Sabtu, 30 Mac 2019

Bab 9


Bab 9
I Love You I Miss You - Ukays

“Macam tu rupanya,” Syarfa mengangguk faham setelah Fadza habis bercerita. Di malam yang dingin tu, Syarfa, Erfaz dan Fadza sedang berdiri dan berbual tentang insiden petang tadi di depan rumah.

“So, macam mana Mazhan tu sekarang? Dia dah kena tahan kan?” soal Syarfa, risau dengan keselamatan Fattah.

“Entahlah tu... Polis tengah soal siasat dia sekarang ni. Fattah dengan Syamira ada kat sana. Nanti diorang balik, kita tanya dialah,” jawab Fadza. Mereka bertiga pun menoleh pada sebuah kereta yang masuk parking di situ.

“Fadza? Awak buat apa kat sini?” Vivy keluar dari kereta bersama Dazrien. Lalu, Vivy menghampiri Fadza yang tertunduk senyum. Vivy pun tersipu malu jugak. Macam biasalah, diorang kan... Tak tahulah apa kena dengan mereka ni. Asal jumpa jer, malu-malu. Dazrien pula, pergi berdiri di sebelah kakak kesayangannya, Syarfa.

“Ni lebam ke?” Vivy bersuara risau bila nampak kesan lebam di muka Fadza. Fadza yang tersentak, cepat-cepat mengalihkan mukanya ke tepi.

“Awak kena apa? Teruk nampaknya tu,” soal Vivy lagi, macam dia tu kekasih Fadza pula.

“Tak ada apalah... Saya terlanggar pintu jer tadi,” Fadza masih menyorokkan mukanya.

“Saya pun pernah terlanggar pintu. Tak adalah lebam sampai macam tu. Cakap... Cakap jujur dengan saya. Awak bergaduh ehh? Cepat cakap... I need your explaination,” Vivy bertegas nak tahu.

“Okay, okay... Saya explain,” Fadza menoleh pada Vivy. Takut pulak gadis tu marah-marah. Tapi, Fadza still nampak segan nak bercakap.

“Ehh... Sejuklah pulak kat luar ni. Jom kita masuk. Daz ada beli hot chocolate ni. Cukup untuk semua,” ajak Dazrien. Syarfa dan Erfaz mengangguk laju. Faham-faham jerlah niat Dazrien tu, nak kurangkan rasa malu Fadza.

“Betul tu... Sejuk kat luar ni,” Fadza cuba lari.

“Oh no... You will stay here until I get my explaination,” Vivy menghalang laluan Fadza dengan kedua tangannya. Dazrien, Syarfa dan Erfaz pun masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Vivy dan Fadza berbicara di luar.

Fadza mula bercerita setelah dipaksa. Vivy memberikan sepenuh perhatiannya pada cerita Fadza.

***

Di pertengahan cerita, kereta Fattah singgah di depan rumah. Pintu kereta di buka dan Fattah keluar bersama Syamira. Mereka nampak hairan tengok Vivy dan Fadza di luar rumah.

“Apahal berdiri kat luar ni? Ajaklah Fadza tu masuk,” soal Syamira. Fadza menolak lembut. “Tak payahlah. Aku datang kejap jer ni. Macam mana Mazhan?” soal Fadza pula.

“Beres. Dia dah mengaku salah. Kita tunggu jer apa polis nak buat lepas ni. Tapi untuk keselamatan, kitorang kena tinggal sini dulu buat sementara waktu,” Syamira dan Fattah pun sampai di depan Vivy dan Fadza. Semua mengangguk faham.

“Abang dengan kak Mira masuklah dulu. Vivy nak cakap something dengan Fadza sekejap,” pinta Vivy. Syamira mengangguk manakala Fattah menggeleng perlahan. Dari luar lagi, dia dah nampak kereta Erfaz.

“Biar kak Mira jerlah stay sini. Abang dengan Fadza nak balik kuarters. Jom Fadza,” ajak Fattah yang dah menghala ke arah keretanya di luar. Lalu, Syamira terus melangkah masuk ke rumah menemui Syarfa, Dazrien dan Erfaz.

“Err... Kau geraklah dulu. Nanti aku sampai,” Fadza tersengih-sengih, macam meminta sesuatu dari Fattah. Minta restu abanglah tu... Fattah buat muka tak ada perasaan dia tu.

Fadza terus meminta dengan muka seposen dia. Vivy pulak tertunduk segan. Nilah masa yang sesuai untuk mereka buang rasa ‘segan kalau bersama’ tu. Syarfa dan bagi green light. Fattah jer yang tinggal sekarang ni.

“Yelah... Vivy, jangan lewat sangat. Esok sekolah,” Fattah izinkan jerlah. Lagi pun, dia percaya pada Fadza tu.

“Thanks bro,” Fadza tersenyum gembira lalu melemparkan kunci rumah pada Fattah. Bila Fattah dah beredar, Fadza dan Vivy sambung berbual.

***

Seminggu telah berlalu... Hubungan antara Dazrien dan Sara semakin tergugat dek kerana cara yang Sara gunakan untuk menyembunyikan hubungan itu. Pada masa yang sama, Syarfa dan Erfaz semakin erat. Begitu juga dengan Vivy dan Fadza. Walaupun jarang dapat berjumpa, namun mereka semakin tidak kekok untuk bersemuka. Buat Fattah dan Syamira pula, mereka semakin mendalami maksud kehidupan berumahtangga. Setiap hari, mereka dapat menjalani kehidupan sebagai suami isteri dengan baik.

Dalam tempoh itu juga, banyak serbuan dan tangkapan berjaya dibuat oleh pasukan Hareez. Satu demi satu kejayaan berjaya dikecapi. Geng Ammar kelihatan lemah tanpa Mazhan. Mereka masih belum memberikan tindak balas terhadap penangkapan orang kanan Ammar itu.

Syamim juga, semakin dapat mendekati Hareez. Setiap operasi yang dijalankan, mereka jalankan bersama. Hareez tolong Syamim, Syamim pun tolong Hareez. Mereka semakin serasi.

***

Pagi itu, semua pelajar kelas 3 A1 dan 3 S1 berkumpul di depan sekolah ketika menunggu bas sampai. Hari kem dah tiba... Semua pelajar teruja. Siap dah pakai baju kelas masing-masing. Pelajar 3 A1 dengan t-shirt kuning, dan pelajar 3 S1 dengan t-shirt biru mereka. Syarfa dan Dazrien masih belum sampai. Anne pula yang kena uruskan pendaftaran seorang diri. Ada juga pelajar yang keluar membeli sarapan.

Di sebuah kedai 7-Eleven, Syamsul memilih makanan di rak sambil matanya mengintai Masya yang datang berbeli-belah dengan rakan-rakannya.

“Wei? Kau tak beli apa-apa lagi? Kitorang dah siap bayar dah,” Johan menyapa dengan tangan yang penuh. Masya pun beralih ke kaunter untuk bayar makanan yang dah dibelinya seorang diri.

“Okay, okay... Dah siap dah,” Syamsul ambil sebungkus roti dan menuju ke kaunter yang sama. Inilah peluangnya.

“Sebelas ringgit, lima puluh sen,” kata penjaga kaunter tu. Masya pun buka purse dan keluarkan duit RM 100 sekeping. Orang kaya...

“Maaf dik... Duit kecil sikit tak ada?” tanya penjaga kaunter tu. Masya check balik purse lalu menggeleng pada cashier tu.

“Biar saya bayar... Kira sekalilah,” Syamsul letakkan makanan yang dia beli bersama dengan duit RM 20 sekeping. Masya tak tahu nak kata apa. Thank you pun boleh kot.

“Thanks, Syamsul,” Masya senyum pada rakan sekelasnya itu. Syamsul membalas.

***

Di pejabat Datuk Khalid pula, Hareez dan Syamim sedang menunggu reaksi ketua mereka itu yang sedang membaca sehelai kertas laporan.

“Bagus... Inilah yang saya nak! Dah banyak tokan dadah kita dapat tangkap. Rampasan bernilai jutaan ringgit. Tak ada langsung anggota kita cedera. Strategi berkesan 100%. Kalau kita teruskan macam ni, kita akan dapat tumpaskan Ammar tak lama lagi,” Datuk Khalid jelas nampak gembira. Makin naiklah nama dia nanti.

“Hareez... Saya nak awak kekalkan prestasi macam ni. Kalau boleh, kurang-kurangkanlah dapatkan maklumat dari orang lain. Kita tak nak ada orang lain yang terancam,” Datuk Khalid betulkan cermin matanya.

“Saya faham, Datuk... Maklumat yang saya dapat dari Fiqa dan Erfaz tu dah cukup banyak. Saya akan berhenti minta bantuan mereka, dan cuba untuk selesaikan kes ni dengan Syamim,” Hareez mengangguk faham.

“Bagus,” Datuk Khalid bersandar di kerusinya. Krik krik... Krik krik...

“Tunggu apa lagi? Keluarlah!” sergahnya. Barulah Hareez dan Syamim lari lintang pukang keluar dari pejabat tu. “Itu pun nak kena suruh lagi!” sambungnya.

***

Semua pelajar berkumpul di depan sekolah bila bas dah pun sampai. Setelah bas berhenti, mereka pun letakkan beg pakaian masing-masing dalam bonet bas tu.

“Okay! Semua boleh naik dan duduk dengan sopan. Lelaki dengan perempuan, jangan duduk sekali. Kalau duduk jugak, nanti aku campak keluar tingkap,” arah pengetua serius. Tapi, macam biasalah. Serius ke tak serius, jadi lawak juga kalau pengetua yang bercakap. Semua pelajar dan guru pengiring gelak.

Kereta Toyota Land Cruiser putih yang bernombor DAZ 2001 pun sampai di tempat parking tu. Setelah enjin dimatikan, Dazrien keluar bersama Syarfa.

“Nasib baik datang,” pengetua menjeling. Pun ada yang ketawa.

Tapi baru mereka perasan. Dazrien dan Syarfa memakai t-shirt kelas yang serupa, tapi berbeza dengan pelajar 3 S1 yang lain. Mereka berdua memakai t-shirt berwarna merah dengan lengan panjang berwarna hitam. Design dah sama, cuma warna jer yang lain. Patutlah Syarfa dah cakap awal-awal, jangan terkejut dan jangan marah.

Bila Dazrien datang mendaftar dengan Anne, semua orang tersedar. Anne pun pakai baju yang sama dengan Syarfa dan Dazrien.

“Teacher... Mana aci macam ni!” rungut pelajar 3 S1. Syarfa sengih buat muka tak bersalah.

“Kan teacher dah cakap awal-awal,” Syarfa angkat peace sambil naikkan keningnya.

Diorang pun senyum pasrah jelah... Bukannya diorang nak marah sangat. Dahlah Syarfa yang bayarkan semua baju tu. Apa salahnya kalau Syarfa, Dazrien dan Anne dapat yang special sikit?

***

Hareez dan Syamim duduk di meja mereka di kafeteria sambil membawa gelas masing-masing. “Kopi jer yang awak suka minum kan? Air lain banyak lagi kot kat sini,” ujar Syamim.

Tapi Hareez diam jer. Angguk tak, geleng tak, berdeham pun tak. Tenung jer gelas dia yang penuh tu. Seolah-olah dia bukan di situ.

“Alaa... Datuk Khalid tu biasalah. Ni bukan first time dia sergah kita macam tu. Takkanlah dah terasa hati kot,” Syamim pun mengacau airnya.

“Bukan pasal tulah, awak,” barulah tangan Hareez bergerak juga mengacau airnya. “Dah tu? Pasal apa?”

“Syarfa... Saya dah lama tak dapat jumpa dia. Jadual operasi kita padat sangatlah. Kalau ada masa free pun, Syarfa pulak yang tak free. Yang saya risau sekarang, dia dah makin rapat balik dengan Erfaz. Apa kata kalau kita slow kan operasi kita? Boleh bagi team kita rehat sikit,” cadang Hareez dengan muka kesiannya.

“Tak boleh... Mazhan dah kena tangkap. Ammar tu masih bebas lagi. Dia takkan duduk diam jerlah kalau orang kanan dia dah kena tahan. Bila-bila masa jer dia akan bertindak. Kita kena selalu bersedia. Lagi cepat kita buat serbuan, lagi cepatlah kita dapat tangkap dia,” Syamim menghirup dari gelasnya.

“Saya tahu tu... Tapi,”

“Tak ada tapi-tapi... Kita kena buat tangkapan sebanyak yang mungkin. Kita dah makin dekat dengan Ammar ni. Dah banyak orang dia dalam tahanan kita.

And one more thing, awak tak boleh campurkan hal peribadi awak dalam urusan kerja. Time kita kerja, kita kena kerjalah. Masa off pun awak boleh jumpa Syarfa,” Syamim memotong panjang.

Hareez mengeluh. Memang betul apa yang Syamim cakap. Tapi Hareez tetap tak dapat terima. Dia rasa, Syamim tak faham situasinya sekarang. Dia anggap, kalau Syamim berada di tempatnya, Syamim pun akan berfikir sepertinya.

“Okay macam ni, Syamim. Kita skip satu hari jer. Kerja hari ni, kita buat esok. Please... Lagipun hari ni bukan operasi serbuan, cuma siasatan jer,” Hareez senyum, cuba meyakinkan Syamim untuk mengubah fikiran.

“Hmm... Kalau awak nak sangat jumpa Syarfa tu, pergilah. Biar saya jer yang cari maklumat lagi,” Syamim sambung menghirup airnya sampai habis lalu beredar.

***

Di sekolah, Syarfa dan Dazrien sempat melencong ke kantin untuk bertemu Vivy.

“Betul ke tak nak kitorang tunggu? Kalau nak, boleh jer. Lepas Vivy ambik anugerah tu, kitorang bertolaklah dengan kereta. Biar bas pergi dulu,” Syarfa tanya buat kali terakhir.

“Tak payahlah. Akak pergi jerlah dengan Daz naik bas. Akak kan cikgu, akak kena sampai awal. Tak apa... Vivy sorang pun tak apa. Lagipun kawan-kawan Vivy pun datang sorang jer. Mak ayah diorang sibuk jugak,” jawab Vivy.

“Yelah kalau macam tu. Kitorang pergi dulu yer? Kesian diorang dah tunggu lama kat luar,” Syarfa pun hulurkan tangan untuk bersalam. Vivy mencium tangan Syarfa dan beralih pada Dazrien pula.

“Take care, my charming guy,” Vivy memeluk Dazrien seerat-eratnya. Hehe, Dazrien tertawa kecil. Setelah pelukan itu terlerai, mereka pun bersurai. Waa, pantun tu...

***

“Amiin, ya rabbal alamin,” semua cikgu dan pelajar mengaminkan doa yang dipimpin oleh Dazrien. Anne pun turut tadah tangan masa baca doa tadi. Bila diberi arahan, semua orang pun naik bas.

“Aku tak nak duduk belakang. Nanti lambat sampai,” kata Johan disambut gelak tawa semua orang.

“Wey! Tingkap tak boleh bukaklah... Siapa rasa nak kentut, baik kentut kat luar sekarang!” kata Syamsul pula. Gelak tawa pun mengisi suasana dalam bas tu.

“Man! Man! Kau kat mana? Bukak lampu wei, Man dah hilang!” sambung Arif. Makin meriah suasananya.

“Zi? Apasal kau duduk belah kanan? Kenderaan berat ikut kirilah!” Dazrien turut menyakat. Budak-budak 3 S1 memang bising dalam bas tu. Pelajar 3 A1 tumpang gelak jer...

Bas pun bertolak setelah enjin panas. Syarfa duduk kat depan sorang-sorang. Janggal juga Syarfa rasa sebab selalunya Dazrien akan ada di sebelah.

“Cikgu! Dazrien tertinggal!” ada orang sound kat belakang bila bas dah keluar dari kawasan sekolah.. Syarfa tutup mulut, tertawa kecil.

“Tertinggal macam mana pulak? Tadi ada menyakat Fauzi?” soal pengetua yang risau.

“Teacher Anne pun tak ada ni,” budak perempuan mencelah.

“Hmp... Biarlah dua ekor tu,” pengetua menggeleng dengan senyuman kecil. Dah menghilang senyap-senyap rupanya. Patutlah Syarfa tak nampak risau.

***

Syamim matikan kereta di tepi hutan. Menurut peta dan gambar yang dia curi dari Erfaz, inilah salah satu dari tiga tempat yang disyaki.

“Sibuk dengan urusan peribadi, bukan alasan tak nak kerja. Awak tunggulah nanti, Hareez. Saya akan buktikan, yang saya boleh buat tanpa awak,” Syamim bersedia dengan pistol serta ves kalis pelurunya.

Untuk mengelakkan dikesan, Syamim keluar dan berjalan ke dalam hutan tu. Sangat perlahan dan cekap, Syamim merentasi hutan yang tebal itu tanpa sebarang bunyi.

Krak! Syamim pusing belakang dan mengacukan pistolnya. Dia terdengar ranting patah, tapi bukan Syamim yang menyebabkannya. Tumpuan diberikan sepenuhnya di sudut itu. Tapi, langsung tak ada apa. Tanpa berfikir panjang, Syamim menyambung perjalanannya.

Akhirnya, jalan keluar. Syamim mengekalkan rentaknya sampai ke hujung hutan dan keluar.

Syamim tersenyum gembira. Gudang yang dia jumpa di depannya itu, memang sama seperti dalam gambar. Lagi memuaskan hatinya, ada beberapa orang sedang memunggah bungkusan-bungkusan besar yang sama rupanya dengan bungkusan yang dirampas sebelum ini dengan mencurigakan.

“Aku tak boleh buat sorang ni. Kena bagitahu Hareez,” fikir Syamim.

“Cari siapa?” seseorang menyapanya dari belakang. Syamim yang tersentak pantas menoleh.

***

“Dah sampai... Tak sabarnya,” Anne menggosok tapak tangan bila pelayan meletakkan mee goreng yang dipesannya. Dazrien pun tak adalah segembira tu bila nasi gorengnya sampai tadi.

“Berianya teacher nak makan. Macam tak makan seminggu,” bila makanan Anne dah sampai, barulah Dazrien boleh ambil sudu dan garfu. Dari tadi lagi Anne suruh dia tunggu, nak makan bersama katanya.

“Betullah seminggu. Dah lama saya tak dapat makan dengan awak. Ehh, tunduk!” Anne dan Dazrien pantas tundukkan kepala bila nampak bas yang disewa sekolah mereka melintas di tepi kedai tempat mereka singgah makan.

“Diorang tak nampak kan?” Dazrien angkat kepala perlahan-lahan bila bas tu dah jauh.

“Of course tak... Okay, sambung cerita awak. Apa jadi lepas awak semua pindah masuk kat rumah baru tu?” tanya Anne yang dah mula menjamu selera.

“Ehem... Begini,” Dazrien mulakan ceritanya.

***

13 tahun mereka tinggal bersama. Selama tempoh itu, mereka baik-baik saja. Langsung tak ada perbalahan sehinggalah berlakunya isu antara Erfaz dan Fattah. Ketika itu, Dazrien berusia 13 tahun. Pada tahun itu juga, Dazrien juga mula membenci Erfaz setelah berlakunya satu peristiwa.

Dalam tempoh setahun itu, Erfaz telah hadapi pelbagai ujian untuk terus berkasih dengan Syarfa. Fattah dan Vivy membencinya. Dan ujian yang paling besar ialah Dazrien yang mula berubah perasaan. Kalau pendapat Fattah dan Vivy, Syarfa masih boleh tolak. Tapi kalau Dazrien, Syarfa akan akur. Namun, Erfaz dan Syarfa tidak berputus asa dalam mempertahankan hubungan mereka. Syarfa tetap memujuk adik-adiknya untuk menerima Erfaz. Walaupun tidak berhasil, mereka tetap bersama.

Pada tahun ke-14 mereka bersama, Dazrien terbabit dalam satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan dia lupa tentang peristiwa hitam yang membuatkannya benci terhadap Erfaz. Dari situ, dia kembali menyukai Erfaz dan kembali mendorong Syarfa untuk terus berkasih dengannya sehingga sekarang.

***

“Awak memang tak ingat ke, kenapa awak benci abang Erfaz dulu?” Anne memotong.

“Tak langsung. Kak Fa, abang Erfaz pun tak tahu. Sebab diorang kata, saya berahsia pasal perkara tu dulu. Saya tak ada bagitahu siapa-siapa pun. Then, saya sendiri tak ingat. Kalau saya pun tak ingat macam mana orang lain nak tahu kan?” Dazrien tertawa kecil.

“Yup... Okay, sambung,” Anne mengangguk.

“The End,” Dazrien tepuk tangan.

“Aikk? Cepatnya? Memang tu je ke ceritanya?” Anne tak jadi nak menyuap. Dazrien angguk. Anne mengeluh perlahan. Tapi tak apa... Puas hati jugalah dia sebab dah kenal Dazrien dengan lebih mendalam.

***

“Kalau boleh, kau rapatlah dengan Fiqa tu. Kitorang perlukan bantuan dia. Lepas kes ni selesai, Ammar ditangkap, kau buatlah apa yang kau nak. Tapi buat masa ni,  kau kena buat dia selalu dekat dengan kau,” pesanan Hareez membisik-bisik di telinga Fattah.

“Selagi Mira tak syak apa-apa, selamatlah kau, Fattah,” Fattah mendongak dan bersandar di dinding.

Ketika menunggu Fiqa di depan pintu rumahnya, Fattah terlihat sepucuk surat yang digumpal dalam bakul sampah. Bukan surat jer, ada sebotol ubat lagi. Rasa ingin tahu mulalah menekannya. Fattah ambil botol ubat tu dan baca namanya. Kemurungan? Fattah buka surat itu pula.

“Fiqa... Inilah peluang terbaik untuk awak. Kerap-keraplah jumpa Fattah lepas ni. Jangan lepaskan peluang yang awak takkan jumpa lagi lepas ni,” Fattah membaca isi surat itu.

Apakah? Adakah pertemuan antara Fiqa dan Fattah ini, bukan satu kebetulan? Adakah ianya telah dirancang? Kenapa Fattah dianggap sebagai peluang terbaik pada Fiqa? Persoalan mula terbit di hati Fattah.

“Okay... Jom gerak,” Fiqa keluar dari rumahnya. Surat yang dibaca Fattah tadi pantas disimpan dalam poket. Macam tiada apa-apa yang berlaku, Fattah senyum pada Fiqa sebelum memulakan perjalanan mereka.

***

Bersebelahan tingkap pejabatnya yang besar, Hareez memandang ke luar sambil berfikir. Nak call ke tak ya? Dah lama tak jumpa dia ni. Tapi, kalau dia tak nak keluar macam mana? Alaa, tak kisahlah. Dapat dengar suara dia pun jadilah. Hareez terus call Syarfa.

“Aikk? Nombor siapa ni?” soal Syarfa dalam hati. Bas yang dinaikinya masih dalam perjalanan.

“Assalamualaikum,” Syarfa jawab panggilan tu. Hati Hareez bersorak gembira.

“Waalaikumussalam... Syarfa, apa khabar?” Hareez bertenang dulu. Kalau nampak beria sangat, rimas juga Syarfa tu nanti. Syarfa mengeluh kecil. Hareez rupanya. Suara itu dapat dia cam.

“Baik jer... Awak pulak?” balas Syarfa lembut, nak menjaga perasaan Hareez.

“I am better now... Tapi saya lagi better kalau dapat keluar dengan awak. Petang ni, kat tasik, okay?” Hareez mula berdebar. Harap-harap, dia nak.

“Awak... Awak tak ingat ke? Sara kan ada kem. Saya ni cikgu pengiring,”

Pap! Hareez menepuk dahi sendiri. Macam mana dia boleh lupa pasal kem Sara tu? Padahal, dia sendiri yang hantarkan Sara dengan begnya sekali pagi tadi.

“Ouh... Baru saya ingat. Apa kata kalau,” tak sempat Hareez nak ajak Syarfa buat video call, talian dimatikan.

Syarfa juga hairan. Bercakap tak habis lagi, Hareez dah letak dah. Emm, mungkin bateri dia habis kot. Syarfa pun simpan semula telefonnya lalu sambung melayan movie di TV.

***

“Okay... Baik aku join operasi dengan Syamim,” Hareez pun bangun menuju keluar. Sampai di lobi, telefonnya berdering. Gambar Syamim terpampang di skrin. Panjang umur dia ni.

“Haa, Syamim... Awak kat mana? Jomlah buat operasi,” ujar Hareez.

“Hareez! Tolong saya... Ada orang culik saya! Saya tak tahu saya kat mana sekarang... Gelap sangat kat sini. Nasib baik diorang tak ingat nak ambil telefon saya,” kata Syamim dengan cemas.

Hareez tersentak. “Apa awak cakap ni? Hei, jangan berguraulah,” Hareez cuba patahkan gurauan Syamim.

“Awak ingat saya main-main ke? Saya tak berguraulah! Buat apa nak bergurau pasal macam ni kalau saya tahu yang awak tak pedulikan orang lain selain Syarfa?!

No! Hareez! Ada orang datang!” Syamim tidak lagi bersuara.

“Syamim... Syamim! Siapa datang?!” Hareez mula risau. Namun panggilan terus ditamatkan. Hareez cuba call semula tapi tak dapat.

Macam-macam bayangan buruk mula terbayang di fikirannya. Apa yang perlu dia buat sekarang? Dia tak tahu di mana Syamim berada dan siapa yang menculiknya?

***

Vivy duduk bersama rakan-rakannya di dalam dewan sambil mendengar ucapan penolong kanan pentadbiran. Mereka semua memakai jubah konvo yang cantik. Itulah yang layak Vivy pakai apabila dia akan menerima anugerah pelajar cemerlang tak lama lagi.

Semuanya nampak gembira. Ada juga antara mereka, sedang bergambar bersama-sama. Setiap wajah yang ada di dewan itu, dihiasi dengan senyuman kegembiraan.

Namun, Vivy rasa tak senang hati. “Mana dia ni?” Vivy menoleh ke belakang, di mana ada ramai tetamu. Keluarga, waris, guru-guru, semuanya hadir ke majlis yang meriah tu.

“Dah pukul 10 dah. Takkan tak bangun tidur lagi,” Vivy memandang ke depan semula.

“Nak kata kerja, tak. Dia satu group dengan abang. Abang off hari ni,” Vivy menggumam.

Penolong kanan pentadbiran pun selesai berucap dan merasmikan majlis penyampaian anugerah itu.

“Sekarang, tibalah masanya untuk Yang Dihormati, pegawai pendidikan daerah diiringi para pentadbir sekolah untuk naik ke pentas bagi menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang tingkatan 5. Dengan segala hormatnya, dipersilakan,” itulah tandanya.

Vivy dan rakan-rakannya duduk dengan tegak, menunggu nama dipanggil. Masing-masing tak sabar nak banggakan ibu-bapa.

“Dimulai dengan pelajar-pelajar cemerlang tingkatan 5 Sains,” kata pengacara majlis. Itu bukan kelas Vivy. Masih ada peluang untuk dia menerima anugerahnya dengan disaksikan orang yang dinantikan.

***

“Hello... Ada apa call ni?” Fiqa menjawab panggilan. Ketika itu, dia dan Fattah sedang melihat kerja-kerja pelengkapan di premis yang disewa olehnya. Bila siap nanti, tempat tu akan jadi Cafeeqa, sebuah kafe idaman Fiqa sejak kecil lagi. Kafe yang dilengkapi dengan perpustakaan mini, kemudahan internet serta galeri seni itu, akan menjadi terkenal di sekitar bandar tak lama lagi.

“OMG... Okay, aku datang sekarang,” Fiqa simpan semula telefonnya dan beralih pada Fattah.

“Emergency?” Fattah menduga. Fiqa mengangguk, dan menggeleng. “Saya terlupa. Hari ni kawan-kawan saya ada buat reunion. I’m sorry, I have to go,” Fiqa tunduk memohon maaf.

“Tak apalah... Pergilah cepat. Nanti kawan awak tu menunggu pulak,” Fattah senyum kecil.

Selepas Fiqa pergi, Fattah terus masuk kereta dan menuju ke satu tempat. Alamat tempat tu, tertera dalam surat yang dibacanya tadi. Ianya, sebuah banglo mewah yang besar. Fattah berhenti di depan pagar.

“Boleh saya nak jumpa, cik Emma?” kata Fattah yang masih di dalam keretanya. Guard itu memandang Fattah dengan serius. Tak cukup dengan tu, dia siap intai dalam kereta Fattah.

“Encik ni siapa?” soalnya balik. “Fattah,” jawab Fattah ringkas.

“Tunggu sebentar,” guard tu pun menuju masuk ke dalam banglo. Tak lama lepas tu, dia datang balik dan menyuruh Fattah meletakkan keretanya di dalam.

Di dalam rumah besar itu, Fattah duduk di ruang tamu sementara menunggu Emma datang. Rumah tu memang nampak mewah. Tapi mewahnya, ada rupa seperti rumah seseorang. Design rumah tu... Hampir sama dengan design rumah... Erfaz!

“Encik Fattah... Maaf sebab menunggu,” Emma menyapanya dari belakang.

***

Vivy berada di luar dewan sambil memegang sejambang bunga serta sijil anugerah yang diterimanya tadi. Orang yang dia nantikan, tak sempat melihatnya menerima anugerah itu.

Tapi, Vivy kena naik sekali lagi lepas ni. Anugerah tadi, pelajar cemerlang alirannya jer. Lepas ni, dia akan terima anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah 2018 pula, atas kejayannya mendapat kesemua 11 A.

“Kalau dia tak datang jugak, siaplah dia!” getus hati Vivy sambil melihat sekitar tempat letak kereta.

“Vivy,” teacher Azny menepuk bahunya. Vivy menoleh bersama senyuman manis pada guru kelasnya itu.

“Kenapa sedih ni?” tapi senyuman palsu itu dapat dikesan oleh teacher Azny. Teacher Azny kenal sangat dengan adik-beradik Syarfa ni. Semua sikap diorang, dia dah tahu.

“Hmm... Nothing,” Vivy tundukkan kepalanya.

“Sedih kak Fa tak dapat datang ke?” teacher Azny tunduk mencari wajah pelajar kelasnya itu. Vivy menggeleng.

“Saya faham kak Fa sibuk... Tapi orang lain yang tak dapat datang,” jawab Vivy. Berkerut kening teacher Azny, memikirkan siapa yang Vivy maksudkan.

“Siapa tu?” soal teacher Azny. Vivy angkat muka sambil tersenyum malu. “Adalah,” katanya.

“Sekarang... Dijemput pegawai pendidikan daerah, diiringi pentadbir-pentadbir sekolah untuk menyampaikan anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah 2018 kepada pelajar yang telah mendapat keputusan peperiksaan terbaik dalam peperiksaan baru-baru ini,” pengumuman dibuat.

“Haa... Get readylah. Yang ni, biar teacher pegangkan,” teacher Azny ambil bunga dan sijil dari tangan Vivy. “Thank you, teacher,” Vivy masuk ke dalam dewan semula, menunggu namanya dipanggil.

Dari tempat dia berdiri, dia melihat ke arah pintu depan dewan. Masih tak ada tanda-tanda yang orang itu akan datang. Vivy tertunduk kecewa.

Nama Vivy pun dipanggil. Sebelum melangkah naik, Vivy sempat melihat ke arah pintu depan dewan buat kali terakhir.

Itu dia! Fadza dah sampai. Walaupun Fadza nampak tercungap-cungap mengejar nafas, dia dah sampai. Satu senyuman mula terukir di wajah Vivy setelah lama ianya tidak hadir di situ. Fadza membalas senyuman itu walaupun nafasnya masih kencang.

Vivy melangkah naik dengan penuh kegembiraan. Anugerah yang diterimanya itu, diterima dengan penuh bangga. Fadzalah orang yang membuatkan keadaan kembali menjadi seperti yang sepatutnya.

Sekarang, baru Vivy boleh gembira dengan pencapaiannya. Fadza nampak sungguh bangga. Kebanggaan itulah yang mendatangkan rasa gembira pada Vivy.

Tepukan mula bergemuruh dalam dewan itu. Senyuman kegembiraan Vivy itu membuatkan semua orang juga berasa bangga dengan pencapaiannya.

Setelah Vivy turun dari pentas, dia terus berlari anak ke pintu depan untuk menemui teman lelakinya, Fadza yang lewat untuk datang melihatnya diberi anugerah.

“Awak lambat!” Vivy memukul perlahan dada Fadza. Fadza sedikit berundur dengan muka seposennya.

“I am sorry... Saya bangun lewat tadi. Lepas subuh, saya tidur balik,” Fadza satukan tapak tangannya, memohon ampun dari Vivy.

“Nasib baik saya naik dua kali, and awak terlepas satu jer. Kalau tak, saya memang tak nak jumpa awak lagi sampai bila-bila,” Vivy memuncung.

“Bertuah jugak saya kan?” Fadza tersenyum lega.

“Tak jugak... Awak ingat saya maafkan awak ke? Not that easy,” Vivy membuang pandangan. Fadza tertawa kecil.

“Okay, okay... What can I do for you?”

“Nothing,”

Fadza makin tersenyum. Vivy nampak manja sangat. Sikap itulah yang semua lelaki suka. Dengan adanya seseorang yang manja dalam hidup diorang, semua masalah akan kurang terasa bebannya.

Sedar tak sedar, mereka dah tak lagi rasa awkward macam dulu. Selalunya, tersipu-sipu, tunduk-tunduk, senyum-senyum jer. Sekarang, dah boleh bergurau dan merajuk bagai.

***

Kembali ke rumah Emma. Mereka berdua duduk di ruang tamu sambil bercakap tentang Fiqa.

“Fiqa tu dah macam seorang adik pada saya. Kami sekolah bersama, belajar bersama, membesar pun bersama. Kalau bukan kerana ayah dan ibu dia yang tolong saya dulu, saya takkan jadi macam sekarang. Mungkin saya akan jadi pengemis kat depan rumah dia. Or at least, jadi orang gaji kat sini,” kata Emma. Fattah mengangguk faham.

“Sejak dia putuskan hubungan dengan Ammar, dia mengalami kemurungan. Saya tak pernah tengok dia senyum pun lepas tu. Setiap hari, dia benci semua orang. Dia tak nak tengok siapa-siapa pun.

Tapi bila dia jumpa awak, dia mula gembira semula. Setiap hari, dia akan cerita pasal awak kat saya. Dia kata, awaklah satu-satunya lelaki yang boleh buat dia lupakan tentang Ammar dan kenangan buruknya dulu. Sebab tu, saya cadangkan supaya dia terus rapat dengan awak. Macam dalam surat tu,” jelas Emma.

“Tapi saya dah kahwin,” Fattah bersuara. Emma tersentak.

“Saya dah ada isteri. Saya tak boleh terus rapat dengan dia macam sekarang ni, kalau dia anggap saya lebih dari seorang kawan. Sebagai kawan, ya saya boleh gembirakan dia. Tapi kalau lebih dari tu, bermakna saya dah tipu isteri saya,” sambung Fattah.

Mereka berdiam tanpa suara. Emma langsung tak sangka yang Fattah ni dah kahwin. Fiqa tak pernah pun cerita pasal tu.

“Kalau macam tu, tak apalah. Nanti, saya akan cakap dengan Fiqa. Saya minta maaf bagi pihak dia, kalau dia ada jejaskan rumah tangga awak,” ujar Emma.

“Tapi... Saya faham keadaan dia. Saya diajar, untuk selalu tolong orang. Baik, saya akan cuba gembirakan dia, sampai dia sembuh dari kemurungan,” Fattah tersenyum yakin.

Begitu juga dengan Emma. Betapa gembiranya dia bila Fattah bersetuju untuk menolong orang yang paling dia sayang, Fiqa. Hanya Fattah yang mampu menolongnya.

“Tapi ingat, Emma... Saya tolong, hanya sebab Fiqa. Tak bermakna, saya dah maafkan awak. Perbuatan awak dengan Erfaz dulu, saya takkan lupakan,” Fattah bertegas pula.

Emma mengeluh panjang. “Fattah... Perkara tu dah bertahun-tahun lamanya. Lupakanlah,” katanya.

“Tak semudah tu. Awak dan Erfaz dah tipu kakak saya. Saya dan Vivy nampak dengan mata kitorang sendiri,” tegas Fattah.

“Kalau saya boleh terangkan, saya terangkan pada awak. Tapi Erfaz yang tak bagi. Dia sendiri yang nak terangkan pada awak, Vivy, Dazrien dan Syarfa,” Emma mempertahankan diri sendiri.

“Yaa... Kalau saya kat tempat awak, saya pun akan bagi alasan macam tu,” Fattah bangun dan terus beredar.

***

Di pejabat Datuk Khalid. “Semua faham? Baik, bersurai,” Datuk Khalid tak menunggu jawapan, terus mengarahkan semua pegawainya keluar. Lalu, dia memandang ke luar tingkap.

Amat sukar untuk dia menerima perkara ini. Tidak disangka-sangka, akan ada seseorang yang berani bertindak ganas dengan menculik seorang inspektor polis. Inilah kes penculikan pegawai polis yang pertama baginya. Yang lebih menggemparkan, yang diculik itu ialah anaknya sendiri, Syamim.

Walaupun Syamim cuma anak angkat, Datuk Khalid tetap menyayanginya seperti anak kandung sendiri.

“Hareez, awak tunggu dulu,” kata Datuk Khalid. Hareez pun menutup pintu dan kembali ke depan meja Datuk Khalid.

“Ada apa, Datuk?” tanya Hareez.

“Saya rasa kes ni ada kaitan dengan Ammar. Sebab itulah satu-satunya kes yang Syamim tengah handle,” Datuk Khalid masih tidak menoleh. Hareez mengeluh panjang.

“Saya pun rasa macam tu, Datuk. Saya akan cuba siasat sebaik mungkin,” Hareez mengangguk.

“Bagus... Dah tu? Tunggu apa lagi?! Keluarlah!” pantas Datuk Khalid menjerkah. Hareez kelam kabut berlari keluar.

***

Tepat pukul 1 tengah hari, bas yang dinaiki Syarfa dan pelajar-pelajarnya tiba di destinasi. Semua orang turun dan regangkan badan masing-masing. Leganya... And yang paling melegakan, bila akhirnya mereka dapat hirup udara segar di bawah sinar matahari yang hangat.

Syarfa dan puan pengetua terus bercakap dengan penyambut tetamu yang datang menyambut mereka. Kemudiannya, Syarfa mengumpul semua pelajar. Pengetua yang bercakap.

“Okay... Sekarang, semua boleh ambil beg masing-masing dan berkumpul di dewan. Kita akan adakan taklimat ringkas,” arahnya.

Sampai di dewan, Fauzi menolak pintu itu.

“Haa! Sini kau rupanya? Kitorang dah cemas ingatkan kau dah tertinggal tadi!” Fauzi dan rakan-rakannya lepaskan beg ke lantai, lantas menyerang Dazrien yang tengah mengemas meja bersama Anne.

“Woi, hahaha!” Dazrien lari sambil tertawa kuat. Setiap sudut telah dikepung dan akhirnya, Dazrien ditangkap. Teruk dia ‘dikerjakan’ oleh geng dia sendiri.

Anne tengok jer sambil bertepuk tangan. Geli hati dia bila tengok Dazrien dipegang dan digeletek beramai-ramai. Selalunya, Dazrien yang buat macam tu pada orang lain. Hari ni, dia yang kena balik. Padan muka!

Diorang pun berhenti. Takut menangis pula Dazrien tu nanti. Dengan bantuan geng dia, Dazrien diangkat bangun.

“Beg macam tuan. Besar, halang jalan orang,” Hazwan yang baru masuk, menolak beg Fauzi yang ditinggalkan di depan pintu dengan kakinya. Bukan beg Fauzi jer, yang lain pun kena tolak sama. Semuanya ditolak dengan kaki.

“Macam tuan? Haa, ni tuan dia datang,” Fauzi menyising lengan bajunya dengan geram dan melangkah ke arah sekumpulan lelaki 3 A1 yang berada di pintu tu. Yang lain pun turut hilang sabar. Dengan kaki weh... Kurang ajar betul tu... Namun, Dazrien sempat menahan mereka.

“Kau ambik beg kau, sudah. Takkan kat sini pun nak bergaduh,” kata Dazrien tegas. Fauzi mengangguk. Dengan langkah sombong, mereka pun menuju ke pintu dan mengambil beg masing-masing.

Geng lelaki 3 A1 tidak langsung berganjak. Mereka rasa gembira dapat tengok geng 3 S1 membongkok di depan mereka.

Tak nak lama di situ, geng 3 S1 terus beredar, tetapi tidak Fauzi. Dia terus merenung semua budak lelaki 3 A1 dengan bengis. Pandangan tajamnya dibalas.

“Ah choo!” Fauzi buat-buat bersin, terperanjat semua budak 3 A1. Lalu, dia beredar dengan selamba.

“Kau sini, gemuk!” marah budak-budak 3 A1 tu dibuatnya. Adrian yang turut tergelak menahan mereka. “Dia bersin jer kot,” Adrian menarik semula rakan-rakannya.

Lalu, dia dan Dazrien berbalas senyuman.

Semua orang dah masuk ke dalam dewan tu. Yang terakhir ialah, Syarfa. Dazrien dan Syarfa sama-sama sedar akan kehadiran satu sama lain. Dengan berlari anak, mereka saling menghampiri.

Syarfa terus mendakap Dazrien di dalam pelukannya. “I Miss You,” bisiknya. Dazrien tersenyum lebar sambil mengusap bahu kakaknya itu.


“Dah rindu? Berapa lama ya kita tak jumpa? 4 jam rasanya,” balas Dazrien. Syarfa tak menjawab, terus menikmati saat-saat memeluk adik kesayangannya.

Tiada ulasan: