Jumaat, 12 April 2019

Bab 10

Bab 10
Perasaanku – Fieya Julia

“Emma?!” bagai mendengar letupan, jantung Vivy terus berdegup laju. Setelah bertahun lamanya dia tidak mendengar nama itu, sekarang baru dia muncul kembali. Apa pulalah yang perempuan tu nak kali ni? Tak cukup lagi ke dia menipu Syarfa bersama Erfaz dulu? Apa lagi yang hendak dia rosakkan?

Kerana perempuan itulah, Fattah dan Vivy  mula membenci Erfaz. Kerana perempuan itulah, hubungan kekeluargaan yang indah dan bahagia antara mereka berlima berakhir. Makin bertambah kebenciannya terhadap Erfaz.

“Nanti balik, abang cerita lagi. Vivy, jangan balik lewat sangat taw. Abang nak jumpa kak Mira dulu,” Fattah terus letak, meninggalkan Vivy yang masih dalam kebingunan.

Macam mana Fattah boleh berjumpa dengan perempuan tu? Apa akan terjadi lepas ni? Syarfa dan Erfaz dah berbaik semula. Adakah semuanya akan kembali rosak tak lama lagi? Adakah Syarfa akan dikecewakan nanti? Persoalan itu membuatkan Vivy leka daripada keadaan sekeliling.

“Ouch!” Vivy ditolak sehingga rebah ketika beg tangannya dah dibawa lari oleh seorang lelaki yang terus memecut laju. Namun Vivy masih bingung. Semuanya terjadi dengan cepat..

“Vivy?! Vivy... Awak okay ke?” Fadza datang melutut di sebelahnya. Vivy mengangguk. “Beg saya?” Vivy pun bangun bersama Fadza.

Melihat ke arah peragut tu lari tadi, mereka nampak ada dua orang tengah bergaduh. Bila dah kalah, peragut tadi terus lari meninggalkan begnya di di belakang. Selepas mengambil beg itu, lelaki yang menang tadi mendekati Vivy.

“Awak okay? Ehh? Vivy?” soal Hareez sambil menghulurkan beg Vivy. Vivy juga terkejut.

“Abang Hareez kan? Kawan kak Fa?” Vivy meneka dengan telunjuknya. Hareez mengangguk sekali sambil melihat keadaan Vivy.

“Vivy okay ke tak ni? Ada luka kat mana-mana ke?” soal Hareez, risau. Vivy kelihatan sedang menahan sakit di sikunya.

“Tunggu sini,” Hareez menyising lengan baju ke siku untuk mencari peragut tadi.

“Ehh... Tak apalah abang. Sikit jer ni,” Vivy menahannya. Hareez mengeluh dengan geram. Nasib baik Vivy halang...

“Thanks sebab tolong Vivy. Vivy tak tahu macam mana nak berterima kasih dengan abang. Kalau abang tak tolong Vivy tadi, entahlah macam mana,” Vivy tertunduk menghormati Hareez.

“Tak apa... Memang tugas abang. Tapi Vivy tu, lain kali kena hati-hati. Tak ada tempat yang selamat kat dunia ni. Okaylah... Abang ada kerja sikit ni. Fadza, jaga Vivy elok-elok,” Hareez terus beredar.

Fadza dan Vivy ditinggalkan dengan muka blur. Macam mana dia tahu nama Fadza? Macam Erfaz juga ke orangnya ni?

***

“Assalamualaikum,” Fattah melangkah masuk ke dalam pejabat Syamira. Bersama sejambangan bunga, dia melemparkan senyuman yang tampan kepada isterinya itu.

“Waalaikumussalam,” jawab Syamira dengan muka marahnya. Fattah ingat, dia nak bergurau jer. Then, Fattah pun letakkan bunga itu di atas meja Syamira tanpa rasa curiga.

“Keluar dengan perempuan mana tadi?” Syamira mula bertanya. Berkerut seribu muka Fattah mendengar pertanyaan itu. Tiba-tiba jer tanya.

“Jawab, saya tanya ni!” Syamira letakkan beberapa keping gambar yang dipegangnya di atas meja. Fattah tersentak melihat gambar tu. Semua gambar tu, gambar dia dengan Fiqa yang sedang berjalan berdua-duaan.

“Jangan nak cakap gambar ni, sebelum kita kahwin. Ada tarikh lagi kat gambar tu. Siapa perempuan ni?” Syamira bangun, mendekati Fattah di depan mejanya.

“I will explain this,” ujar Fattah, tenang. Syamira mendongak pada suaminya yang tinggi lampai itu. Renungan tajamnya membuatkan Fattah rasa takut pula. Jarak mereka juga taklah seberapa. Hanya dibezakan satu langkah.

“Explain now!” Syamira hentakkan kakinya.

“Ouch!” Fattah terus tunduk memegang kakinya. Hilang rasa marah Syamira tadi.

“Ehh! Sorry, Fattah! Tak sengaja tadi,” Syamira dengan rasa bersalahnya tunduk sama dan memegang lengan Fattah. Fattah tertawa kecil.

“Meh, duduk dulu,” Syamira bawa Fattah ke sofa dan dudukkannya di situ. Fattah masih tersenyum walaupun kakinya rasa macam baru digilis tayar kereta. Syamira duduk di hujung sofa, bersebelahan kaki Fattah.

“Sakit sangat ke? Sorry... Aku marah sangat tadi. Tak nampak pulak kaki kau kat situ,” dia masih tak henti-henti meminta maaf.

Nisa berada di depan pejabat Syamira. Ketika dia nak mengetuk pintu, terdengar pula suara seorang lelaki. Lalu, Nisa pasang telinganya di muka pintu. Kuat rasa ingin tahunya.

“Kalau kau boleh urutkan pun, dah kira okay dah,” Fattah naikkan kakinya yang sakit ke atas riba Syamira. Syamira tersenyum kecil. Kiranya, tak sakit sangatlah kaki Fattah tu.

“Aku bukakan ya? Susahlah nak urut kalau tak buka,” Syamira buka kasut Fattah dan letakkannya ke tepi.

Kening Nisa berkerut sikit. Apa benda yang dia dengar tadi? Urut? Buka?  Dah mula salah anggap dah ni. Tak mungkin... Nisa terus pasang telinganya.

“Minyak ada? Kalau ada minyak urut, lagi lega rasanya,” pinta Fattah, manja.

“Kau ni mengadalah. Time tengah kerja nilah mintak urut dengan minyak bagai. Kat rumah, tak nak mintak. Malam nanti kat rumah, aku urutlah dengan minyak sekali,” Syamira membuka stokin yang dipakai Fattah.

Aihh... Minyak? Malam? Nisa dah start fikir yang bukan-bukan. Dengar lagi...

“Tangan kau dah lembut. Cuma cara kau jer yang kasar. Sakit aku dibuatnya,” Fattah merungut.

“Kasar ya? Meh aku try gigit pulak. Nak?” Syamira nganga dengan giginya yang cantik tersusun. Fattah terus larikan kakinya sekejap sebelum mereka ketawa bersama-sama.

Alamak... Aku dah fikir benda lain ni. Wuish, sabar Nisa. Jangan salah anggap. Mungkin mereka cakap pasal benda lain. Maybe... Entahlah... Nisa letak semula telinganya di pintu.

“Ehh, kejap,” Syamira menyiku kaki Fattah dengan kuat. Baru teringat, Fattah perlu explain something. Tiba-tiba jer mereka jadi sweet...

“Jangan buat macam tu! Nanti patahlah!” Fattah mengaduh.

Hah?! Nisa dah tak nak dengar lagi dah. Baik lari sebelum dia trauma sepanjang hari.

“Explain, siapa perempuan tu?” Syamira mencekak pinggang dengan muka geramnya. Fattah mengangguk sambil mengurut kakinya sendiri.

***

“What?!” Erfaz bangun dengan terkejut dari sofa di pejabatnya. Syamim diculik?

“Ya... Sekarang, aku tak tahu dia kat mana. Kitorang pun dah start buat siasatan nak cari. Tapi setekat ni, belum ada apa-apa lagi,” Hareez yang duduk di depannya, menekup muka dengan tapak tangan.

Erfaz beransur bertenang. Sikit demi sikit, dia dapat terima perkara ni sebagai satu perkara yang masuk akal.

“Kau tak syak siapa-siapa ke?” Erfaz duduk semula. Hareez pun menggaru kepala sendiri.

“Ammar... Aku syak, dia culik Syamim sebagai tindak balas lepas kita tangkap Mazhan. Buat masa ni, kes Ammar tu jer yang Syamim tengah handle. Sepatutnya, diorang dah mula hantar surat atau ugutan lepas diorang dapat Syamim. Tapi sampai sekarang, tak ada apa-apa lagi,” Hareez bersandar di sofa sambil mengeluh panjang.

Erfaz mengangguk faham. Tapi, ada sesuatu yang mula terlintas di fikirannya. Klik! Erfaz memetik jari dan bangun menuju ke mejanya.

Satu laci dibuka dan, ternyata sangkaannya tepat.

“Aku tahu, kat mana kita nak cari dia,” kata Erfaz, gembira. Hareez memandangnya dengan muka yang kosong. Boleh percaya ke dia ni? Tadi bukan main terkejut. Tiba-tiba, dah dapat idea dah?

“Maksud kau?” soal Hareez.

“Peta dengan gambar yang aku tunjuk kat korang hari tu dah hilang. Selalunya kalau aku tinggalkan barang atas meja, ada orang akan simpan dalam laci ni. Tapi ni, tak ada. Mungkin Syamim dah ambik masa kita pergi butik Mira hari tu. Nasib baik, aku ada salinan,” Erfaz mengambil tiga keping gambar dari laci yang sebelah lagi.

Hareez faham. Itulah permulaan yang baik. Kalau salah satu darinya merupakan tempat pesembunyian Ammar, Syamim mungkin berada di salah satu dari ketiga-tiga tempat tu. Kalau Syamim tak dijumpai sekali pun, at least mungkin mereka akan jumpa petunjuk yang lebih berguna.

“Bagus... Ikut aku, sekarang,” Hareez bangun menuju ke pintu. Namun langkahnya terhenti apabila telefonnya berdering. Erfaz pun berhenti sama.

“Hello,” Hareez menjawab panggilan dari nombor yang tak dikenali itu. Butang loudspeaker ditekan, supaya Erfaz juga dapat mendengarnya. Hareez rasa curiga.

“Hareez. Ni saya, Syamim. Saya pinjam telefon kawan saya sebab telefon saya hilang. Awak ada nampak tak telefon saya kat mana-mana?” kata Syamim.

What the? Erfaz dan Hareez sangat keliru. Betul ke apa yang mereka baru dengar tadi? Syamim?

“Syamim... Awak kat mana sekarang? Awak okay ke?” soal Hareez, sangat risau.

“Ehh? Kenapa pulak ni? Saya okay jerlah... Saya kat restoran tempat kita biasa makan tu,” jawab Syamim. Hareez menutup mata, sangat bersyukur.

“Awak tunggu situ... Saya datang sekarang,” Hareez terus letak dan berlari turun. Erfaz mengikutinya walaupun tak berasa sedap hati sangat.

***

Di kem pula, cikgu-cikgu pengiring baru jer selesai mengagihkan kunci bilik kepada pelajar. “Semua dah dapat kunci bilik masing-masing?” soal pengetua.

“Dah!” jawab semuanya serentak.

“Okay... Semua boleh bergerak ke bilik masing-masing. Ikut list yang cikgu dah buat. Sepanjang petang ni, tak akan ada kuliah. Pergilah mana-mana awak semua nak pergi, asalkan tak jauh sangat. Cikgu-cikgu akan perhatikan awak semua. Malam nanti, ada kuliah matematik. Jangan lambat,” kata pengetua. Pelajar-pelajar mula bergerak. Dazrien, Johan, Syamsul dan Arif diletak bersama.

Diorang berempat pun sampai di bilik. Setelah siap kemas pakaian, susun buku-buku dan mandi-mandi sikit, mereka pun bersiap nak keluar. Free time! Masa yang ada untuk berseronok digunakan sebaik mungkin di pantai.

***

“Jangan mandi laut pulak ya!” pesan Syarfa, pada anak muridnya di pantai. Syarfa dan Anne, berjalan bersama di tepi pantai sambil memerhati pelajar mereka.

“Hmm... Kesian diorang... Jarang sangat jumpa pantai agaknya,” Anne tertawa kecil. Syarfa pun sama. “Kena bawak diorang lagi kerap ni. Nanti lepas PT 3 kita bawak lagilah,” cadang Syarfa. Anne mengangguk setuju. Apalah salahnya kalau bagi pelajar-pelajar tu sedikit masa untuk raikan kegembiraan bersama? Syarfa dan Anne juga seorang pelajar dulu. Diorang tahu bagaimana rasanya stress pasal exam.

“Rapat betul Anne dengan Daz yer?” Syarfa lagakan sikunya dengan Anne.

“Mana ada... Biasa-biasa jerlah,” Anne tunduk, tak nak bagi Syarfa nampak yang muka dia dah merah gila.

“Eleh... Biasa-biasa konon. Kalau biasa, tak adalah nak jumpa tiap-tiap malam. Daz dengan Sara tu pun, tak serapat macam Daz dengan Anne. Ceritalah, kalau ada apa-apa yang sweet,” pinta Syarfa.

“Nothing... Kitorang macam cikgu and student biasa jer,” Anne betulkan rambutnya yang terbang ditiup angin pantai.

“Yelah... Cikgu and student biasa kan, memang letak nama masing-masing jadi password handphone diorang,” sindir Syarfa.

Bamm! Anne mati akal. Macam mana Syarfa tahu pasal password handphone dia? Aish... Itu tak penting sekarang. Macam mana dia nak jawab soalan Syarfa tadi? Dah kantoi agaknya.

“But I don’t,” Anne control muka, buat macam biasa.

“DzLoveAn? Macam ada maksud dia jer kan? Fa rasa macam boleh teka jer maksud dia,” Syarfa mencibut dagu sendiri sambil terangguk-angguk.

“Ya saya?! Okay, coming!” Anne berlari anak meninggalkan Syarfa. Sebelum kantoi dengan rasminya, baik dia lari. Syarfa tergelak sorang-sorang. Cikgu and student biasa konon...

***

Fattah melangkah keluar dari butik Syamira. Di atas keretanya, Fattah lihat ada beg bersaiz sederhana. Fattah mendekati lalu mengambilnya. Langsung tak ada apa-apa tertulis selain alamat sebuah restoran.

Ehh? Ada kertaslah di antara wiper dengan cermin keretanya. Nasib baik bukan kertas saman Majlis Perbandaran. Fattah ambil lalu membacanya.

“Nak tahu siapa paparazzi yang mengintip kau? Pergi ke restoran yang ditulis pada beg ni. Then, ikut arahan cashier tu. Ada orang tengah perhatikan kau. Kau takkan nak bagi siapa-siapa ikut kau, percayalah.” Fattah tersenyum memanjang sikit demi sikit. Paparazzi tulah yang dah hampir membuatkan Syamira mengamuk.

Setelah sampai di situ, Fattah berhentikan kereta lalu mengambil beg dari tempat duduk penumpang depan untuk digalas. Fattah berjalan masuk, sambil matanya memerhati tempat sekeliling. Clear...Tak ada orang sedang memerhatikan dia.

Fattah menuju ke kaunter pula. Sambil berjalan, Fattah cuba sembunyikan wajahnya dari CCTV. Seorang cashier lelaki memandangnya tajam. Fattah menghampirinya. Mungkin itulah orang yang sepatutnya dia jumpa. Parut di dagu dan dahi, macam orang jahat dalam movie pun ada.

“Ikut aku. Sorok muka kau,” cashier lelaki tu menghala ke arah dapur. Fattah patuh, mengikutnya ke belakang kaunter. Beg itu digalasnya dengan cermat. Secermat itu juga, Fattah pastikan yang muka dia tidak dilihat oleh sesiapa.

“Tunggu sini,” lelaki itu meletakkan sesuatu ke telinganya. Fattah ikut jer. Asalkan dia dapat jumpa orang yang cuba rosakkan rumah tangga dia, lama pun dia sanggup tunggu.

Sepuluh minit dia menunggu. Akhirnya, baru lelaki itu bersuara. “5 minit lagi, keluar ikut pintu belakang ni,” lelaki itu kembali ke depan, menyambung kerjanya. Fattah angguk, tengok jam di tangan. 5 minit lagi, hmm okaylah.

Sekarang! Dah cukup 5 minit. Fattah membuka pintu yang ditunjuknya tadi, melangkah keluar dari restoran tu. Cuma sebatang lorong yang sunyi, dan ada beberapa tong sampah. Kemudian, Fattah berjalan beberapa langkah menjauhi tempat yang busuk itu. Masih di lorong yang sama, Fattah duduk di atas sebuah kotak kayu yang agak besar.

Di depan restoran tu, Hareez dan Erfaz memberhentikan kereta. Dengan risaunya, Hareez terus berlari menaiki tangga menuju ke restoran. Erfaz juga berlari, tapi langkahnya terhenti.

“Fattah?” hairan pula Erfaz bila nampak kereta Fattah di sebelahnya. Rasa-rasanya, Fattah tak pernah pun datang sini. Namun Erfaz terus mengejar Hareez semula.

“Hareez! Kejap,” Erfaz menahan Hareez yang sedang membuka pintu.

“Aku rasa, someone dah plan pasal ni. Kau tak rasa lain macam ke?” soal Erfaz. Hareez menggeleng. Pintu itu terus ditolaknya dan dia terus berlari masuk. Erfaz ikut jerlah. Memang susah nak dengar pendapat orang dia ni.

Syamim tak ada di sini... Hareez mengeluh kuat. Namun dia tidak berputus asa. Mungkin ada di sini, tapi dia belum nampak. Hareez dan Erfaz terus memandang sekeliling, mencari Syamim.

“Aaa!” seorang pekerja wanita berlari keluar dari dapur. Pekerja lelaki pun masuk dengan cemas. Ramai orang mula mendekati kaunter, nak tahu apa dah jadi.

“Call ambulans! Polis!” arah seorang pekerja lelaki. Suasana kelihatan kecoh. Ada pekerja yang menangis, ada yang sibuk mencari sesuatu, dan orang ramai pula berpusu-pusu mendekati kaunter.

Hareez dan Erfaz bergegas ke dapur dengan kekuatan tubuh mereka. “Beri laluan! Polis!” kata Hareez, dan semua orang membuka jalan.

“Allahu,” bisik Hareez perlahan. Erfaz juga tersentak. Seorang lelaki sedang berbaring di lantai dengan tubuhnya dibasahi darah sendiri. Dia masih sedar, tapi sangat lemah.

Namun Erfaz terdengar sesuatu. Tit... Tit... Tit... Erfaz cuba mencari punca bunyi itu. Alamak...

“Bom! Semua keluar!” Erfaz terus menarik semua orang keluar dari dapur. Hareez juga berbuat begitu bila ternampak bom yang telah dilekatkan pada tong gas di suatu sudut di dapur itu.

Mendengar amaran yang Erfaz beri, orang ramai terus berlari keluar dari restoran tu. Beberapa orang tersungkur akibat dilanggar. Kerusi dan meja semuanya terbalik. Tingkap yang ada, dipecahkan untuk memudahkan mereka lari. Lelaki yang cedera tadi, diusung keluar oleh rakan-rakannya.

“Mak!” seorang budak lelaki sedang menangis. Lututnya sakit setelah jatuh dilanggar beberapa orang. Erfaz pun datang, mengangkatnya bangun dan memberikannya kepada Hareez.

“Bawak dia keluar!” arah Erfaz. Hareez pun berlari sambil membawa budak itu di atas belakangnya. Namun Erfaz belum keluar. Sekali lagi dia memerhatikan restoran tu. Bagus. Semua orang dah keluar.

Tiiiiiit! Erfaz menendang sebuah meja sehingga terbang di depannya, sesaat sebelum satu letupan berapi berlaku.

Fattah yang berada di belakang restoran itu, rasa hairan. Kenapa semua orang menjerit? Ada kebakaran ke? Fattah yang mula risau, menuju ke pintu belakang restoran itu semula.

Debumm! Satu letupan yang besar, menggempakan kawasan berdekatan restoran itu. Api yang besar, mula marak membakar restoran itu dan premis-premis di sekitarnya. Impak dari letupan itu, Fattah diterbangkan ke dinding lorong.

“Argh!” hentakan yang kuat di belakangnya, buatkan Fattah rasa berat untuk bangun semula. Api yang sedang membakar di depannya semakin besar. Dan nampaknya macam api itu takkan berhenti di situ saja.

Fattah gagahkan diri, cuba juga untuk bangun. Dengan tubuhnya yang sakit, Fattah cuba berlari keluar dari lorong itu walaupun dengan perlahan.

Siren polis mula kedengaran. Tak lama kemudian, beberapa buah kereta polis berhenti di hujung lorong. Fattah berhenti di situ. Beberapa orang polis pun keluar dan mengacukan senjatanya pada Fattah.

“Angkat tangan! Letak beg tu ke bawah!” sergah mereka, tak henti-henti. Fattah membatukan diri. Why? What? Kenapa Fattah dilihat macam penjenayah?

Datuk Khalid pun turun dari sebuah kereta polis yang besar. Senjatanya juga diacukan pada Fattah. “Angkat tangan!” laser pistolnya dihidupkan, dan diacukan tepat pada dahi Fattah.

Erfaz pun sampai di situ dengan berlari pantas. Hareez mengikutnya dari belakang. Apa yang Fattah buat di situ? Dan kenapa polis sedang menacukan senjata padanya?

“Hold!” Hareez mengangkat sebelah genggamannya. Tapi anggota-anggota polis itu tidak menurunkan senjata mereka. Arahan Hareez tidak laku digunakan bila bos besar mereka ada.

“Hold!” Hareez berlari ke depan, sambil mengangkat tangannya. Polis-polis di situ memandang satu sama lain.

“Move,” arah Datuk Khalid, tanpa bergerak. Lalu, dua orang polis melangkah ke depan. Arahan Hareez tidak dihiraukan. Seorang pegawai mengeluarkan gari dari poket, dan seorang lagi mengambil beg yang digalas Fattah.

Erfaz mula melangkah. Dia menuju ke arah Fattah walaupun dihalang oleh beberapa orang polis. Erfaz buat tak tahu jer arahan diorang.

Polis yang berada di belakang Fattah itu, memegang tangannya untuk digari.

“Lepas,” Erfaz menekan bahu polis itu. Tersentak dengan halangan Erfaz, polis itu memegang tangan Erfaz pula dengan pantas. Namun Erfaz lagi pantas.

Tangan polis itu ditarik dengan kuat. Kakinya, Erfaz bentes sehingga polis itu tertiarap dengan sakit. Bila polis itu cuba bangun, Erfaz menahannya dengan sebelah kaki.

“Jangan gerak!” tumpuan semua polis itu beralih pada Erfaz pula. Senjata mereka dihalakan tepat ke dada Erfaz yang masih memijak seorang polis di kakinya.

“Tak! Semua! Hold!” arah Hareez, bergema seluruh kawasan itu. Semua polis itu tak tahu apa nak buat. Nak ikut bos mereka, atau Hareez yang lebih senior dari mereka.

“Erfaz... Lepas, kita bincang lepas ni. Dia ni orang aku,” pinta Hareez, cuba menenangkan Erfaz. Sambil mengangguk, Erfaz pun hulurkan tangan pada polis yang dipijaknya tadi.

“Sorry,” kata Erfaz ketika polis itu dah bangun.

***

“Teacher! Saya dah pandailah!” sorak Dazrien, gembira bila kuda yang ditunggangnya dah tak lagi meliar.

“Kan saya dah cakap... Chill jer. Kalau awak kasar, dia buat lagi kasar,” Anne datang dengan kuda yang dah serasi dengannya. Dia dah biasa tunggang kuda, tahulah dia macam mana nak selesakan kuda tu. Dazrien jer yang rookie lagi.

“Ehh! Mana dia nak bawak saya ni?!” tiba-tiba kuda Dazrien berlari ke arah laut. Anne sempat gelak dulu sebelum mengejar Dazrien dengan kudanya.

“Tarik tali tu! Perlahan-lahan jer!” kuda yang ditunggang Anne tu semakin laju ke arah Dazrien. Macam yang Anne cakap, Dazrien pun tarik tali yang dipegangnya itu dengan lembut. Kuda tu perlahan sikit. Dazrien tarik kuat sikit lagi, baru kuda tu berhenti. Betul-betul di tepi air pantai.

“Whoa... I should not agree with this before,” bisiknya. Anne pun datang di sebelah.

“Haa? Macam mana?” tanya Anne. Dazrien menggeleng laju sambil mencebik. “Macam mana nak turun ni?” Dazrien tunduk mencari tempat nak pijak. Tak jumpalah pulak...

“Alaa... Baru sikit, dah takut. Awak belajarlah cara-cara nak tunggang kuda ni. Nanti, bolehlah ajar si Sara tu. Baru boleh sweet dengan dia,”

“Hmm... We were sweet together,” Dazrien duduk dengan tegak, memandang ke arah laut.

Matahari dah nak terbenam., langit pun kelihatan sangat cantik dan angin masih laju bertiup. Burung-burung berkicauan, sewaktu terbang pulang ke sarang. Kuda Dazrien dan Anne mula berjalan perlahan, di persisiran pantai yang berombak airnya.

“What do you mean by were? Two of you are couple right?” tanya Anne, sambil memandang wajah Dazrien. Dazrien mengangguk, dan kemudian menggeleng perlahan.

“On paper, yes... But I think, she likes Johan more than me. She looks like, belongs to Johan. They are very romantic when being together. Sometimes, I think that I am the villain on their love story,” wajah Dazrien agak muram. Namun dapat dilihat, dia cuba untuk senyum.

“Do you like her?” soal Anne. Dazrien berfikir agak lama sebelum mengangguk.

“Sebelum ni pun saya ada rasa. Yang saya dengan Sara tu, takkan dapat bertahan lama. Banyak benda yang tak sama antara kitorang. Kitorang struggle untuk bertahan selama ni. I am wondering. Is this what everybody say about love? Because I dont feel anything good,” Dazrien memandang ke arah laut pula, dengan satu pertanyaan yang dah lama dia simpan.

Anne mengangguk tanda faham. Dia pun nampak, yang Dazrien tak berapa sesuai dengan Sara. Mereka jarang berjumpa, jarang bercakap, jauh sekali nak sweet buat macam yang pasangan lain buat? Yes, maybe mereka inginkan couple zaman sekolah yang membawa kebaikan. Mereka nak saling ajar mengajar, saling berkongsi ilmu. Tapi semuanya tak berhasil.

“Apa kata macam ni?” Anne bersuara. Dazrien pun menoleh padanya.

“Awak fokus untuk belajar dulu buat masa ni sebab ilmu, confirm akan beri kejayaan pada awak satu hari nanti. Tapi kalau cinta, 50-50. Awak mungkin berjaya, dan awak mungkin gagal. So, lebih baik awak tumpukan perhatian, pada sesuatu yang dah janjikan kesenangan pada awak. Pasal cinta, awak jangan risaulah. Kalau dia jodoh awak, tak ke mana juga. Tapi kalau bukan, maknanya dia tak cukup baik untuk awaklah tu. Trust me... Orang yang baik, rajin dan hebat macam awak ni, layak untuk dapat orang yang lebih baik dari dia,” Anne mengukir senyuman manis, membuatkan Dazrien turut tersenyum. Dazrien tunduk seketika.

Betul tu... Ilmu... Ianya lebih berharga berbanding cinta yang sedang dia kejar sekarang ni. Lagipun, Dazrien bukan keseorangan. Dia ada ramai lagi orang yang boleh menemani seluruh kehidupannya. Syamsul, Johan, Arif, Fauzi, Rizman, kawan-kawan dia yang lain pun ada lagi. Teacher Azny, Vivy, Fattah, Erfaz, and yang paling utama, Syarfa juga selalu buatkan dia bahagia. Sebelum Sara muncul pun, Dazrien dah cukup bahagia. Siapa lagi yang dia perlukan? Lagi-lagi, bila ada Anne yang comel ni. Hidupnya dah sempurna.

“Okay... Nanti, rasanya saya kena bercakap dengan Sara. Saya akan tanya dia, sama ada dia nak kekalkan hubungan ni atau tak. At least, saya tak kecewakan sesiapa kan?” Dazrien pandang Anne semula.

“Haa... Bagus tu... Sekarang, jom kita balik kem, bersiap untuk kelas matematik malam ni. Matahari dah terbenam tu. Baik kita balik cepat. Takut nanti, marah pulak si penguin kecik tu,” Anne ubah haluan kudanya.

“Teacher mengata kak Fa ke?” Dazrien pun ubah haluannya. Oops! Anne pun tutup mulut dengan tangannya. “Daz... Awak handsomelah hari ni,” tangan Anne cuba tenangkan Dazrien.

“Akak! Teacher Anne panggil akak penguin!” kuda Dazrien terus memecut laju ke arah Syarfa di depan pintu kem.

“No! Daz tipu!” kuda Anne pantas mengejar kuda Dazrien di depannya.

***

“Kau tengok ni,” Hareez tunjukkan rakaman CCTV di telefonnya. Fattah yang sedang duduk di kerusi dengan tangannya bergari, melihat rakaman itu dengan hairannya. Hanya mereka berdua yang ada dalam bilik soal siasat itu.

Rakaman itu menunjukkan, Fattah yang sedang berjalan keluar dari pintu belakang restoran yang terbakar itu dalam keadaan yang mencurigakan. Beg yang digalasnya juga, dijaga dengan kemas.

“Come on, Fattah... Apa lagi yang kau nak kata? Cakap jer jujur dengan aku. Aku tahu, bukan niat kau nak bunuh orang. Tapi aku memang tak boleh buat apa-apa lagi, Fattah. Dalam beg yang kau bawak tu, ada pisau yang berdarah dengan bom masa,” Hareez letakkan telefonnya ke meja.

“Jap... Kau memang nak kata, aku yang pasang bom tu? And aku jugak yang tikam lelaki kat dapur tu? Fikir logiklah sikit... Kalau aku yang buat semua tu, buat apa lagi aku nak tunggu sampai bom tu meletup? Baik aku lari jer, takut polis datang,” Fattah memberontak.

“Kau tak lari, sebab kau tunggu seseorang datang,” Datuk Khalid masuk bersama sehelai kertas di tangannya. Kemudian, kertas itu diletakkan di atas meja.

“Aku jumpa dalam poket kecil beg yang kau bawak tadi. Mungkin kau lupa nak baca arahan tu,” Datuk Khalid tarik kerusi, dan duduk di depan Fattah.

“Macam yang aku janjikan, kau akan dapat habuan kau lepas kerja kau siap. Aku akan tunggu kat belakang restoran,” Fattah baca tulisan di surat tu.

“Okay... Lepas jumpa beg ni atas kereta, aku langsung tak buka. Sebab ada kertas arahan kata, ada orang tengah perhatikan aku. So aku memang tak tahu benda apa yang ada dalam beg tu? Bom ke, pisau ke, surat bodoh ni ke, aku memang tak tahu,” Fattah bersuara keras.

“Yes... Kalau aku di tempat kau, memang aku pun akan cakap macam tu,” balas Datuk Khalid. Fattah mengeluh perlahan. Macam mana lagi aku nak cakap, supaya diorang ni faham? Getus hatinya.

“Bagitahu aku, siapa yang upah kau. Atau lagi baik, bagitahu aku... Kat mana Syamim?” Datuk Khalid memberikan pandangan yang amat tegas pada Fattah.

“Dia memang tak tahu Syamim kat mana,” Erfaz melangkah masuk. Beberapa orang polis lelaki cuba mengejarnya kembali.

“Tak apa,” Hareez mengangkat tapak tangannya. Polis tu pun keluar balik, sebelum menutup pintu. Erfaz datang berdiri di sebelah Hareez.

“Aku dah tahu apa game yang diorang tengah main. Diorang memang nak laga-lagakan kita,” Erfaz menunjukkan sehelai kertas yang dia ambil dari bilik Datuk Khalid.

Datuk Khalid dan Hareez berbalas pandangan. Erfaz nampak sangat yakin. Mungkin ini akan lebih berguna berbanding mereka terus menyoal Fattah. Lalu, mereka menuju keluar. Erfaz mengikut dari belakang.

Sebelum pintu ditutup, Syamira sempat berlari masuk. Mukanya sangat risau. Lepas jer Erfaz memberitahunya tentang apa yang dah terjadi pada Fattah, Syamira terus bergegas ke balai polis.

“Fattah... Please bagi tahu aku, bukan kau yang buat apa yang aku tengok kat TV tadi kan?” Syamira duduk di depan Fattah.

Fattah menggaru kepalanya. Memang serabut sangat Fattah rasa. Dia sendiri tak tahu apa yang dah jadi, sekarang dia pulak yang dituduh. Niat asalnya, cuma nak tahu identiti paparazzi tu jer. Tapi, semuanya berlaku di luar jangkaan. Sebuah restoran terbakar, seorang lelaki ditikam, dan Fattah sendiri telah dituduh sebagai pelakunya.

“Tak,” jawabnya. Syamira menghelakan kelegaan yang panjang.

“Betullah apa yang abang Erfaz cakap. Phew,” Syamira mengangguk. Fattah memandangnya tajam. “Apa yang Erfaz kata?” soalnya.

“Dia backup kaulah,” jawab Syamira laju. Fattah tersenyum sinis. Erfaz nak backup aku? Agak lawak dan mengarut. Buat apa dia nak backup orang yang benci dia? Kalau betul sekali pun, memang nampak sangat yang Erfaz ni tak ada maruah. Getus hati Fattah.

“Dia cakap, dia percayakan kau. Dia percaya, kau takkan buat benda-benda macam ni, walaupun terpaksa. Seteruk mana pun keadaan, kau tetap boleh berfikir dengan bijak, kau tetap tenang. Selama 15 tahun dia kenal kau, dia rasa kau memang sangat pandai. Entahlah apa lagi. Tapi memang banyak dia cakap pasal kau. Dia yakin, kau cuma mangsa keadaan. And sebab tu, dia akan pastikan orang yang tipu kau tu menyesal seumur hidup,” terang Syamira.

Kata-kata Syamira tentang Erfaz, membuatkan Fattah termenung seketika. Itulah Erfaz, lelaki yang Fattah amat bencikan. Fattah selalu menyalahkan Erfaz dalam segala hal. Malah dia tidak menerima Erfaz sebagai keluarganya. Hubungan antara Erfaz dan Syarfa pun, Fattah bantah sekeras-kerasnya.

Namun Erfaz tetap membelanya. Sedangkan Syamira sendiri pun, was-was nak percaya tadi.

***

“Apa yang kau ada?” soal Hareez setelah mereka bertiga berhenti di lobi.

“Datuk... Dari mana Datuk dapat ni?”  Erfaz menunjukkan sehelai kertas, yang Datuk Khalid terima petang tadi. Atas kertas tu, Datuk Khalid diberitahu untuk pergi ke sebuah restoran jika mahu mendapatkan petunjuk tentang kedudukan Syamim.

“Saya jumpa atas kereta. Sekali dengan sebuah kotak. Dalam kotak tu, ada gambar Syamim. Dia kena ikat, mata dia ditutup,” jawab Datuk Khalid pantas.

“Okay... Saya rasa, semua ni rancangan Ammar. Rancangan yang sangat tersusun rapi. Dia nakbuat cerita macam ni,” Erfaz kemukakan pendapatnya.

“Dia hantar surat pada Fattah, kononnya nak beritahu Fattah tentang spy yang mengintip dia selama ni. Then, Fattah ikut. Bila dia sampai ke restoran tu, dia kena keluar ikut pintu belakang, sambil mengelak CCTV.

Pada masa yang sama, dia suruh Datuk jugak datang ke restoran tu. Kononnya, nak dapatkan clue tentang kedudukan Syamim. Bila Datuk sampai, Datuk cuma boleh tahan Fattah. Tak ada pilihan lain. Sebab Fattah nampak mencurigakan, bila dia sungguh-sungguh elak dari dirakam CCTV.

Untuk menampakkan lagi kesalahan Fattah, dia letupkan restoran tu dengan Fattah sebagai suspek utama. Orang yang Fattah jumpa dalam restoran tulah yang pasang bom sebenarnya.

Pekerja lelaki yang cedera tu masih tak sedarkan diri. Tapi ada kesan-kesan pergelutan pada badan dia. Mungkin, dia nampak anak buah Ammar tu pasang bom, dan diorang pun bergelut sampailah salah seorang pengsan.

Kesimpulannya, dia nak Datuk tangkap Fattah. Semuanya sebab Fattah ada hubungan dengan bekas kekasih dia, Fiqa dan juga sebagai tindak balas lepas Datuk tangkap Mazhan,” jelas Erfaz.

“Tapi kenapa dia umpan kita sekali? Kenapa dia cuba bawa kita ke restoran tu jugak?” soal Hareez.

“Bukan kita. Sasaran dia, kau. Dia cuba nak bunuh kau dalam restoran tu. Kau musuh utama dia. Kerja-kerja dia akan jadi lagi senang kalau kau tak ada,” jawab Erfaz.

“Tapi apa gunanya kalau Fattah ditangkap? Kalau betul dia berdendam dengan Fattah, baik dia culik jer Fattah tu sekali,” soal Datuk Khalid pula.

“Dia dah cuba. Dah banyak kali dia cuba untuk culik Fattah. Tapi semuanya tak berjaya,” balas Erfaz. Selama ni, memang geng Ammar ada cuba untuk menculik Fattah. Tapi Erfaz dan kawan-kawan dia lebih berwaspada.

Hareez dan Datuk Khalid mengangguk. Boleh diterima, apa yang Erfaz kata ni. Logik dan masuk akal.

“Sekarang, sasaran mereka yang seterusnya mungkin Fiqa. Sebab diorang tahu, Fiqa akan bocorkan lebih banyak maklumat pasal diorang,” sambung Erfaz.

“Atau mungkin keluarga Fattah? Sebab kalau Ammar berdendam dengan Fattah, mungkin dia akan ancam keluarga Fattah sekali,” ujar Hareez.

“Betul... Tapi jangan risau pasal tu. Keluarga Fattah selamat,” Erfaz meyakinkan Hareez.

“So, apa kita nak buat sekarang ni? Macam mana kita nak cari Syamim?” tanya Datuk Khalid.

“Kita kena teruskan serbuan. Tapi, fokus utama ialah pada tiga tempat. Sebuah gudang lama, sekolah lama and bangunan terbiar. Diorang ada di salah satu daripada tempat-tempat ni,” Erfaz keluarkan tiga keping gambar dari poket bajunya, dan berikannya pada Datuk Khalid. Datuk Khalid ambil, lalu memakai cermin matanya.

“Kita kena serbu semua tempat ni. Salah satu darinya, tempat rahsia diorang. Syamim akan ada di salah satu dari tempat ni,” cadang Hareez.

“Tak boleh, Hareez. Setiap langkah kita diperhatikan. Kalau kita serbu tempat yang salah, mungkin diorang akan lari dan pindah. Kita kena buat satu serbuan jer,” balas Datuk Khalid.

“Macam mana kita nak tahu tempat diorang?” soal Hareez.

“Mazhan,” jawab Datuk Khalid dan Erfaz serentak.

“Kita akan soal siasat dia. Hareez, awak akan handle. Jangan bagi dia nampak sangat, yang kita nak tahu lokasi sebenar tempat rahsia Ammar. Saya pergi ambik dia sekarang,” Datuk Khalid beredar.

Hareez terangguk-angguk. Kena hati-hati masa soal siasat Mazhan tu nanti. Kalau tersilap langkah, mungkin Mazhan akan tahu niat diorang.

“Hareez,” panggil Erfaz. Hareez pun menoleh.

“Aku nak pesan sikit,” Erfaz pun berjalan, menuju ke tingkap. Hareez tidak berganjak. Erfaz sedang membelakanginya di tingkap itu. Tangannya dimasukkan ke dalam poket dan tubuhnya tegak memandang keluar.

“Apa dia?” Hareez datang berdiri di sebelah Erfaz, memandang ke arah yang sama dengannya.

“Jangan contact Syarfa lagi,” tegas Erfaz. Hareez menoleh laju. Macam mana Erfaz tahu, yang dia ada berhubungan dengan Syarfa?

“Kalau aku boleh dengar pasal perbualan kau dengan Fiqa hari tu, takkan aku tak boleh tahu pasal perbualan kau dengan kekasih aku sendiri,” sambung Erfaz.

“Kau mengintip Syarfa? Hmmp... Kau memang tak percayakan dia, kan? Sampai perlu mengintip,” Hareez tersenyum sinis, menggeleng perlahan ke arah tingkap.

“Aku tak perlu mengintip. Syarfa sendiri yang bagitahu aku. Sejak kali pertama kau mesej dia, sampai sekarang, semuanya dia sendiri yang bagitahu aku,” jawab Erfaz pantas.

Hareez terdiam. Apa lagi yang boleh dia kata? Syarfa dan Erfaz memang sepasang kekasih yang baik. Kepercayaan antara mereka juga kuat. Memang susah nak leraikan ikatan antara mereka. Walaupun mereka pernah putuskan hubungan dulu, namun mereka kembali jua.

“Syarfa tu baik. Dia tak sanggup nak bagitahu pasal benda ni kat kau. Sebab tu dia suruh aku. Dia mintak kau, jangan ganggu dia lagi. Dia dah buat pilihan. Dia tak nak ubah lagi dah. And kalau kau nak contact dia untuk bercakap pasal Sara, silakan. Tapi ingat, aku selalu perhatikan,” sambung Erfaz sebelum dia berlalu pergi. Hari ini cukup panjang. Dia terus menuju pulang.


Semakin tipislah peluang Hareez untuk mendapatkan Syarfa. Semakin dia mendekati Syarfa, semakin Syarfa rapat dengan Erfaz. Seolah-olah, tiada lagi cara untuk memutuskan mereka berdua. Hareez pernah membuatkan Erfaz cemburu dengan Syarfa. Namun semuanya hanya sementara. Mereka kembali bersama tak lama lepas tu, dan mereka semakin rapat dari sebelum ini. Mereka seperti telah ditakdirkan untuk bersama, dan Hareez hanyalah seseorang yang menguji kekuatan cinta mereka.

Tiada ulasan: