Sabtu, 30 Mac 2019

Bab 8


Bab 8
Selalu Untuk Selamanya – Irwansyah feat Zaskia Sungkar

“Encik Erfaz... Ada orang nak jumpa,” pintu pejabat Erfaz dibuka seorang pekerja lelaki. “Okay... Suruh dia masuk,” balas Erfaz dengan senyuman kecilnya. Pintu pun ditutup dan dibuka untuk kali kedua.

“Hareez?” Erfaz terus berdiri dari tempat duduknya. Hareez hanya bermuka serius. Walaupun Erfaz telah berjaya mendapatkan kepercayaan Syarfa semula, namun Hareez tetap perlu bersemuka dengannya. Kalau bukan sebab yang penting, dia takkan datang sini jumpa Erfaz.

“Duduklah dulu. Kau nak air apa?” Erfaz mengajaknya ke ruang tetamu. Hareez berjalan perlahan dan duduk di sofa setelah dipelawa.

“Tak apalah. Aku nak bincang sikit jer. Tak lama pun,” Hareez menolak lembut. Erfaz mengangguk biasa. Langsung tak ada rasa nak berdendam dengan Hareez. Itulah Erfaz.

“Ada benda penting ke?” tanya Erfaz, ramah. Hareez mengangguk.

“Aku nak mintak tolong kau. Ada kerja yang kitorang tak boleh buat tapi kau boleh,” Hareez meletakkan beberapa keping gambar ke atas meja lalu ditolak kepada Erfaz.

Erfaz ambil dan agak terkejut melihat gambar tu. Dalam gambar tu, kelihatan Erfaz sedang berbincang sesuatu dengan sekumpulan lelaki berbaju merah di sebatang lorong yang sunyi. Gambar yang satu lagi, menunjukkan konco Ammar yang dibelasah sekumpulan lelaki yang sama di lorong yang berbeza. Dan gambar yang ketiga, gambar Erfaz yang berbaju hitam setelah membuka hoodienya. Semua gambar tu, dapat dari rakaman CCTV.

“Erfaz... Aku tahu kau yang belasah diorang. And kau mesti ada banyak maklumat pasal diorang. So, aku nak mintak tolong kau, share maklumat tu dengan aku. Aku perlukan maklumat macam tu untuk tangkap Ammar,” kata Hareez.

Erfaz diam seketika berfikir.

“Maklumat dari Fiqa tu tak cukup ke?” Erfaz memandang Hareez.

Fiqa? Macam mana Erfaz kenal Fiqa ni? Hareez hairan pasal tu. Lalu, dia tanyalah Erfaz.

“Kelakarlah. Aku ingat, aku jer yang suka mengintip orang macam ni,” Erfaz pun keluarkan telefon dari poket kotnya. Lalu, dia tunjukkan Hareez beberapa gambar yang ditangkapnya.

Gambar Hareez, Syamim, Fattah, Syamira dan Fiqa sedang berbincang di sebuah restoran. Erfaz sendiri yang tangkap semua gambar tu. Hareez memandang Erfaz semula.

“Aku dengar semua tu. Semua yang korang bincang, aku dah tahu,” Erfaz mengangguk.

“Kau mengintip aku?” soal Hareez.

“Taklah. Aku just nak make sure yang Fattah selamat jer. Kan dah ada orang start berdendam dengan dia baru-baru ni. Ada orang langgar Syamira, pastu ada orang nak cuba bunuh diorang. Kau rasa, aku boleh duduk diam ke?” Erfaz tersenyum.

Dari situ, kita boleh nampak. Erfaz sangat-sangat menjaga keluarga Syarfa. Dalam kesibukan kerjanya, dia tetap mencari masa untuk memastikan yang mereka semua selamat. Semua perkara yang terjadi kepada keluarga mereka, tak terlepas dari pengetahuan Erfaz.

Tak seperti Hareez. Apa yang dia mahu, hanya mengambil hati Syarfa. Syarfa, Syarfa, Syarfa. Itu jer yang dia fikirkan.

“Okay, back to the story... Setakat ni, aku tak ada banyak malumat lagi. Nanti bila aku dapat, aku akan inform kat kau,” Erfaz senyum.

Lalu, Hareez mengangguk dan keluar.

***

“Okay... Assalamualaikum,” ucap Syarfa dengan lagunya sekali.

“Waalaikumussalam,” jawab semua pelajar, dengan lagu yang sama. Lalu, Syarfa pun ambil beg dan melangkah keluar. Pelajar-pelajar pun duduk balik dan terus berbual tentang topik tadi.

“Gempaklah! Siap ada baju kelas lagi nak pergi kem ni,” kata salah seorang dari geng Dazrien. Yang berisi tulah. Makin lama, makin ramai yang berkumpul di situ untuk berbual.

“Kau untunglah. Dapat dua dalam satu. Baju untuk kau, jubah pun oleh untuk adik kau,” kata Dazrien, disambut tawa semua orang. Pelajar perempuan yang dengar pun turut ketawa. Dazrien dibaling dengan pemadam namun dia sempat elak.

“Tapi kelas kita memang untunglah... Dalam banyak-banyak kelas, kelas kita jer yang ada maskot macam kau,” sekali lagi mereka ketawa mendengar kata-kata Dazrien. Fauzi pun pasrah jerlah. Nak marah, Dazrien ni banyak pengaruh. Tak pasal-pasal, dia yang kena balik. Sabar jerlah...

“Ni lagi satu... N’Golo Kante? Hari ni tak ada game ke?” Dazrien menoleh pada kawan dia yang agak gelap kulitnya itu. Pun, disambut dengan gelak tawa.

“Aku tak cakap apa pun,” Rizman menumbuk bahu Dazrien. Makin Dazrien ketawa. Dazrien, bab menyakat orang dia memang nombor satu.

Itu baru Dazrien. Kakak dia lagilah.

“Dahlah... Jom rehat,” mereka pun bangun keluar dari kelas tu. Dazrien sempat menahan Fauzi dan Rizman

“Sorry ehh? Gurau jer tadi,” katanya sambil tersengih panjang. “No problemlah... Tapi lain kali, jangan menangis pulak kalau kitorang kenakan kau balik,” balas Fauzi sebelum mereka berdua keluar menuju ke kantin.

Itulah antara sebab Dazrien sangat disenangi semua orang, walaupun dia banyak mengenakan orang lain.

Ketika Dazrien bangun dari tempat duduknya, perhatiannya dicuri oleh Sara yang sedang mendekatinya.

“Jom rehat,” ajaknya dengan riang. Dazrien tidak pun berganjak. Dia hanya merenung Sara dengan pandangan yang agak serius. Berkerut juga muka Sara bila dipandang begitu. Apa salah aku? Getus hatinya.

“What happened between you and Johan?” soal Dazrien.

“Nothing... Just a friend,” Sara menjengkotkan bahunya. Dazrien menggeleng perlahan. Kawan? Kawan takkan sweet macam tadilah. Mesti ada sesuatu yang Sara sembunyikan. Tapi dari reaksi mukanya, Sara memang nyatakan perkara yang benar.

“Kitorang rapat sangat ke?” Sara menduga. Dazrien mengangguk.

“Ouh... Kan Daz yang suruh sembunyikan pasal hubungan kita. So, Sara rapatlah dengan Johan. Baru tak ada orang syak... Bijak kan?” Sara tersengih yakin.

“Hmm... Yelah. Jom rehat,” Dazrien terus menuju keluar dengan diiringi oleh Sara.

***

Di sebuah kedai kek, orang ramai agak terkejut dengan serbuan yang dilakukan oleh pihak polis. Kalau kedai kek yang diserbu, siapa yang tak terkejut? Namun, serbuan itu menemukan hasil yang di luar jangkaan. Dua pucuk pistol ditemukan bersama 300 kg dadah pelbagai jenis telah ditemui dalam stor.

Hareez yang bersarung tangan, memegang salah satu dari ratusan plastik itu. “Mana datangnya semua ni?” soalnya. Tuan kedai yang telah digari itu tidak menjawab, hanya tertunduk.

“Jangan sampai aku tanya sekali lagi. Jawab!” tegas Hareez.

“Kitorang tak tahu. Semua ni datang sekali dengan tepung yang kami order. Kami tak perasan pun,” jawab tuan kedai tu. Hareez tidak mengangguk, tidak menggeleng. Dia tidak percaya. Macam mana tuan kedai boleh tak perasan stok yang masuk ke kedainya? Kalau setakat dua ke tiga paket tu logiklah. Tapi ni 300 kg?

“Bawak dia ke balai. Soal siasat sampai dapat,” arah Hareez. Anak buahnya mengangguk lalu membawa tuan kedai itu keluar dengan pekerjanya sekali.

Syamim yang lengkap dengan ves kalis peluru pun datang dengan gembira.

“Boleh percayalah maklumat yang Fiqa bagi tu,” katanya. Hareez mengangguk sambil meletakkan semula paket dadah tu. Lalu, dia mengambil sepucuk pistol yang dirampas.

“Geng Ammar ni bahaya jugak. Anak buah bawahan dia yang macam ni pun ada pistol. Lain kali, kita kena hati-hati. Nasib baik diorang tembak tak kena,” kata Hareez.

***

Kembali ke sekolah, Dazrien dan Sara berjalan bersama menuju ke kantin. Kadang-kadang, mereka perhati jugak kawasan sekeliling. Takutlah ada budak kelas mereka nampak.

Dari arah belakang, tangan Dazrien dipaut seseorang. Bila dia menoleh, senyuman mula terukir.

“Daz... Teman akak rehat, boleh?” pinta Vivy yang cantik tersenyum. Dah Vivy yang ajak, Dazrien terus setujulah. Lalu, Vivy dan Dazrien berjalan makin laju meninggalkan Sara di belakang.

“Nasib baik jumpa Daz... Akak ingat, dah kena makan sorang-sorang dah tadi,” Vivy memandang Dazrien yang sama tinggi dengannya.

“Laa... Apa nak takut? Manalah ada hantu siang-siang...,” usik Dazrien. Vivy cuba mencubit pinggang Dazrien yang sempat menepisnya. Mereka mula tertawa sambil berbual panjang.

Sara mengeluh. Kena jugak, jalan sorang-sorang.

“Hye Sara,” Johan menegurnya dari belakang. “Johan! Nasib baik Johan ada... Teman Sara boleh?” Sara kembali gembira.

***

Kereta baru Fattah pun berhenti di depan butik milik Syamira. “Apalah kau ni... Orang dah bagi cuti kahwin, tak nak,” keluh Syamira sambil membuka tali keledar.

“Aku jer yang kena? Kau pun nak kerja jugak kan?” balas Fattah yang sudah lengkap berbaju celoreng kerjanya.

“Aku kerja, sebab kau nak kerjalah. Kalau kau kerja, aku nak buat apa kat rumah tu? Ish,” Syamira memuncung.

Makin lama, Fattah makin tersenyum melihat rajukan isterinya itu. Fattah cuba mencuit dagu Syamira, tapi dia mengelak. Tak nak! Katanya...

“Yelah... Kau nak honeymoon kat mana? Nanti kita pergilah,” Fattah mengalah juga akhirnya. Syamira kembali riang. Macam-macam cadangan yang dia bagi. Paris, London, Tokyo semua keluar.

“Okay, okay... Kau masuk kerja dulu. Malam nanti kita bincang ehh?” Fattah tenangkan Syamira. Lalu, Syamira angkat jari kelingking kanannya. Fattah sahut dengan jari yang sama.

“Okay, bye... Pukul 6 taw,” Syamira terus buka pintu. Ahem... Batuk palsu itu menghentikan langkah kakinya yang dah hampir menjejak lantai. Syamira menoleh semula ke arah Fattah.

“Lupa something?” Fattah hulurkan tangannya. Sambil tersipu malu, Syamira bersalam dengan Fattah dan terus berlari keluar. Pintu ditutup dengan kuat. Still tak biasa...

***

“Petang nantilah kita keluar. Daz pun dah rindu sangat nak keluar dengan akak,” cadang Dazrien. Vivy terus mengangguk setuju. Untuk adik kesayangan dia tu, apa-apa pun boleh. Lalu, mereka pun berhenti bila dah sampai di depan pintu kelas Dazrien.

“Assalamualaikum,” Dazrien hulur tangan nak bersalam. Vivy pun sambut salam adiknya itu.

“Waalaikumussalam,” jawabnya. Dazrien tunduk mencium tangan kakaknya itu.

Bila dia tegak semula, Dazrien perasan sesuatu. Dari arah bertentangan, Sara dan Johan sedang gelak sambil berjalan sama-sama. Mereka nampak gembira bersama. Tapi bukan itu yang sepatutnya berlaku. Dazrien amat berharap yang takkan ada apa-apa terjalin antara diorang. Hanya, kawan. Macam yang Sara cakap.

***

“Macam mana polis boleh tahu pasal tempat tu?!” marah Ammar pada semua pembantunya. Semuanya senyap, tak berani menjawab. Malah, memang tak ada apa-apa yang mampu mereka jawab. Semua memang terkejut dengan berita tu. Setahu mereka, kedai kek itu memang tempat yang sangat selamat.

“Siasat sekarang... Aku nak orang yang bocorkan maklumat tu! Keluar!” Ammar duduk semula di kerusinya dengan api kemarahan yang membara. Semua pembantunya keluar dengan senyap dan menyambung kerja masing-masing di gudang rahsia tu.

“Mazhan,” panggil Ammar. Mazhan berdeham.

“Kau tak rasa ke, Fiqa yang bocorkan maklumat kita? Sejak kitorang bergaduh, aku dah tak pernah nampak dia kat mana-mana. Mungkin dia dah bagitahu siapa-siapa,” duga Ammar.

“Tak... Aku dah suruh orang perhatikan dia. Dia tak ada jumpa siapa-siapa selain Fattah,” jawab Mazhan. Ammar mengangguk faham.

“Aku rasa, dah sampai masa aku kenakan Fattah tu. Selama ni, kau jer yang kenakan dia. Sekarang, biar aku yang ambil giliran,” Ammar mengambil sebilah pisau lalu membalingnya ke dinding. Pada dinding tu, ada gambar Fattah. Namun tak ada kesan pisau walaupun sedikit. Dah banyak kali sebenarnya, Ammar yang mahir menggunakan pisau gagal membaling pisau itu tepat mengenai gambar Fattah. Mungkin Fattah ni sebenarnya bertuah.

***

“Kenapa awak nampak macam tak gembira ni? Kan kita dah berjaya buat tangkapan?” tanya Syamim pada Hareez yang sedang memandu kereta. Hareez melepaskan keluhan panjang.

“Diorang ada pistol. Awak tak rasa ke yang geng Ammar ni sangat berbahaya?” soal Hareez pula. Syamim menggeleng.

“Kes-kes yang sebelum ni pun, kita kena lawan dengan pistol jugak. Yang lagi bahaya pun ada. Kenapa pulak nak risau? Kita kan dah biasa,” balas Syamim.

“Tapi kali ni, saya takut Syarfa pun akan terlibat sama. Mungkin nanti, diorang akan cuba ancam Syarfa sebab nak mengugut saya,” Hareez mula fikir macam-macam kemungkinan.

“Awak... Mazhan tu kan berdendam dengan Fattah. Bukannya Syarfa,” Syamim menepis sangakaannya.

“Ya saya tahu. Tapi, macam hari tulah... Sedar tak sedar, Syarfa yang kena langgar. Diorang dah kenal Fattah. Mungkin jugak nanti, diorang akan ancam keluarga Syarfa. Mungkin jugak diorang akan culik keluarga Syarfa. Kita kena fikir semua tu,” Hareez tetap gelisah.

“Awak... Banyak sangatlah awak punya ‘mungkin’ ni. Tak payah risaulah. Saya yakin, diorang akan selamat. Geng Ammar tu cari Fattah, hanya atas dua sebab.

Satu, sebab nak rampas Syamira balik. Awak tak perlu risau sangatlah pasal ni. Yang awak kena risau, sebab yang kedua. Diorang takut Fiqa bocorkan rahsia. Kita kena jagalah Fiqa, kalau nak dapat maklumat lagi.

Kalau awak risau sangat pasal keselamatan Syarfa, suruhlah orang-orang kita awasi keselamatan keluarga diorang. Baru kita boleh fokus untuk tangkap Ammar,” terang Syamim, panjang lebar.

“Tak... Saya nak jaga keluarga Syarfa sendiri. Baru dia nampak, betapa sayangnya saya kat dia,” Hareez tetap dengan pendiriannya.

Tiba-tiba, telefonnya berdering. Bila tengok nombor yang tidak dikenali, Hareez menjawab dengan teragak-agak.

“Hareez... Aku ada maklumat terbaru pasal geng Ammar. Kalau kau nak bincang, datanglah pejabat aku. Kita minum-minum dulu,” ajak Erfaz. Hareez setuju, dan terus letak telefon.

Tanpa membuang masa, dia terus menukar arah, menuju ke pejabat Erfaz.

***

Waktu sekolah tamat, semua pelajar pulang ke rumah dengan lajunya. Namun, bukannya Arif. Dengan perasaan hampa, dia menuju ke bilik guru untuk bertemu guru kelasnya, Syarfa. Sampai di situ, kelihatan Syarfa sedang menunggu Dazrien memakai kasut di depan pintu.

“Teacher Fa,” panggilnya sopan. Syarfa menoleh lalu menjawab sapaan itu dengan lembut. Dazrien pun dah bangun dan menyambut sahabatnya itu.

“Saya ada something nak bagitahu,” kata Arif, kedengaran gagap sikit.

“Nak bagitahu apa?” soal Syarfa. Arif nampak macam tak selesa. Syarfa dan Dazrien memandang satu sama lain dengan hairan.

“Kalau boleh, kita cakap personal... Saya malu nak cakap depan Daz,” ujar Arif.

“No... Kalau nak cakap dengan teacher, cakap jer depan Daz. Don’t worry, Daz tak bagitahu orang lainnya,” Syarfa senyum, cuba meyakinkan Arif.

Okay, Arif pun mengangguk. Dazrien dan Syarfa menunggu kata-kata Arif yang seterusnya. Nampak, macam ada masalah. Baguslah tu... Kalau ada masalah, bagitahu orang yang sepatutnya. Tak elok pendam.

“Saya rasa, saya tak boleh pergi kem tu nanti,” kata Arif. Terkejut juga Dazrien dan Syarfa mendengar. Kem tu penting sebenarnya.

“Kenapa pulak tak boleh?” tanya Syarfa, risau dengan anak muridnya itu.

“Teacher tahu kan, yang ayah saya tengah sakit sekarang ni. So, kitorang perlu guna banyak duit untuk tampung bil dia kat hospital. Kebetulan pulak dalam tarikh kem tu, ayah saya kena operate. Banyak duit yang kitorang perlu guna. Kos pembedahan tu pun, tak cukup lagi ni. Jadi, saya rasa tak tenanglah kalau saya pergi kem tu dalam keadaan ayah saya yang tengah jalani pembedahan dan tak cukup duit untuk terus dapatkan rawatan,” jelas Arif. Dazrien dan Syarfa mengangguk faham. Sukar jugak situasi yang sedang Arif alami sekarang ni.

“Masalah kewanganlah ni?” tanya Syarfa.

“Lebih kurang macam tulah,” Arif mengangguk. Lalu, Dazrien memaut bahu rakannya itu.

“Alaa... Jangan risaulah. Kau pergi jer kem tu. Pasal kos pembedahan ayah kau tu, serah jer kat kitorang. Yang penting, kau pergi kem tu macam budak kelas kita yang lain. Kem tu penting wey,” ujar Dazrien.

“Ehh... Tak perlulah sampai macam tu kot. Operate jantung ni bukannya murah,” Arif menolak.

“Sebab bukan murahlah kitorang nak tolong. Rugi kalau kau tak pergi kem tu. Itulah kem kita yang terakhir tahun ni. Bila lagi kau nak ada masa untuk geng kelas kita? Pergi jer,” Dazrien meyakinkan Arif.

“Tahu... Tapi takkanlah aku nak guna duit kau untuk pembedahan ayah aku,” Arif menolak lagi.

“Tak apa... Kalau aku simpan pun duit aku tu lama-lama dalam bank, bukannya dapat apa-apa pun. Baik aku guna,” Dazrien berkeras nak menolong.

“Arif... Pengetua nak semua pergi kem tu. Kalau awak ada masalah, baguslah awak datang bagitahu teacher. Tak apa... Pasal kos pembedahan ayah awak, bil dia kat hospital, yuran kem awak, biar kitorang jer yang settle kan. Yang penting, awak dapat pergi kem tu,” Syarfa pun bersuara.

Arif berdiam seketika. Baik betul Daz dengan teacher Fa ni.

“Nanti, kitorang pergi rumah kau. Kat sanalah kita bincang apa yang patut. Balik nanti, kau bagitahu mak ayah kau dulu. Kang nanti diorang terkejut pulak,” kata Dazrien.

Arif mengangguk setuju. Bertuah betul dia dapat jumpa dua orang insan mulia ni. Susah betul nak jumpa orang sebaik mereka berdua ni sekarang.

***

“Haa... Macam mana sejak lepas kahwin ni? Ada perubahan?” Fadza duduk di atas sofa bilik standby ketika Fattah yang baring di sofa sebelah sedang merenung cincin perkahwinan di jari sendiri.

“Aku baru jer kahwin semalam. Tak sempat buat apa-apa lagi,” jawab Fattah, masih termenung. “Tulah kau... Orang dah bagi cuti kahwin, tak nak,” Fadza menggeleng.

“Tak ada apa-apa lagilah... Just macam biasa jer. Tapi aku rasa somethinglah,” Fattah bersuara kembali.

“Rasa apa tu?” Fadza jongketkan kening dengan senyuman nakalnya.

“Rasa happylah sikit. Sebab mulai sekarang, aku boleh tengok muka orang yang paling aku sayang setiap kali aku bangun tidur. Orang yang paling aku sayang tu, dah tinggal serumah dengan aku. Harapan aku untuk bina kehidupan bersama dengan dia, tercapai jugak akhirnya. And one more thing, lepas ni aku tak perlu risau lagi dah. Sebab akan ada orang yang akan jaga aku,” Fattah senyum sorang-sorang.

Fadza senyum, memang dah agak. Biasalah orang baru kahwin, semua benda pun indah. Pijak semut pun tak mati.

“Tapi, kau kena ingat wey. Dia belum kenal kau dalam-dalam lagi. Perangai kau, sikap kau, karenah kau, dia tak tahu lagi. Kau kena ubah semua tu kalau tak nak gaduh dengan dia. Sebagai suami, kau kena selalu bimbing dia, bukan dia yang bimbing kau. Kau kena selalu mengalah kalau ada benda terjadi, dia kan perempuan. Ingat tuh,” pesan Fadza.

“Amboi kau ni. Nasihatkan aku pulak. Bercakap macam orang dah kahwin,” Fattah menjeling pada Fadza yang mula tergelak.

***

“Mana kita nak pergi ni?” soal Dazrien ketika Vivy sedang mengikat tali kasut.

“Mana-mana jer. Akak dah pernah jalan-jalan kat sini. Tapi tak sama kalau jalan-jalan dengan Daz,” Vivy bangun dengan muka sweet dia.

“Yelah... Akak sweet. Tak payah buat muka macam tu lagi. Jom, tengok wayang,” Dazrien mengelak, cair tengok wajah kakaknya itu. Vivy tersenyum menang.

Dengan kereta Dazrien, mereka bertolak. DAZ 2001. Cantik nombor kereta dia.

***

“Haa... Macam mana sekarang? Sukalah tu dah kahwin,” Nisa duduk di atas meja Syamira, ketika bosnya itu sedang duduk termenung di kerusinya.

“Macam mana ya? Susahlah aku nak bagitahu. Baru semalam kot aku kahwin... Manalah aku rasa apa-apa perubahan lagi. Tapi, ada jugaklah perasaan sikit,” Syamira menggaru dahi dengan pennya.

“Perasaan macam mana tu?” Nisa jongketkan keningnya.

“Hmm... Rasa macam, lebih bertanggungjawab. Pagi tadi, tugas pertama sebagai seorang isteri yang aku buat, aku gosok baju kerja dia. Bukan tu jer taw... Aku siap buatkan sarapan pagi untuk dia. Aku rasa bertanggungjawab sangat-sangat sebab sebelum ni, aku tak pernah rajin macam tu untuk siapa-siapa,” Syamira senyum sorang-sorang.

Nisa mengangguk dengan senyuman nakalnya. Makin berbungalah hati bos dia ni nanti. Baru sehari kahwin, dah senyum sorang-sorang dah.

“Tapi kau kena ingat... Kau dengan dia, tak macam suami isteri pun. Cakap pun, guna kau-aku... Kau dah tak boleh kasar-kasar dengan dia. Kau kena hormat dia, jaga perasaan dia, jangan marah-marah dia. Sesibuk manapun kau kerja, kau tetap kena luangkan masa dengan dia. Apa-apa kekurangan, perangai buruk, karenah dia kau kena terima. Ingat tuh,” pesan Nisa.

“Ye, tahu... Dah banyak kali aku dengar nasihat macam tu. Kau sama jer dengan ayah aku,” Syamira pun kembali menumpu pada lap top di mejanya.

Tiba-tiba, seorang lelaki rebah ke dalam pejabatnya melalui pintu depan yang dah pun terbuka.

“Kenapa ni?” Nisa terus turun dari meja bila tengok, hidung lelaki itu telah pun berdarah. Syamira juga risau dengan pekerjanya itu.

“Selamat pengantin baru,” Mazhan pun muncul di depan pintu diikuti beberapa orang lelaki sasa. Syamira tersentak. Setelah lama lelaki itu menghilangkan diri, baru sekarang dia muncul. Perkara pertama yang terlintas di fikiran Syamira, adakah Mazhan akan cuba mengancam perkahwinannya?

***

Erfaz menghamparkan sehelai peta yang besar di atas mejanya sambil diperhatikan oleh Hareez dan Syamim.

“Orang-orang bagitahu, Ammar selalu muncul kat beberapa tempat yang sama. Salah satu antara tempat-tempat tu, kedai kek yang kau baru serbu tadi,” Erfaz menunjukkan lokasi kedai kek itu di peta yang dihamparkan.

“Setiap kali dia muncul kat mana-mana, akan ada orang-orang dia yang awasi tempat tu. Diorang akan ada kat sekitar 500 meter dari tempat dia berhenti,” lalu, Erfaz mengambil jangka lukis dan melukis sebuah bulatan berpusat kedai kek tadi.

“Kalau kau bertindak untuk tangkap dia kat mana-mana tempat dalam bandar ni, orang-orang dia kat seluas kawasan ni akan selamatkan dia dengan senjata masing-masing. Hasilnya, ramai orang awam akan terlibat,” jelas Erfaz.

“Mana awak tahu pasal rancangan dia ni?” tanya Syamim.

“Saya ada kawan. Dia keluar dari geng Ammar lepas dia tak dibayar upah macam yang dijanjikan. Untuk jamin keselamatan, dia tengah menyorok di luar negara,” jawab Erfaz.

“So, apa cadangan kau?” soal Hareez, serius.

Erfaz pun letakkan beberapa keping gambar di tempat yang berbeza di atas peta.

“Ada tiga kawasan yang disyaki jadi tempat persembunyian dia. Semua tempat ni, tempat yang terbiar. Sekolah, gudang and bangunan terbengkalai. Kadang-kadang jer, akan ada orang masuk ke tempat-tempat ni. Semua ni tempat dia berniaga tapi, tempat persembunyian dia cuma satu. Maknanya, kau kena pilih salah satu antara tiga tempat ni,” jelas Erfaz.

Serentak, telefon Hareez dan Erfaz berdering. Serentak juga, mereka menjawab panggilan masing-masing.

“Apahal Fattah?” tanya Hareez.

“Kau pergi butik Mira sekarang. Tadi kawan dia call aku, dia cakap Mazhan datang buat kecoh. Aku dengan Fadza dah on the way. Cepat,” kata Fattah yang cemas.

“Hello,” Erfaz menjawab panggilan kawan dia.

“Erfaz... Kitorang tengah makan kat warung biasa ni. Tadi kitorang ada nampak orang yang kita belasah hari tu. Dia nak van hitam dengan lima orang dia. Diorang baru jer masuk butik isteri Fattah. Nak kitorang tengok-tengok ke?” tanya kawan Erfaz tu.

“Tak apa... Biar aku jer yang pergi,” balas Erfaz, lalu meletak telefon.

Serentak, Erfaz dan Hareez bersemuka semula. “Butik Mira,” kata mereka juga serentak, sebelum berlari turun. Syamim juga mengikut walaupun hairan.

***

“Mazhan! Baik kau keluar sebelum aku panggil polis! Kau tahu tak? Polis tengah cari kau sekarang!” marah Syamira. Pekerjanya tadi, masih lagi dipukul oleh konco Mazhan. Pejabatnya juga dah separuh musnah.

“Polis? Kau ingat aku takut? Kalau aku takut, aku takkan upah orang suruh langgar kereta Fattah hari tu,” dengan kayu yang dibawanya, dia memukul meja kaca di ruang tamu pejabat tu.

“Please, Mazhan. Cukup! Jangan libatkan orang lain... Lepaskan dia... Ambik aku!” Syamira meninggikan suaranya. Bila Mazhan mengangkat sebelah tangannya, barulah konco dia berhenti memukul pekerja Syamira.

“Bagus... Ambik dia,” arah Mazhan sambil menuju ke pintu.

“Jangan harap, Mazhan! Langkah mayat aku dulu!” Nisa mengalang konco Mazhan yang cuba menarik Syamira. Dengan kekuatannya, lelaki bertubuh besar itu menolak Nisa sehingga rebah ke tepi.

Secara spontan, Syamira mengambil pasu dari mejanya dan memukul kepala lelaki itu sehingga kedua-duanya pecah. Tak lama lepas tu, lelaki itu rebah dan pengsan.

“Aku jer yang boleh buat Nisa macam tu!” kata Syamira.

“Sekarang!” Mazhan menarik Syamira menuju keluar. Nisa tak mampu berbuat apa-apa bila konco Mazhan dah mula mengacukan senjata padanya.

“Mira!” Fattah yang masih berceloreng kerjanya, masuk ke dalam pejabat. Langkah Mazhan dan Syamira terhenti. Fadza juga dah muncul di belakang Fattah yang kelihatan cemas.

“Sial!” Fattah cuba menyerang Mazhan. Fadza juga ikut menyerang sama. Tapi konco Mazhan yang ramai itu lagi cepat bertindak. Mereka menarik Fattah dan Fadza ke belakang dan cuba melengahkan masa.

Fadza dengan marahnya menumbuk salah seorang dari halangannya dan begitu juga dengan Fattah. Tapi, mereka tak mampu nak melawan empat orang lelaki bertubuh besar yang masing-masing bersenjata. Mereka pula yang dibelasah.

“Fattah! Cukup, Mazhan!” Syamira cuba menarik tangannya semula namun tak berhasil. Mazhan lagi berdaya.

Siren kenderaan polis mula kedengaran. Bunyinya semakin mendekati. Mazhan yang risau, terus menyambung langkahnya. Syamira tetap meronta minta dilepaskan. Fattah dan Fadza terus menerus cuba untuk melawan kembali. Nisa yang terduduk, tidak mampu berbuat apa-apa.

Boom! Pintu pejabat itu ditendang sehingga pecah. Habuk kayu beterbangan menyebabkan Mazhan dan Syamira terbatuk sikit. Semua orang dalam pejabat itu terdiam. Bila habuk dah mula kurang, kelihatan tubuh tegap seorang lelaki sedang berdiri di situ.

“Assalamualaikum,” Erfaz memberi salam.

Hmmp. Kalau dah Erfaz yang datang, kira settlelah semua masalah. Sekejap jer, Mazhan dan anak buah dia dibereskan oleh Erfaz dan Hareez. Erfaz ambil tiga, Hareez ambil dua.

***

Di kiosk KFC dalam Mall, Dazrien dan Vivy dating sambil menjamu selera. Itulah tempat pertama mereka singgah. Makan jer tahu...

“Wow... Agak mengagumkan,” Dazrien mencebik sambil terangguk-angguk lepas mendengar khabar gembira dari Vivy. Vivy akan terima anugerah pelajar cemerlang nanti. Dapat semua A wei...

“Well, this is Vivy, you know?” Vivy tersenyum menang sambil menjongketkan bahunya naik turun. Dazrien menggeleng pula.

“Tapi... Siapa yang nak datang majis anugerah tu nanti? Daz dengan kak Fa, ada kem masa tu. Akak nak ajak abang Fattah dengan kak Syamira ke?” Dazrien kemukakan soalan.

“Entahlah... Akak rasa, tak nak ajak diorang buat masa ni. Diorang baru kahwin. Biarlah diorang uruskan pasal rumahtangga dulu,” Vivy mengacau airnya dengan straw. Wajahnya layu ke bawah.

Dazrien rasa kesian pulak tengok Vivy  macam tu. Agak sedihlah kalau keluarga tak dapat bersama masa kita nak ambil anugerah. Tambahan pula, Vivy ni pelajar nombor satu. Mestilah dia nak tengok wajah bangga keluarga dia. Dazrien mula fikir pelbagai cara.

“Emm... Apa kata macam ni? Daz dengan kak Fa, tengok akak ambil anugerah tu dulu, baru kitorang pergi kem. Daz pun sebenarnya, tak minat naik bas ikut jalan tu. Mabuk sikit. Kalau kitorang pergi lewat, bolehlah pergi dengan kereta. Sempatlah kitorang tengok akak nanti. Win-win situation,” Dazrien tersengih.

Vivy mengangkat semula mukanya. Senyuman yang memanjang membuktikan kegembiraannya.

“That is my hero,” Vivy setuju.

***

Di ruang menunggu IPD, seorang polis wanita datang pada Fattah dengan membawa first aid kit. Polis itu duduk di depan Fattah yang sedang menahan sakit di lengannya akibat terkena kaca.

“Tak apa... Biar saya buat,” Syamira datang dengan sebotol air mineral duduk di sebelah Fattah. Setelah memberikan kotak itu pada Syamira, polis itu pun beredar.

“Kau keluar time kerja ni, tak apa ke?” Syamira membuka kotak itu lalu mengambil sebuah bekas.

“Tak kisahlah kalau ada orang nak marah aku ke apa. Yang penting, kau selamat,” balas Fattah yang masih menekan bahagian lengannya yang luka. Syamira tersenyum kecil dalam rasa bersalah pada Fattah. Walaupun luka Fattah itu taklah seteruk mana, dia tetap rasa bersalah sebab melibatkan Fattah dalam masalahnya.

“Tahan sikit ya?” Syamira membuka botol airnya dan mengalihkan tangan Fattah yang menutup lukanya. Perlahan-lahan, Syamira mencurahkan air itu melalui bahagian lengan Fattah yang terluka ke dalam bekas di bawah.

Setelah bahagian itu dibersihkan, Syamira menggunakan kain sapu tangannya untuk mengeringkan bahagian itu. Lalu, dia mengambil bandage untuk membaluti lengan Fattah dengan agak ketat.

“Pandai jugak kau rupanya? Aku ingat kau tak suka benda-benda macam ni,” Fattah tersenyum mengusik.

“Apa? Kau ingat bomba jer yang pandai? Jangan pandang orang sebelah mata taw,” Syamira menjeling sinis.

“Bila kau belajar?” soal Fattah lagi.

“Baru tadi. Aku terbaca kat notice board kat dinding sana,” Syamira tunjuk ke arah lobi. Fattah senyum pasrah. Nasib baik ada notice board tu. Boleh jugak Syamira ni belajar sikit-sikit pasal rawatan kecemasan.

“Nasib baik kau jumpa notice board tu. Kalau tak, polis tadilah yang tolong rawat luka ni,” Fattah tersenyum sinis. Syamira menoleh laju macam harimau mendengar mangsanya.

“Perempuan tadi? Berani kau ya?” telinga Syamira mula berasap.

“Dah tu? Kau yang tak pandai. Takkan aku nak biar jer luka ni berdarah. Kenalah ada orang yang nak tolong,” Fattah memang berani.

“Tak sampai sebulan kahwin, dah buat perangai? Tak apa... Pergilah kat perempuan tu!” satu pukulan dilepaskan pada lengan Fattah yang sakit. Lalu, dia menarik muka ke tepi. Fattah tertawa kecil. Lelaki, memang suka buat macam tu. Kalau dapat tengok kekasih diorang cemburu, makin diorang sayang. Tapi, cemburu pun berpada-padalah.

“Mira... Okay tak?” Fattah cari muka isterinya itu.

“I’m fine,” balas Syamira.

Fine... Salah satu daripada perkataan orang perempuan yang tak boleh dipercayai. Kalau sekali mereka cakap fine, faham-faham sendirilah maksudnya yang jauh berbeza dengan maksud dalam kamus. Fattah, get readylah untuk memujuk.

“Mira... Hye!” Fattah melutut depan Syamira. Masih lagi geram dengan suaminya, Syamira menoleh ke arah lain pula.

“Mira... Pandanglah aku,” Fattah beralih ke depan Syamira lagi. Syamira hanya menjeling dengan ekor mata. Bergurau kasar sangat, siapa suruh?

“Kau cemburu... Means, kau sayang aku kan?” Fattah menduga.

Boom! Syamira tak terkata. Tengah dia marah dengan Fattah, lelaki itu kenakan dia balik. Muka Syamira berubah merah padam walaupun senyuman masih belum terukir. Malulah tu nak jawab...

“Tak,” Syamira menggeleng laju. Makin Fattah suka.

“Kau sayang aku... Tak payah nak tipulah,” Fattah pegang kedua tangan Syamira dalam genggamannya. Syamira membatukan diri. Dah kalah, nak cakap apa lagi?

“Cakap, kau sayang aku. Kalau tak, aku kiss,” tegas Fattah sambil mendekatkan tangan Syamira ke mukanya. Syamira buat derk jer. Nak kiss dekat tempat public macam ni, ada berani ke?

Satu kucupan mesra dari Fattah singgah di jari Syamira. Tersentak, Syamira menoleh laju dengan malu. “Wey... Ramai oranglah kat sini,” Syamira cuba tarik tangannya semula.

“Cakap, kau sayang aku,” Fattah buat tak kisah. Dia nak juga dengar ayat itu dari Syamira. Apa nak jadi, jadilah.

“Kat rumahlah aku cakap. Kat sini ramai orang. Malulah kalau diorang tengok,” Syamira berkeras menarik tangannya dari genggaman Fattah. Namun, lengan Fattah yang cedera tidak menghalang keinginannya.

“Sekarang... Just tiga perkataan jer. Tak susah pun kan? Kalau kau nak main tarik-tarik dengan aku, silakanlah,” Fattah tersenyum yakin dengan kening yang naik turun.

“Tak nak,” Syamira tersenyum kecil. Gurauan Fattah itu berhasil jugak. Lalu, Fattah mencium tangan Syamira sekali lagi.

“I can do this all day,” katanya.

“Fine... Aku sayang kau, bodoh,” Syamira mengalah juga akhirnya. Tapi Fattah masih belum melepaskannya. Still tak puas hati.

“Lepaslah... Aku dah cakap kan,” Syamira tertawa sambil cuba menyembunyikan wajahnya yang memang merah terus.

“Ikhlas ke tak? Kenapa aku rasa macam susah jer nak percaya?” soal Fattah yang tersenyum manis.

Rontaan Syamira semakin perlahan, lalu dia berhenti minta dilepaskan. Helaan nafas yang pendek dihelakan dengan tenang. Kemerahan wajahnya menghilang. Perlahan, tangan Syamira dilepaskan oleh Fattah.

“Fattah... Aku sayang kau,” Syamira memandang suaminya dengan pandangan yang ikhlas.

Kelihatan tanda-tanda puas hati di wajah Fattah. Dapat jugak dengar ayat itu dari isteri dia sendiri. Perkataan bodoh tu, mungkin boleh diabaikan. Yang penting, Syamira dah sebut apa yang dia inginkan.

“Ehem,” Hareez bersandar di dinding dengan tangannya disilang. Bagai mendengar pecahan kaca, Fattah dan Syamira menoleh pantas.

“Kau baru sandar kat situ kan?” Fattah rasa tak sedap hati. Malu wey kalau Hareez dengar semua itu tadi. Muka Syamira pun dah start merah balik.

“Baru kejap aku duduk sini. Tapi cukup sekejap untuk tengok semua benda tadi,” Hareez mengangguk yakin.

“Tak, kau tak dengar pun,” Fattah tertunduk senyum. Aduih... Malunya sweet-sweet dengan bini depan kawan. Silap hari bulan, dia ungkit nanti. Jadi bahanlah jawabnya.

“Lantaklah... Jom ikut aku. Aku rasa kau nak dengar something dari Mazhan,” Hareez pun beredar tanpa menunggu.

Fattah dan Syamira masuk ke dalam sebuah bilik. Ada satu tingkap yang besar di depan mereka, dan di sebalik tingkap itu, kelihatan Mazhan sedang duduk dengan tangannya yang bergari, menjawab soalan dari Syamim.

“Jadi, memang betullah awak yang upah driver lori tu untuk langgar kereta Fattah?” soal Syamim, cuba mendapatkan kepastian. Kalau anggapannya betul, maknanya satu kes dah diselesaikan.

Mazhan mengangguk setelah berdiam seketika. Hareez tersenyum menang. Fattah dan Syamira berbalas pandangan.

“Sebelum ni? Awak juga ke yang rosakkan brek kereta Fattah? Awak juga ke yang cuba nak langgar Syamira sampai kaki dia cedera?” soal Syamim lagi. Mazhan mengangguk tanpa menunggu lama.

“Apa motif awak buat macam tu? Kalau awak cuba nak ancam keselamatan Fattah, saya faham. Tapi apa motif awak cuba nak cederakan Syamira?” Syamim menulis sesuatu di buku kecilnya.

“Aku cuba nak bunuh dia... Sebab setiap kali aku tengok dia, aku rasa aku ni lemah sangat-sangat. Aku rasa diri aku ni hina. Aku tak boleh lupakan semua ayat dia masa dia kata dia benci aku. Tapi bila aku tengok dia boleh survive semua taktik aku, aku rasa lebih baik aku siksa dia. Sebab tu aku datang nak culik dia,” jawab Mazhan.

Syamira tertunduk, seolah-olah dia yang bersalah menyebabkan semua ini berlaku. Tak pasal-pasal, orang lain terlibat. Nisa, pekerja dia, Fattah dan Fadza, semuanya menjadi mangsa keganasan Mazhan yang disebabkan olehnya.

Tiada ulasan: