menjenguk ke pintu dewan di mana Anne dan Dazrien tengah menyambut tetamu yang hadir. Tapi, tetamu yang dinantikan belum sampai jua.

“Lewat ya? Tengoklah nanti,” Syarfa melihat jam tangannya dengan geram. Kalau ikut perjanjian, Erfaz kena makan cili padi kalau dia tak sampai dalam masa 5 minit lagi.

“Hai, Syarfa,” Hareez datang berdiri di sebelahnya. Syarfa angguk sikit jer. Lepas tu, dia terus menuju ke depan, di mana tetamu sedang menunggu majlis bermula. Ingat janji... Namun Hareez tidak melihat saja. Dia ikut Syarfa.

“Thanks cikgu, sudi datang,” Syarfa menyapa pengetua yang duduk bersama tetamu lain. Hareez di belakang, senyum jer.

“Mestilah datang. Fattah tu bekas student saya jugak,” balas pengetua. Setelah bersalam, Syarfa melayan tetamu lain pula. Yaa, Hareez masih mengikutnya. Dia tak nak mengalah dengan mudah dan lepaskan peluang yang baik untuk mendekati Syarfa.

Dalam hati, Syarfa fikir beribu-ribu cara untuk mengelak dari Hareez. Bukan kerana benci, namun dia perlu menjaga pergaulan. Dia dah janji dengan Erfaz. So, Syarfa taklah berlaku jahat di sini sebenarnya.

“Tuan...,” seorang lelaki pun menyekat Hareez untuk cakap sesuatu. Syarfa yang perasan, terus menghilangkan diri dengan ilmu saktinya. Menyelit dengan tubuh yang kecil...

“Orang-orang kita kat luar kata, tak ada langsung tanda-tanda geng Ammar tu akan datang. Kat dalam ni pun, saya dah tengok. Tak ada apa yang mencurigakan,” kata lelaki tu. Hareez rasa hairan.

“Pelik ni. Takkan Mazhan tu nak biarkan jer perkahwinan ni berlangsung? Mesti ada muslihat. Tak apa, teruskan pemantauan,” balas Hareez. Lalu, dia mencari Syarfa semula. Aikk? Hilang macam tu jer?

***

Di bandar... Sebuah van hitam yang membawa sekumpulan lelaki berpakaian hitam sedang menunggu isyarat. Bila dua buah van yang sama warnanya melintas, van itu pun mengekori dari belakang.

“Nanti sampai, korang masuk ikut pintu depan. Kitorang tunggu kat pintu belakang,” pesan Mazhan melalui telefon. Lalu, dia memakai topeng ski yang sama dengan semua konconya.

“Ingat... Aku tak nak Fattah tu terlepas. Hidup atau mati, kita kena bawak balik. Pasal Syamira, aku nak dia selamat. Bawak dia balik, tanpa cedera walaupun sikit. Yang lain, lantak koranglah nak buat apa. Guna senjata korang,” tegas Mazhan.

Semua konconya mengangkat pedang masing-masing. Pedang yang tajam dan berkilau itu, akan membunuh puluhan mangsa tak lama lagi. Darah akan tumpah di majlis perkahwinan yang sepatutnya indah. Pergaduhan besar akan berlaku.

Tepat jangkaan Hareez. Nasib baik dia dah ‘perkemaskan’ kawasan tu awal-awal dengan beberapa anggota polis yang menyamar. Tapi mampukah mereka nak melawan lelaki-lelaki bersenjatakan pedang samurai itu? Walaupun memiliki senjata api, mereka agak sedikit untuk melawan balik. Mungkin ramai yang akan terkorban. Ini semua hanya kerana perasaan gila Mazhan terhadap Syamira.

Di seberang jalan, ada seorang lelaki yang agak mencurigakan di pondok telefon. Lelaki itu bersweater merah dan memakai topeng Anonymous. Lelaki itu memerhati pergerakan van mereka dengan pandangan yang menyeramkan.

Pemandu van itu memandang Mazhan dengan rasa tak sedap hati. Mazhan juga rasa begitu. Masih lagi segar dalam ingatannya, bagaimana dia dibelasah dengan teruk dulu.

“Jalan je,” Mazhan buat tak kisah.

Setelah beberapa ratus meter, ada lagi lelaki bertopengkan topeng Anonymous yang bersweater merah. Sambil menimbang bola dengan skill, lelaki itu menjeling ke arah tiga buah van itu.

“Bos?” seorang konco Mazhan memanggil. “Jalan!” tegas Mazhan. Keadaan senyap semula.

Semakin mereka mendekati majlis perkahwinan itu, semakin ramai Anonymous yang mereka jumpa. Semua berpakaian sama. Bersweater merah dengan topeng Anonymous putih. Semua Anonymous itu amat-amat menakutkan mereka. Mereka rasa dibayangi dan dihantui bila mengimbas semula ketika mereka dibelasah. Satu Anonymous dah cukup menakutkan pada masa tu. Sekarang, ada beratus.

Tiba-tiba, van yang berada di depan menukar arah. Bila sebuah dah lari, yang kedua pun ikutlah. Mazhan yang juga rasa takut, mengarahkan untuk membatalkan misi walaupun sukar untuk menerimanya.

“Hargh!” tingkap van itu ditumbuk sampai retak.

***

“Aku pulak. Kau pegang kamera ni,” Vivy bagi kamera pada rakannya. Beria betul dia nak bergambar dekat photobooth yang cantik tu. Macam-macam jenis pose digayakan. Tak hairanlah dia ni famous gila di media sosial.

“Thank you,” ucap Fadza ketika kehadirannya disambut oleh Dazrien. Setelah itu, dia mendekati tempat tetamu sedang duduk berbual. Tapi di pertengahan jalan, dia nampak seseorang. Agak-agaknya, siapa ya? Tentulah Vivy. Hanya wanita itu yang sedang bermain-main dalam hidupnya sekarang.

Vivy juga nampak Fadza. Mata dan senyuman mereka bertemu ketika masing-masing tersipu malu. Sedar tak sedar, kawan-kawan Vivy dah tak ada di situ. Bila line dah clear, Fadza ambiklah peluang tu. Dengan langkah yang sopan santun, dia menghampiri tempat Vivy berdiri.

“Assalamualaikum,” sapa Fadza. “Waalaikumussalam,” Vivy tertunduk segan.

Fadza betulkan songkoknya lalu menggenggam tangan sendiri di belakang sambil kakinya menyepak angin. Vivy pula, pusing kiri kanan sambil tangannya mencabut bunga dan daun dari pokok yang kemas.

“Awak lambatlah,” Vivy bersuara. Fadza tengok jam di tangan lalu turunkan semula tangannya dengan cepat. “Sorry,” katanya.

“Sorry jer?” Vivy mengintai sikit. Fadza pun mengintai jugak.

“Awak nak saya buat apa?” tanya Fadza. Vivy diam jer. Nak mintak apa ya dengan abang ni? Hmm... Vivy fikir seribu idea.

***

Dari jauh, Syarfa sedang memerhati adik perempuannya itu. Ouh, dah ada boyfriend ya? Tak bagitahu orang pulak tu. Tengoklah nanti.

Syarfa tengok Fattah dan Syamira pula. Ketika Fattah tengah duduk bersila menunggu tok kadi sampai, Syamira tengah duduk bersimpuh di tepi hantaran. Walaupun jauh dan ada ramai orang, mereka boleh lagi main mata. Apa yang mereka tengah berbincang pun entahlah.

Yang sorang lagi, tengah sweet-sweet kat tepi pintu. Sambil menyambut tetamu datang, sempat jugak Dazrien dan Anne tu berbual. Gelak-gelak, pukul-pukul... Macam budak-budak jugak.

Syarfa tersenyum kecil. Adik-adiknya, semua tengah happy dan bahagia. Itulah yang membuatkan hidupnya cukup sempurna dan tidak lagi memerlukan kebahagiaan lain.

Lagu yang sedang dimainkan tadi, berubah rentak menjadi perlahan. Rentaknya cukup mengasyikkan dan membuat semua tetamu rasa tenang. Lagu jiwanglah nak dikatakan. Perasaan semua orang mula tersentuh dengan suasana yang cukup indah.

“Assalamualaikum,” Syarfa disapa dari belakang. Dengan pantasnya, Syarfa pusing. Senyuman mula terukir di wajah cantiknya itu.

“Waalaikumussalam,” Syarfa membalas renungan mata Erfaz.

Erfaz lain dari tetamu yang lain. Dalam banyak-banyak tetamu yang datang, dia yang paling segak. Dari atas sampai bawah, semuanya kemas. Mengalahkan pengantin.

“Awak lambat. Jap, emm... 2 minit,” Syarfa mencebik manja selepas melihat jam tangannya. Erfaz pun satukan tapak tangannya dengan muka seposen.

“I am sorry... Tadi saya just nak pastikan yang kawasan ni selamat,” jelas Erfaz. Berkerut juga kening Syarfa mendengar. Macam Erfaz ni tahu jer yang ada orang tengah tak puas hati dengan Fattah.

“Okay... Awak pukul orang lagi ke?” soal Syarfa, tegas. Syarfa dah tahu pun, yang Erfaz ni kadang-kadang guna cara kasar jugak. Dan dia tahu, Erfaz bukan macam lelaki budiman yang lain. Di sebalik kesopanan dan kebaikannya, ada juga sisi yang menyeramkan.

“Taklah... Saya tengah cuba untuk kurangkan guna cara tu,” jawab Erfaz. Syarfa percaya. Mereka dah pernah bincang pasal tu dulu.

“Jom... Saya tunjukkan meja awak,” pelawa Syarfa, selembut yang boleh. Hati Erfaz itu, dijaganya sebaik mungkin. Sepanjang tempoh tanpa Erfaz, Syarfa sedar betapa perlunya dia menghargai lelaki itu. Lelaki itulah yang menjaganya dan Dazrien.

***

“Alhamdulillah,” ucap semua orang setelah Fattah selesai berdoa. Lalu, dia mengambil sebentuk cincin dari kotak. Perlahan dan penuh sopan, dia mendekati Syamira dan duduk berlutut di depannya. Walaupun agak segan, Syamira hulurkan jari jemari.

“Mira... Sekarang, kita dah jadi suami isteri. Bermula dari sekarang, banyak yang kita kena hadapi. Banyak ujian yang akan datang untuk uji kekuatan hubungan kita nanti. So aku harap, kau takkan berhenti dan putus asa untuk hadap ujian tu dengan aku. Aku sayang kau. Aku tak nak hubungan kita ni berakhir. Please, janji dengan aku. Kau akan stay dengan aku tak kira seberat mana pun kita diuji,” kata Fattah perlahan. Hanya dia dan isterinya saja yang dapat mendengar.

“Aku janji. Tadi masa aku berbual dengan Nisa, aku dah tahu betapa setianya kau tunggu aku. Walaupun aku tak kenal kau masa tu, kau tetap tolak semua perempuan lain. Sebab tu, aku akan hargai kau. Aku akan jaga hubungan kita. Tak kira apa yang terjadi, aku akan cari jalan untuk kekalkan perkahwinan kita. So, aku pun berharap yang kau akan setia dengan aku, macam mana kau setia menunggu aku dulu,” Syamira membalas pandangan suaminya itu.

Maka dengan itu, termeterailah perjanjian setia di antara mereka berdua. Perlahan-lahan, Fattah menyarungkan cincin itu ke jari manis Syamira.

Peristiwa bersejarah itu disambut dengan tepukan gemuruh dari tetamu. Jamuan pun bermula. Semua tetamu melayan selera masing-masing dengan pelbagai hidangan yang kelihatan serba mewah. Anak Dato’ biasalah. Adik Syarfa pulak tuh. Sambil mereka makan, ada juga yang datang bergambar dengan pasangan raja sehari yang bersanding di atas pelamin bertemakan  ‘Bridal Park’ itu.

***

Dari jauh, Dazrien dan Sara yang duduk berhadap, melihat dengan senyap. Mungkin suatu hari nanti, mereka yang akan duduk di situ. Pelik jugak, selalunya mereka bercakap. Tapi ini, diam jer.

“Sara okay ke?” tanya Dazrien sambil mengirup air dari gelasnya. Hmm... Sara menghelakan nafas panjang.

“Daz terfikir tak? Kita ni, ada jodoh ke nak duduk kat situ nanti?” Sara memandang Dazrien semula. Amboi... Nik Sara bercakap seriuslah. Jarang berlaku nih.

“Terfikir jugak. Tapi, apa kita boleh buat? Yang tentukan, Allah SWT. Kita mintak jerlah Dia tentukan jodoh kita. Harap-harap, adalah peluang kita untuk bersanding nanti,” Dazrien senyum meyakinkan. Sara bertambah gembira.

“Ehh, Daz tahu tak? Kat kelas kita, ada orang lain yang teringin nak couple jugak,” Sara membuka topik. Dazrien menggeleng. Menarik juga cerita ni. Dazrien menghirup lagi airnya.

“Syamsul tu kan, dia suka kat Masya,” kata Sara.

“Pffh!” nak tersembur air yang Dazrien hirup tadi. Nasib baik tak ada yang perasan. Sara dah tunduk sorok muka dah. Tapi, what?! Dazrien jelas terkejut dengan perkara tu.

“Seriously?” Dazrien ambil kain alas meja dan lap bibirnya.

“Betul. Arif pulak, dia suka kat Laila,” sambung Sara.

Dazrien tunduk menggeleng. Langsung tak disangka, lelaki yang berlagak macho, kata tak perlukan makwa, bergurau kasar, otak gamer, suka main motor, rupanya ada buah hati jugak!

“Mana Sara tahu semua ni?” Dazrien menyoal lagi. Suaranya agak tenang sikit sekarang.

“Diorang yang bagitahu sendiri. Baru-baru ni jugaklah, diorang mesej Sara. Diorang tanya pendapat Sara, agak-agak crush diorang tu dah jadi milik orang ke belum. Sara tanya kenapa, diorang cakap, diorang sebenarnya dah jatuh hati,” Sara menyuapkan sesudu aiskrim ke mulutnya.

“Lepas tu? Apa Sara jawab?” soal Dazrien.

“Sara jawab taklah. Dah memang Masya dengan Laila tu single kan? Tapi Sara pesan jugak, kalau nak couple, elok-elok. Tahun ni, ada PT 3,” jawab Sara dengan mulut yang penuh.

“Baguslah tu... Diorang tanya personal kan? Ke, korang chat bertiga?” soal Dazrien lagi. Sara menggeleng. Dazrien pun mengangguk seperti geram.

“Chat Sara personal ya? Tunggulah korang,” bisiknya.

“Ehh... Tak payahlah sampai bergaduh. Kitorang chat gitu-gitu jer. Tak ada yang nak dijealouskan,” Sara sambung makan.

***

Malamnya... Sebab dah agak lewat, Fattah dan Syamira pun balik ke rumah baru diorang. Walaupun rumah baru, semuanya dah lengkap. TV, peti, set ruang tamu dan yang paling penting, set bilik tidur dah pun disediakan oleh keluarga mereka.

“Waa... Penat jugak kahwin ni,” Syamira landing di atas sofa. Setelah menutup pintu, Fattah pun datang duduk berkongsi sofa dengan isterinya.

“Berbaloilah penat tu. Sekarang, dapat jugak aku buat macam ni kat kau,” Fattah cubit hujung hidung Syamira dengan mesra. Syamira pula, pejamkan mata dengan senyuman lebarnya.

“Tu jer ke yang kau boleh buat?” Syamira sengaja mencabar.

“Nak ke?” Fattah jongketkan keningnya dengan muka nakal. Syamira balas dengan senyuman menggoda. Lalu, Fattah kenyitkan mata dengan muka machonya. Syamira yang tak nak mengalah, memuncungkan bibirnya. Aihh, ini dah lebih ni... Fattah hilang sabar, terus bangun lalu melemparkan songkoknya ke tepi sebelum melonggarkan kolar bajunya.

“Ehh! Jangan! Awal lagilah!” Syamira duduk dan mengesot ke bucu sofa. Fattah meledakkan tawanya.

“Gurau jerlah. Macam nampak hantu,” katanya diselangi gelak yang kuat sambil dia duduk kembali di samping Syamira yang tertunduk malu. Amboi, dia punya bergurau... Tahulah baru kahwin. Bini pun cantik.

“Fattah...,” panggil Syamira lembut. Fattah menoleh.

“Selama ni, aku perasan something. Kenapa kau tak berapa nak baik dengan abang Erfaz tu? Tadi masa dia datang ucap tahniah, kau senyum jer. Senyum tu pun, nampak tak ikhlas,” tanya Syamira lembut.

Fattah kelihatan layu secara perlahan. Helaan nafas panjang menandakan keluhannya. Agak lama dia berdiam seperti mengenang cerita lama.

“Biarlah masalah tu, antara kitorang jer. Aku tak nak libatkan kau,” jawab Fattah.

“Masalah? Besar ke?” soal Syamira lagi.

“Mungkin. And tak penting pun untuk kau. Biar jerlah,” Fattah tersenyum kecil.

Syamira tidak menjawab lagi. Kalau itu yang Fattah kata, itulah keputusannya. Namun bolehkah dia membiarkan saja masalah itu melanda Fattah, suaminya? Sebagai isteri, dia sepatutnya bantu dan support Fattah. Kalau ada masalah, tolong ringankan sebolehnya.

Maka dengan itu, Syamira mencapai tangan Fattah lalu menggenggamnya mesra.

“Mana boleh macam tu. Aku ni isteri kau. Kalau ada apa-apa masalah, aku kena tahu. Ceritalah kat aku... Aku janji, tak bagitahu orang lain. Aku just nak tolong kau jer, setakat yang aku boleh,” Syamira tunduk mencari wajah suaminya. Fattah tersenyum yakin.

“Okay... Beberapa tahun dulu,” Fattah membuka ceritanya.

***

Suatu ketika dahulu, Fattah dan Vivy bercadang untuk keluar pada satu malam. Sebelum enjin kereta dihidupkan, Fattah menghala ke arah pagar untuk membukanya. Tapi, dia terdengar suara. Macam, dua orang sedang bercakap. Seorang lelaki, dan seorang perempuan. Berbisik, dan suara lelaki itu seakan-akan cemas.

“Kenapa?” Vivy datang dari arah belakang untuk bertanya, sebelum mulutnya ditutup oleh tangan Fattah.

Perlahan-lahan, Fattah cuba mengintai punca suara itu. Nasib baik, reaksinya dapat dikawal. Sungguh dia terkejut dengan apa yang dilihatnya. Vivy juga turut mengintai, dan dapat mengawal perasaannya.

Erfaz pegang kedua-dua bahu seorang perempuan di depannya, lalu mencium dahi perempuan itu. Dan, perempuan itu bukannya Syarfa.

Sebelum sempat Erfaz perasan, Fattah dan Vivy segera kembali ke arah kereta mereka.

***

Lepas perhimpunan tamat, pelajar 3 A1 dan 3 S1 dikumpulkan di dataran. Ada something yang pengetua nak bagitahu. Macam biasa, barisan lelaki dan perempuan disusun bersebelahan mengikut kelas. Tanpa disedari orang, Dazrien dan Sara dapat duduk bersebelahan.

“Okay. Macam tahun-tahun sebelum ni, kita akan buat kem untuk semua pelajar form 3. Sesi pertama, kita akan buat untuk awak dulu, kelas 3 A1 dan 3 S1 selama 3 hari 2 malam. Selama tempoh tu, awak akan terlibat dengan beberapa bengkel menjawab sebagai persediaan nak menghadapi PT 3. Semua diwajibkan menyertai. Kalau ada masalah, boleh jumpa dengan teacher Fa,” kata pengetua. Semuanya mengangguk.

“Okay. Sekarang, teacher Fa akan bagitahu tentatif kem tu. Silakan,” pengetua pun berundur. Syarfa melangkah lalu memandang semua pelajarnya dengan manis sebelum mula bercakap.

“Hihi,” Dazrien terdengar Sara tertawa kecil. Bila dia menoleh, rupanya Sara tengah bercakap dengan Johan yang duduk di belakangnya. Hmm, tak apa kot. Kan dah bincang, tak nak bagi orang tahu pasal hubungan diorang. Dazrien menumpu semula pada Syarfa.

“Finally, dapat jugak jalan-jalan kat pantai dengan Johan,” bisik Sara pada Dazrien. Amboi... Agak sweet di situ. Dazrien nak menoleh, tapi tak jadi.

“Tulah. Ehh, tapi ingat taw. Sara kena pakai pelampung. Sara kan tak cukup inci, takut hanyut pulak nanti,” Johan mengusik.

“Tak apalah. Kalau Sara hanyut, Johan datanglah selamatkan Sara. Macam hero dalam TV. Johan berenang, lepastu tarik Sara balik. Then, Johan dukung Sara yang tengah pengsan. Ouh, so sweet,” Sara tersengih sorang-sorang membiarkan angan-angan menghanyutkannya.

Ouch... Dazrien mendesis geram. Tapi Sara tak dengar pun.

“Amboi korang. Bukan main lagi ehh... Macam couple jer aku tengok,” Masya yang duduk belakang Sara, mencelah.

“Ish... Mana ada couple. Just a bestfriend... Kan Sara?” Johan menepis. Padahal, memang dia suka pun dikata begitu. “Maybe,” Sara sengih.

Humph... Ini dah lebih ni. Kalau ya pun nak sorok hubungan, tak perlulah rapat dengan lelaki lain sampai macam tu. Jagalah perasaan couple.

Lepas semua dah disampaikan, perjumpaan pun bersurai. Semua cikgu mengambil arah masing-masing sementara masih ada pelajar yang belum bergerak ke kelas. Dazrien dan gengnya berbincang sambil berdiri di tengah dataran.

“Tak sabarnya aku. Bolehlah tunjuk perangai gila masing-masing. Siapa yang nak duduk satu bilik dengan aku? Aku bawak VR Box. Kita tengok citer hantu malam-malam,” salah seorang dari geng Dazrien bersuara.

“Cun. Tapi part yang paling best teacher Fa cakap tadi, makan layan diri sampai puas wei... Dahlah free,” yang berisi sikit, Fauzi membalas.

“Bukan tu yang paling best. Tapi, persembahan malam last. Kita buat buskinglah. Kan dah ada alat semua,” Rizman yang kurus cekung memberi cadangan.

“Alaa korang ni,” akhirnya Dazrien membuka mulut. Semua geng dia senyap seketika.

“Tujuan cikgu-cikgu buat kem tu, sebab nak suruh kita belajar dalam suasana baru. Cikgu kita prihatin, diorang tahu kita ni tak suka duduk dalam kelas lama-lama. Sebab tu dia bawak kita sampai ke pantai. Boleh release stress. Tak salah kalau korang nak buat semua tu. Tapi semua tu letak nombor 2 pun boleh. Yang utamanya, kita kena belajar,” kata Dazrien.

“Haa... Dengar tu. Abang Dazrien kita dah ceramah,” kata Fauzi. Yang lain pun mengangguk jer. Betul kata dia. Baik fokus belajar. PT 3, sekali jer. Nak suka-suka, bila-bila pun boleh.

Sekumpulan pelajar lelaki kelas 3 A1 pun melewati diorang.

“Hmph. Orang suruh belajar, nak main-main. Tuan tu dah ada rupa bas dah. Nak makan lagi? Haha... Loser,” kata salah seorang dari mereka.

“Ek eh mamat ni. Kau pernah kena langgar dengan bas tak?” Fauzi melangkah dengan geram sebelum Dazrien menariknya semula.

Geng 3 A1 yang mengata tadi pusing semula dengan marah. Dia juga mendekati geng Dazrien sebelum sempat ditahan Adrian, ketua mereka.

“Apahal? Kau marah ke? Jomlah gaduh!” Fauzi cuba melepasi halangan Dazrien.

“Stoplah wei. Ayah dia nama Rahmat. Kau mengata ayah dia tadi,” kata Dazrien. Terkejut jugak Fauzi tu. Namun kemarahannya tidak berhenti jua. Yang lain pun turut sama tolak menolak. Hanya Dazrien dan Adrian yang cuba menahan geng masing-masing.

Agak kecoh di situ. Namun kepantasan serta ketangkasan Dazrien dan Adrian berjaya meleraikan mereka sebelum cikgu sempat nampak. Bila kedua puak tu dah jauh berpisah, Dazrien dan Adrian berbalas senyuman.

“Nasib baik Johan tak ada!” kata Fauzi lagi.

“Dahlah... Diorang dah berhenti kan?” Dazrien menenangkan semua kawannya.

Tiada ulasan: